Thursday, March 24, 2016

Filled Under:

PANAZZZ!! Inilah jawapan mengejutkan suami Raja Farah ketika isterinya difitnah mandul dulu sebelum kini akhirnya disahkan hamil anak sulung

"Pernah saya tanyakan kepada suami, jika benar saya tidak boleh mengandung, apa yang dia akan lakukan? Sampai sebegitu sekali rasa ragu dan bimbang saya," ujar Raja Farah, 27, yang pernah rasa bimbang pada perkahwinan terbarunya seandainya dia gagal memberi zuriat seperti perkahwinan yang terdahulu. 

Untuk info, sebelum ini Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz pernah terpalit dengan tuduhan mandul selepas lima tahun mendirikan rumah tangga tanpa zuriat bersama bekas suami. 


"Ternyata saya telah mengahwini seorang lelaki yang sangat positif. Dia tidak melihat perkara ini sebagai sesuatu yang menakutkan. Jawapannya buat saya ketika itu amat mudah dan ringkas – tidak mengapa kita terus berdoa dan berdoa. Itu sahaja," tambahnya yang disahkan hamil sebaik pulang mengerjakan umrah Disember lalu. 

Mengenai ada yang meminta maaf kerana pernah menuduhnya macam-macam sebelum ini, bagi Farah perkara ini normal kerana semua orang membuat kesalahan. Bagaimanapun, pesannya perlulah berhati-hati sebelum menjatuhkan hukuman kepada orang lain kerana ia ditakuti akan menimbulkan fitnah. 

Untuk rekod, Raja Farah mendirikan rumah tangga kali kedua dengan seorang ahli perniagaan, Iskandar Ismail, 33, pada 6 September tahun lalu. 







0 comments:

Post a Comment