Monday, September 19, 2016

3 HARI TAK BERCAKAP PUN DAH DOSA BESAR , APATAH LAGI PUTUSKAN SILATURRAHIM . KALAU LEFT GROUP WHATSSAP ? JANGAN TERKEJUT DENGAR HUKUMNYA




Hukum Left Group Whatsapp
"Bila kita 'left group' bukan kita putus silaturahim...putus silaturahim ini haram dosa besar, berat sangat itu sebagai contoh kalau putus silaturahim ini ada bapa saudara buang bapa saudara 'left group' bukan sampai tahap begitu,"SHAH ALAM - "Bila kita 'left group' bukan kita putus silaturahim...putus silaturahim ini haram dosa besar, berat sangat itu sebagai contoh kalau putus silaturahim ini ada bapa saudara buang bapa saudara 'left group' bukan sampai tahap begitu," demikian penjelasan pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus ketika ditanya mengenai hukum seseorang yang bertindak 'left group' WhatsApp.


Azhar Idrus berkata, oleh itu jika seseorang itu hendak 'left group' mereka disarankan agar memberitahu terlebih dahulu agar tidak menimbulkan sebarang andaian yang negatif.


"'Left group' ini ada pelbagai alasan, kadang-kadang sebab kita tidak suka keadaan orang yang berbual dalam itu, kadang-kadang kita rasa grup itu tiada faedah, dan kadang-kadang terlalu banyak group.


"Cuma sebaik-baiknya kalau kita tidak nyatakan sebab biarlah orang tahu sebabnya, bila orang sudah tahu mereka tidak tertanya-tanya... Bila kita nak keluar minta maaf, nyatakan sebab, jadi boleh 'left group' tiada masalah," katanya ketika menjadi panel dalam Program Bersama Ustaz Azhar Idrus, Aku, Ramadan dan Facebook di Dewan Sultan Muhammad ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam.


Dalam pada itu, Azhar Idrus menyarankan agar pengguna media sosial menggunakan platform teknologi itu, untuk menyebarkan dakwah dan perkara-perkara yang baik melaluinya.


"Bukan perkongsian hadis dan dakwah-dakwah sahaja, perkongsian tentang ilmu semasa seperti 'bagaimana untuk memasak dengan baik' juga boleh dikongsi di media sosial," katanya.


Sharnaaz Ahmad Mengamuk Dengan Perangai Pelakon Baru


Pelakon yang cukup popular dengan luahan emosinya iaitu Sharnaaz Ahmad kini sekali lagi mencuri perhatian ramai.

Kali ini, pelakon hebat ini telah memarahi seorang pelakon baru yang dikatakan mula buat perangai "diva" nya.

Sharnaaz Ahmad telah memberi 'pesanan' kepada pelakon tersebut supaya menjaga perangainya dan hendaklah menghormati orang lain.

Ini kenyataan panas Sharnaaz:

Amacam hensem tak abag?? Hehe.. Ok ni sotong nak story sikit.. Baru baru ni abg otong dikejutkan dgn perangai budak pelakon baru nak up konon shemmpoii diva .. 

Abg nak pesan sikit lah.. Nak masuk set org, kena hormat org, kena jaga peradaban, jaga calltime and jangan buat kepala bana ko tu macam ko tu dah menang pat belas ribu award.. Ni set awak sangat nakal jadi kacau bilau sebab ko hanat.. 

Takpa.. Hang masuk set aku nak jumpa hang.. Abg otong bukan apa jangan sampai abg otong kicapkan muka hang yg encem tu satgi jilake badan.. Ingat ye budak baru ni, banyak dah rakan rakan seafood abg dah berbunyi pasal ko ni.. 

Kalau rasa diri tu shemmmmmpoi, buktikan dgn disiplin yg tinggi macam @fashasandha dan @aydajebat bukan macam @sharnaazahmad .. Eh tu aku..!!! Jaga jaga cik salmah, abg otong tunggu di lokasi dgn penuh harapan.. 

Selamat malam.


Apa yang disampaikan Sharnaaz Ahmad tu memang ada betulnya dan mendapat sokongan dari para followernya.


TIPS Cara Mudah Nak Bezakan Lelaki Bujang Dengan Suami Orang (Wajib Baca Bagi Yang Ingin Berkahwin Tidak Lama lagi)

