Monday, September 26, 2016

Kenapa McD Jual Burger Murah Berbanding Burger Lokal? Ini Jawapannya

Gambar hiasan | Google Images

Apabila buat bisnes, kita bukan melihat pada keuntungan. Kita lihat pada growth. 
  • Untung banyak tapi putaran duit slow tak bagus juga.
  • Biar untung kecil tetapi pergerakan barangnya laju.
Kenapa bisnes seperti McDonald's boleh menjual burger dengan harga RM4.90 dan kenapa burger bakar kena jual RM8.90? 

Sebab McDonald's tahu rate orang beli burger ini adalah RM5. ke bawah. Jika mereka menjual burger RM8 ke atas, orang mungkin akan datang beli tetapi hanya sekali sahaja. Selepas itu, orang tak akan datang lagi. 

Sebab itu McDonald's melihat yang penting ialah, biar orang datang membeli burger hari-hari, biar mereka mendapat untung setiap hari. 

Sebab itu kita lihat, ramai peniaga Burger Lava, Burger Kukus susah nak bertahan dalam market kerana mungkin meletakkan keuntungan sebagai nombor satu. Mereka mendapat untung tetapi sebulan sekali atau setahun sekali. Sebab bila orang dapat gaji, baru mereka datang makan. 

Berbeza dengan burger McDOnald's, boleh dikatakan orang sudah menjadikan ia sebagai sarapan setiap pagi sebelum masuk pejabat kerana produknya adalah antara yang termurah. - Sofwan Sharifuddin | The Reporter


Batal Tempahan Kek Kahwin Di Saat Akhir Konon Boleh Buat Sendiri, Ini Akibatnya

Gambar hiasan | Kisah kek ini pun menarik, rujuk sini

Sekarang, banyak nampak tajuk resepi kek seperti "Kek murah dengan bahan-bahan yang mudah". Tajuk seperti ini akan memberi persepsi yang kurang tepat pada netizen. 

"Alahh, murah saja kek ni. Apsal kek itu mahal? Modal tak sampai pun RM10? Buat sendiri sajalah," 

Okay, teringat beberapa bulan lepas di mana ada seorang kawan baker ini meluahkan perasaan. Dia nak kongsi di Facebook, dah cerita sepupu sendiri, habis semua saudara mara tahu. 

Kisahnya, kek wedding. Dia berilah harga saudara mara. Bila dah dekat hari majlis perkahwinan, sepupu dia membatalkan tempahan. Alasannya, mahal dan dia ada resepi yang murah diperolehi dari internet serta mudah untuk dibuat. 

Jadi dia pun mula bake tiga hari awal dengan bantuan adik beradiknya. Dah bake, call pula kawan saya ini, loyang tak cukup besar katanya. Okay tak apa, bagi pinjam loyang. Bila dah dapat loyang, oven pula tak cukup besar. Nak pinjam oven pula. 

Okay, dari sini kita dapat lihat bahawa baker yang keluarkan modal beli loyang dan oven. 

Oleh kerana tiada ilmu, kek yang dibuat oleh mereka pecah semasa nak potong tengah. Nak alihkan kek pun tak reti. Jadi, baker keluar duit nak mencari ilmu. Itu pun wang ringgit dilaburkan. 

Sekali lagi mereka call, tanya macam mana nak buat icing. 

"Buka dan cari di Google," kata kawan saya. 

"Tak jadi," alasannya. 

Itu pun, baker RnD bertahun-tahun untuk menguasai teknik yang sesuai dengan keserasian baker itu sendiri. Lain baker, lain dapur, lain teknik dan lain cara pegang spatula dan kesemua itu bermodalkan wang ringgit. 

Kemudian mereka call buat kali ketiga, kek yang dibuat oleh mereka pecah-pecah dan tak boleh nak angkat letak atas icing. Adik beradik pengantin datang ke rumah kata pengantin sudah melalak kek tiga tingkat berterabur, icing cair, kek retak. Sudahlah majlisnya esok hari. 

Kawan saya kata dia boleh buat tetapi harga biasa ditambah dengan overtime sebab nak buat overnight. 

Esok sebelum majlis, kek dihantar dengan jayanya. Menurut kawan saya itu, di sebalik sepupunya nak buat kek sendiri, sepupu dia itu telah menghabiskan ratusan ringgit untuk membeli bahan-bahan basic seperti spatula, loyang dan lain-lain. 

