Monday, November 9, 2015

Filled Under:

Siti Nurhaliza Minta Doakan Yang Terbaik Untuk Berita Kehamilannya



Selepas tersebarnya khabar angin konon dirinya sedang hamil, penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza membuka mulut dan memberitahu belum tiba masanya untuk menjelaskan perkara itu.

"Siti rasa, belum masanyalah Siti bercerita tentang perkara tersebut dan Siti lebih fokus kepada konsert Satu Suara. Tetapi sekiranya itu adalah doa, doa yang baik untuk diri Siti, Siti mohon semua doakan semoga ia jadi kenyataan,” jelasnya dalam satu perkongsian video oleh HLive di instagram baru-baru ini.

Khabar kehamilan Siti itu mula tersebar selepas beliau memuatnaik satu gambar segelas susu kambing dan kurma di laman Instagramnya.

Malah anak lelaki tirinya, Asyraf Khalid yang melangsungkan perkahwinan pada 2 November lalu juga dikatakan mengesahkan berita kehamilan Siti. 




0 comments:

Post a Comment