Wednesday, March 23, 2016

Filled Under:

"Hina sangat ke saya kahwin dengan orang yang sudah berumur?" - Nur Nasirah Nazri


Kini sedang viral di media sosial kisah perkahwinan antara pasangan pengantin baru iaitu Ismail Lambak, 62, dengan isterinya Nur Nasirah Nazri yang baru berumur 18 tahun.

Disebabkan perbezaan umur 44 tahun, kisah perkahwinan mereka mendapat tumpuan daripada netizen.  Ada yang memberikan komen positif dan ada pula yang memberikan komen sebaliknya.  

Justeru, kerana hilang sabar dengan orang-orang yang mempersendakan perkahwinannya itu, dikatakan Nur Nasirah telah meluahkan perasaan di Facebooknya.

“Hina sangat ke muda kahwin dengan tua? Perkahwinan saya yang sah kot? Bukannya buncit dulu baru nak kahwin," tulisnya.

Jika benar begitu luahan hati Nur Nasirah, semoga Nasirah lebih bersabar dan semoga perkahwinan ini kekal sehingga ke akhir hayat.  




0 comments:

Post a Comment