Fuh! Lama dah tak tulis status panjang. Dedicated to all my fellow bakers friends. Harap cerita ini akan menceriakan hari anda semua. - Izwani Latif | The Reporter


Jangan Beri Anak Makan & Lakukan 17 Perkara Ini Untuk Elak Penyakit Kanser


Anak saya baru sahaja menjadi anak syurga lima hari lalu akibat penyakit Leaukimia. Nasihat saya pada anda semua, jagalah pemakanan keluarga. 
  1. Berhenti makan fast food seperti nugget, sosej, bebola ikan/daging, french fries, burger dan lain-lain. Nak selamat, buat sendiri tanpa sebarang bahan pengawet. 
  2. Jangan minum susu berkultur yang ada bakteria baik. Bakteria ini baja kanser. Apa jenis jenama termasuk yogurt yang berkultur. 
  3. Elak soya dan produk berkaitan
  4. Elak maggi dan mee segera
  5. Elak mee kuning
  6. Elakkan bekas polisterina dan jangan guna botol mineral berulang kali
  7. Jangan makan makanan yang disimpan dan dimasuk berulang-ulang
  8. Elak makan makanan awet dalam tin seperti ikan sardin dan yang sewaktu dengannya
  9. Kurangkan makan ayam, banyakkan ikan. Tak ada protein ikan dan ayam pun tak apa. Minimumkan, makan banyak sayur. 
  10. Elak minyak masak yang dikitar semula. Banyak gerai goreng pisang selalu buat begitu
  11. Kurangkan gula dalam minuman dan masakan. Gantikan dengan madu asli atau stevia. Gula adalah baja dan talian hayat sel kanser
  12. Elak anak bermain di padang yang baru diracun kerana racun mengandungi benzena, bahan karsinogen penyebab kanser
  13. Gunakan bekas plastik BPA Free atau yang terbaik, kaca atau besi untuk menyimpan makanan atau air panas. 
  14. Pastikan sumber makanan yang halal dan thoiyyiban. Makanan sunnah seperti madu asli, kurma, susu kambing dan delima. 
  15. Jangan bertolak ansur dengan penyebab kanser
  16. Bersihkan kulit buah dan buang kulitnya kerana bahan lilin atau wax yang berpotensi sebagai karsinogen
  17. Masak makanan dengan sempurna. Elakkan makan makanan yang separuh masak, kurangkan makanan berpanggang kerana arang ada banyak karbon. 
Ini perkongsian yang saya dapat semasa sebulan nmenjaga arwah bersama ibu bapa pesakit kanser. Saya berazam mahu membantu masyarakat mencegah kanser sekalipun anak saya telah meninggal dunia akibatnya.
Tak mengapalah, saya kehilangannya di dunia tetapi saya pasti akan menemuinya di akhirat. Saya kongsi dengan niat ikhlas kerana Allah. Saya tidak mahu apa yang berlaku pada saya turut berlaku pada anda. - Sayed Izman | The Reporter


‘Ya Allah, Abis Rumah Sewa Aku….!’

duduk-rumah-sewa-tapi-tak-bayar-rumah-sewa-pula

Isu penyewa lagi nampaknya makin menjadi-jadi. Mungkin ini antara dilema pemilik rumah apabila ingin sewakan rumah terhadap orang-orang diluar sana.
Malah memang wujud segelintir yang bermasalah dari segi tatasusila apabila enggan membayar sewa rumah atau jenis suka bertangguh dan buat hal.
Perkara ni yang terjadi kepada individu yang bernama Umi Nazirah, apabila penyewanya enggan bayar rumah sewa dan lebih teruk lagi buat kerosakan terhadap rumahnya itu.

Ikuti luahan beliau:

Sampai hati kamu buat mcm ni kat sy. Xsangka betul ada penyewa berhati kering. Dah kamu xbyr sewa rmh lps tu kamu hancurkan pulak rmh sy. Biarlah Allah yg membalasnye. Tp sy hanya manusia biasa, sy tidak akan maafkan kamu dan sy tidak halalkan apa yg kamu lakukan terhadap sy.
duduk-rumah-sewa-tapi-tak-bayar-rumah-sewa-pula_-2
duduk-rumah-sewa-tapi-tak-bayar-rumah-sewa-pula_-14
duduk-rumah-sewa-tapi-tak-bayar-rumah-sewa-pula_-13
duduk-rumah-sewa-tapi-tak-bayar-rumah-sewa-pula_-12
duduk-rumah-sewa-tapi-tak-bayar-rumah-sewa-pula_-11
duduk-rumah-sewa-tapi-tak-bayar-rumah-sewa-pula_-10
duduk-rumah-sewa-tapi-tak-bayar-rumah-sewa-pula_-3


SUBHANALLAH DOA JEMAAH HAJI 5 TAHUN LUMPUH, AKHIRNYA DIKABULKAN ALLAH DAPAT BERJALAN SEMULA DI MADINAH..


PJ281015FH010.transformed.jpg

Sepang, 28 Okt: Allah Maha Mendengar setiap doa hambaNya. Begitulah satu keajaiban yang yang terjadi kepada, Fatimah Abd Latif, 60, yang selama 5 tahun tidak boleh berjalan kerana lumpuh separuh badan iaitu di bahagian kirinya kerana di serang angin ahmar.

Beliau telah menceritakan pada satu hari ketika menunaikan ibadah haji di sana tiba-tiba beliau terasa kakinya boleh digerakkan. Ia berlaku selepas beliaubangun dari tidur dan ketika sedang bersiap sedia bagi menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi.

Saya terus memanggil anak perempuan supaya memeriksa kaki kiri kerana masih tidak percaya dengan apa yang dialami pada waktu itu.

Kemudian, saya cuba bergerak tetapi hanya dapat bergerak tiga langkah sahaja. Bagaimanapun, saya cuba lagi bergerak dengan bantuan anak dan menantu untuk menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi,” katanya ketika diceritakan kepada wartawan myMetrodi setibanya beliau di KLIA.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana setiap hari saya berdoa termasuk di hadapan Kaabah memohon supaya kaki kiri boleh bergerak dan sihat untuk menunaikan ibadah.

Allah memakbulkan doa saya dan kami sekeluarga berasa terharu, sebak serta bersyukur atas nikmat ini,” katanya.

Menurutnya, beliau memang menggunakan kerusi roda untuk bergerak sewaktu tiba di Madinah untuk ke Makkah sebelum Allah memakbulkan doanya..


MENYESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA... SETIAP HARI BAGI ANAK MAIN GADGET, SEHINGGALAH ANAK BERUMUR 4TAHUN, AKHIRNYA.....





Menyesal Kemudian Tidak Berguna... Setiap Hari Bagi Anak Main Gadget, Sehinggalah Anak Berumur 4tahun, Akhirnya.....
Bermula pada usia 10 bulan hingga 4 tahun, gadget merupakan barang yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan sehariannya.
Ibunya pun senang, kerana tidak perlu membelikan barang mainan yang tentu akan menjadi kerja seharian untuk mengemasnya.
Akan tetapi ketika umur anaknya berusia 2 tahun, ibunya mula melihat tanda-tanda yang tidak normal pada anaknya.

  • 1.Kaku dengan persekitaran
  • 2.Tidak pandai berkawan
  • 3.Tidak pandai bermain barangan mainan kanak-kanak normal
  • 4.Kurangnya respon bercakap

Kelainan yang paling di takuti oleh ibunya adalah, anaknya yang kurang perkataan ketika bercakap (seperti bisu) hingga berumur 3 tahun.
Khawatir dengan perkembangan anaknya yang semakin teruk dia kemudian membawanya berjumpa doktor pakar.
Doktor Sahkan punca anaknya kurang bercakap kerana orang tua dan anggota keluarga yang lainnya kurang berkomunikasi dengan Shafraan membuatkan anaknya tidak menggenal perkataan ketika bercakap.
Tentu. gadget lah penyebabnya, semenjak dari pada itu, si ibu mulai kurangkan penggunaan gadjet di rumah, katanya Shafraan akan mengamuk dan menangis sambil membaling semua barang-barang yang berada dekat dengannya, dia susah makan, susah tidur.
Naluri seorang ibu mana mampu melihat anaknya menangis, dia tewas dan akhirnya memberikan Gadjed semula pada anaknya.
Hampir setahun berlalu anaknya yang kini berusia 4 tahun di masukkan kehospital kerana mengalami kondisi Speech delay.
Menurut doktor Shafraan sekarang dalam kondisi Speech delay atau keterlambatan bercakap yang kini berusia 4 tahun 2 bulan.
Speech delay adalah bahasa yang di gunakan berkait masalah terlambatnya perkembangan otak dan bahasa pada anak.
Menurut penelitian hanya 5 peratus kanak-kanak yang mengalami masalah ini, sebabnya adalah kurangnya perkomunikasian antara keluarga serta anak yang selalu berkurung di dalam rumah dan kurang memiliki hubungan dengan dunia luar.
Kenyataan doktor itu bagaikan petir yang menyambar, baru saya sedar saya lah punca” Shafraan jadi begini sebab saya, Saya tidak mahu di ganggu dengan suara tangisan, rengekannya, Saya tidak mahu melihat rumah bersepah kerana mainannya. Saya tidak mahu susah dan tidak mahu penat menjaganya itulah kesalahan yang baru saya sedari, kata ibu beranak satu itu.
Katanya setelah berbincang dengan suami, mereka sepakat untuk membawa Shafraan mengikuti Terapi Wicara yang di anjurkan doktor dimana kesembuhannya tidak dapat di pastikan akan tetapi bila trapi dilakukan dengan rutin dan di tambah latihan di dalam rumah, kesembuhan untuk Shafraan sangat tinggi.
Berapa tahun lamanya pun saya tidak kisah, kalaulah waktu boleh di putar kembali, tentu saya akan lebih banyak mengahabiskan masa mengajarnya bercakap dan bermain. katanya.
Bagaimanapun update terkini Ibu Shafraan selepas 5 bulan mengatakan bahwa anaknya itu sudah mulai bermain permainan kanak-kanak seperti kereta mainan, menconteng buku dan dinding, manakala percakapannya ada di antara yang sudah mula jelas namun belum semua.
Alhamdulillha kini anak saya sudah menunjukkan tanda-tanda perkembangan yang baik, mohon doanya semoga Shafraan segera sembuh, tulisnya. -eberita.org


Ini Buktinya Rakyat Malaysia Sememangnya Sombong Bila Berada Di Luar Negara

ini-buktinya-rakyat-malaysia-sememangnya-sombong-bila-berada-di-luar-negara2
Gambar Hiasan sahaja ye...
Adakah anda pernah terdengar ada yang mengeluh kerana apabila berjumpa warganegara Malaysia di luar negara mereka sombong, lokek dengan senyuman,tidak ramah, ego dan sebagainya.
Pasti pernah kan? Ini merupakan antara secubit pengalaman saya apabila berjumpa dengan rakan serumpun.

Kisah 1 : Prague


Ketika berbaris untuk menaiki kapal terbang RYANAIR dari London (Stansted) ke Prague, saya ternampak kelibat 3 orang yang iras- iras seperti orang Nusantara.
Saya memberanikan diri untuk menegur mereka. Ayat yang biasa semua memulakan perbualan adalah ” Orang Malaysia ke? Nak kemana? “.
Memang betul jangkaan saya, mereka adalah rakyat Malaysia yang merupakan pelajar dari University of Southampton. 2 daripadanya adalah pelajar PhD dan seorang pelajar perubatan tahun ke 4.
Pada mulanya agak kekok untuk berbual mesra. Maklumlah baru sahaja berkenalan. Tetapi kami tidak mengambil masa yang lama untuk menjadi kawan.
Oleh kerana saya mengembara berseorangan, mereka mengajak saya untuk bersama- sama mereka meneroka Kota Prague. Sebenarnya, saya tiada perancangan yang tetap mahu ke lokasi mana.
Jadi, saya bersetuju. Disebabkan kami tinggal di hostel yang berbeza, kami bercadang untuk berkumpul di salah satu Costa cafe keesokan harinya.
Ajaibkan? Walaupun kami baru sahja berkenalan tetapi akhinya kami berjaya travel bersama-sama .

Kisah 2 : Paris

ini-buktinya-rakyat-malaysia-sememangnya-sombong-bila-berada-di-luar-negara4

Saya berkeseorangan lagi dan saya ke Paris. Pada petang yang hening, saya bercadang untuk ke Sacre Coeur Basicilic untuk melihat pemandang seluruh Bandar Paris.
Tetiba perut berkeroncong menandakan ianya perlu disini. Saya ternampak ada satu restoran makanan segera halal di sana. Semasa saya sedang enak melayan perasaan, saya di sapa dengan penuh lemah lembut oleh 3 orang perempuan.
Rupanya orang kita juga. Ketiga-tiga mereka adalah pelajar MBA dari UiTM yang membuat pertukaran pelajar di University of Stuttgart, German.
Saya mengajak mereka untuk menikmati hidangan makan malam bersama. Saya bertanya apa perancangan mereka untuk keesokkan harinya. Katanya, pada waktu pagi mereka akan ke Sacre Coeur Basicilic untuk melihat matahari terbit.
Mereka mempelawa saya untuk bersama -sama mereka. Pada keesokkan harinya, saya mengagahkan diri untuk bangun pada jam 5 pagi. Bayangkan pada waktu tersebut adalah musim sejuk untuk ke gereja tersebut.
Apabila sampai di sana, saya tidak berjaya berjumpa dengan mereka. Ada sedikit kehampaan di situ. Sampai sahaja di hostel, saya terus membuka Whatapps.
Rupanya mereka tidak jadi pergi ke sana kerana cuaca teramat sejuk.
Jadi mereka mencadangkan agar kami boleh berjumpa di sekitar Notre Dome pada jam 3 petang. Mungkin sudah jodoh, kami berjumpa sekali lagi.
Saya cuma mengekori ketiga-tiga anak gadis tersebut. Mereka semua berjiwa kental, cuma berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan akhirnya sampai di Eiffel Tower.

Kisah 3 : Sarajevo

Selepas menunaikan solat Jumaat di masjid utama di Sarajevo, saya memasuki ruang solat utama untuk melihat keindahan masjid tersebut.
Ada seorang mamat menepuk bahu saya.
“Orang Malaysia ke ?” katanya sambil melontar senyuman yang manis. Seraya saya membalas ” Ye, saya”. Mamat tersebut merupakan seorang doktor gigi berasal dari Johor Bharu.
Kami mula bercerita, maklumlah kami berada dalam bidang yang sama. Dia merupakan graduan UM tahun 2010. Kami bersama-sama berjalan meneroka bumi Sarajevo.
Sangat seronok. Nak tahu kenapa? Sebab saya dapat berbahasa Melayu. Rindu sangat nak bercakap menggunakan bahasa ibunda. Dia akan bergerak ke Istanbul dan saya pula akan ke kotor.
Jadi, pada pendapat saya rakyat Malaysia tidak sombong sebenarnya. Apa yang penting adalah macam mana kita menilai seseorang.
Saya sudah terputus hubungan dengan kesemua mereka kerana saya bertukar nombor telefon. Kami juga tidak mengambil satu gambar pun sebagai memori, cukuplah sekadar dalam ingatan sahaja.
Bagaiman pula dengan anda? Pernah alami situasi seperti saya semasa travel? Kongsikan di ruangan komen.
Sumber : ohmymedia.tv


‘Janji Allah Pasti, Be Happy’ – Luahan Farah Lee Bekas Isteri Ally Iskandar yang Boleh Buat Anda Mengalir Air Mata

kehidupan-farah-lee-selepas-bercerai-dengan-ally-iskandar

“Sekeping omma membawa diri,” demikian kata Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli di FBnya mengenai kehidupannya selepas bercerai talak satu dengan personaliti TV3, Ally Iskandar pada 17 Ogos lalu.
Sejak bercerai, Farah yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Maream Esabel hasil perkahwinannya dengan Ally itu sering memuatnaik luahannya di FBnya.
kehidupan-farah-lee-selepas-bercerai-dengan-ally-iskandar2

Antara luahan terbaru Farah Lee:

Aku eja setiap huruf
Setiap huruf itu menyembuh
Basah hati, basahlah pipi
Hairan
Banyaknya sayang dari asing yang datang
Rupanya nak sayang tak perlu mengenali
Hanya perlu hati yang suci
Salah magnet, menolak
Betul susun, menarik
Tapi yang Berkuasa itu Tuhan
Dia yang menolak
Dia yang menarik
Sebab yang memegang yang merah di dalam
Itu Tuhan
Setiap dahan yang dipatahkan
Pasti tumbuh semula yang cantik
Kadang masih tumbuh di sama
Kadang pula tumbuh di baru
Tapi pasti ianya lebih cantik
Sembuh
Huruf tadi aku dah eja
Maka aku tulis pula huruf yang baru
Untuk kau yang sayang
Moga kau juga di sayang Tuhan
Kerana hebat kau mendoakan
F.L.

Lagi luahannya:

Reading my fav book for countless times, and today, by the pool
Stay blessed everyone. Kita je yang dapat tentukan kita nak happy ke tak nak. Tak boleh salahkan orang, sebab kita dan Allah je yang mampu kawal hati kita. Doa kena banyak.
I received tons of PMs DMs and emails, ramai yang sedang melalui dan berkongsi saat-saat sukar dalam hidup. Saya belum sempat reply semua. InshaAllah one by one ya..
kehidupan-farah-lee-selepas-bercerai-dengan-ally-iskandar1
Tapi here in bulk, for those who is in misery, ingat macam ni je, life is short and so dunya is temporary. Don’t grieve over things so bad, sometimes we have to let go to give space for a better thing to get in. Maybe the same thing but in a better form, or just an other better thing.
Does not mean no more effort, effort is effort. But at the same time, be content of what we have. Dengan bersyukur Allah akan bagi lebih lagi.
Janji Allah pasti, be happy


Disimbah air panas, Amar terpaksa tanggung 'kecacatan' seumur hidup



KUALA LUMPUR: Pelakon, Amar Asyraf, 30, mengakui kecacatan yang dialami akibat disimbah air panas pada wajahnya bukan sesuatu yang mudah untuk ditanggung. Umpama peribahasa, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitupun, peminatnya usah perlu risau kerana kecacatan pada bahagian kiri wajah Amar atau nama penuhnya Amar Asyraf Zailudin bukanlah bersifat kekal. Sebaliknya ia hanya kekurangan yang terpaksa ditanggung oleh karakter bernama Indra lakonannya dalam drama Mungkin, iaitu naskhah diangkat daripada novel karya CT Jasmina. "Saya melakonkan watak Indra iaitu kembar kepada Intan. Parut pada wajah itu ialah kesan daripada insiden disimbah air panas ketika berada di bangku sekolah. Indra terpaksa menanggung malu, hidup dengan kecacatan itu seumur hayatnya. "Bukan mudah untuk menjayakan watak ini kerana kesan parut yang diletakkan pada muka membuatkan saya kurang selesa. Biarpun tidak memakan masa yang lama untuk membuat kesan khas itu, namun ia perlu ditambah sekiranya ada bahagian yang terkoyak. "Malah, saya juga perlu membiasakan diri dengan adanya kesan khas itu pada wajah kerana ia turut mempengaruhi banyak perkara seperti cara percakapan dan makan. "Saya perlu berlatih bagi memastikan saya tidak kekok ketika berlakon dengan adanya parut pada muka itu," katanya kepada BH Online. Pelakon yang dikenali menerusi drama bersiri Setia Hujung Nyawa itu berkongsi, telefilem itu bakal ditayangkan menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada penghujung tahun ini. Dalam perkembangan terkini, Amar bakal menjayakan pementasan Bangsawan setelah enam tahun menyepikan diri daripada dunia teater. Beliau yang sebelum ini lebih selesa bergerak di belakang tabir dengan berada di bangku pengarah, namun Amar nyata tertarik dengan tawaran yang diberikan kepadanya. "Kekok juga rasanya kembali berlakon di pentas teater kerana sudah lama tidak berbuat demikian. Seperti semua sedia maklum, berlakon di hadapan kamera dan teater adalah dua perkara yang berbeza, namun saya pasti akan mencuba yang terbaik," kata Amar.






Sunday, September 25, 2016

Kisah Sebenar Komando Malaysia Sertai Misi Black Hawk Down Yang Ramai Tak Tahu !!!

Kisah Sebenar Komando Malaysia Sertai Misi Black Hawk Down Yang Ramai Tak Tahu !!! |Jika menonton filem Black Hawk Down, kita pasti mendapat gambaran bagaimana tentera Amerika Syarikat (AS) menyelamatkan pasukan tentera Negara asing ketika bertempur dengan kumpulan militia di kawasan Pasar Bakara di Mogadishu,Somalia.
2r2r2wr23
1 2 3
capture11
4 5 6
2222
7 8 9