ini-cara-mudah-nak-bezakan-lelaki-bujang-dengan-suami-orang

Ramai lelaki yang mahukan perhatian anda, hingga anda susah nak pilih calon yang sesuai.
Pada sesetengah orang, lelaki bujang tak matang dan kurang memahami berbanding lelaki yang dah berkahwin. Sejauh mana betulnya, hanya orang yang alaminya saja yang tahu.
Kami senaraikan tips untuk anda bezakan karakter lelaki bujang vs lelaki yang dah berkahwin supaya anda tak tertipu nanti.1. Lelaki bujang biasanya suka curi-curi pandang dan akan melihat pada wajah seseorang perempuan. Manakalah lelaki yang dah berkahwin selalunya lebih tertarik dan gemar melihat pada bentuk tubuh seseorang perempuan.
2. Lelaki bujang biasanya akan segera alihkan padangan bila diperhatikan oleh seorang perempuan. Manakala lelaki berkahwin selalunya tetap memandang wanita tersebut.
3. Lelaki bujang akan tunduk ke bawah bila diperhatikan oleh wanita. Suami orang pula akan tunjukkan reaksi bersahaja.
4. Lelaki bujang agak malu bila makan di depan wanita dan badannya akan kaku bila bercakap. Manakala suami orang pula biasanya tunjukkan reaksi bersahaja dan makan seperti biasa.
5. Jantung lelaki bujang akan berdegup kencang bila dia tahu ada perempuan yang suka padanya dan memuji dia. Suami orang pula akan lebih bersemangat “jual minyak” bila hal yang sama terjadi
6. Lelaki bujang agak degil bila bercinta, asyik dengan kesukaanya yang tersendiri dan suka berlagak untuk tarik perhatian pasangannya. Manakala suami orang biasanya lebih tahu bila dia perlu diam dan dengar saja kata-kata perempuan yang ingin “dipancing”.
7. Lekaki bujang selalunya sensitif. Mereka akan rajin hubungi pasangannya bila ada sesuatu terjadi atauatau untuk cerita tentang hari-hari mereka. Suami orang pula hanya akan hubungi anda bila perlu atau bila dia ingin “dimanja” kerana terpaksa berebut perhatian isteri dengan anak-anak.
8. Lelaki bujang selalunya lebih teruja dengan pasangan mereka. Bila bercakap dengan orang lain, mereka rajin memuji-muji kebaikan dan kecantikan pasangan masing-masing. Tapi bagi suami orang, biasanya mereka cuma bersetuju bila orang lain memuji isterinya, tapi dia sendiri tak turut keluarkan apa-apa pujian.
Apa-apa pun, kedua-dua golongan ini ada keistimewaan tersendiri jadi semuanya pilihan masing-masing. Ada sebab Allah SWT benarkan lelaki ada hingga empat orang isteri.
Nasihat kami, bila memilih antara dua, pastikan pilihan itu dibuat dengan mata yang terbuka. Jangan nanti kahwin dengan lelaki yang diingatkan bujan, tapi sebenarnya suami orang!
Sumber : Bercintaselepasnikah.my


‘Buat Ibu-ibu Yang Bersalin Demanding Nak Doktor Wanita, Sila Baca Dan Hadam Ini’

buat-ibu-ibu-yang-bersalin-demanding-nak-doktor-wanita-sila-baca-dan-hadam-ini

Aku bukan doktor, aku bukan dalam bidang perubatan, aku tak kahwin lagi, jauh sekali untuk sudah beranak dan ada anak. AND THIS IS GONNA BE A LONG POST. Aku malas nak buat part2 so lump sum je terus.
Isu ni memang aku duk perhati for a few years tapi masih tak habis-habis. Isu demand nak doktor perempuan semasa menyambut kelahiran. Aku jadi geram balik bila terbaca komen kat satu FB post ni.
Isu ni biasanya dorang kaitkan dengan aurat perempuan. Kemaluan perempuan tu ditengok sesuka hati je oleh doktor lelaki yang bernafsu ni, katanya lah.
So meh aku letak definisi aurat perempuan antara :-
Perempuan & lelaki : Aurat perempuan seluruh tubuh badan kecuali muka dan tangan.
Perempuan & perempuan : antara pusat dan lutut.
Soooooooo celah mana yang doktor perempuan ni dibolehkan untuk tengok kemaluan perempuan ni??? Tolong jawab please sebab based on their logic, i cannot brain. IMO, your point is invalid la if u want to bring up about aurat, dear ungrateful human.
Lepastu aku tengok ramai jugak perempuan yang duk tak jaga aurat masa kat wad before/after bersalin or waktu2 lain lah. Tudung tak pakai, pakai baju lengan pendek, kain batik tu duk selak2 nampak betis. Ehhhhhh aurat masa ni korang tak jaga pulak?? Bila doktor nak check bawah kau tu, kau tau pulak nak bising pasal aurat. Ehhhhhhh…..dasar manusia tak tahu malu!
Kalau korang just nak kata korang malu sebab lelaki tengok, then aku boleh terima lagi. Tapi kalau kau nak masukkan isu agama dalam hal ni, memang aku susahhhhhh nak terima.
**********
Lepastu salah sorang perempuan ni komen (aku copy paste terus sebijik2) :
“Klu jdi dkter tpi pkir psal buzy x dpt cuti la bgus ko x pyah jd dkter p la jdi chef ka? Tukng urut ka?.ssah jg mau pkir snang bkn pula pkir psal tanggungjwb.”
EHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH…….hipokritnya akak ni!!!!
Kau tu perempuan, apsal dulu kau sendiri tak belajar rajin-rajin so bolehla jadi doktor bersalin before nak demand macam2 ni. Ni suka suki dia nak paksa2 orang kerja busy nak mati semata-mata nak sambut orang2 yang nak beranak yang tak henti2 tu??
EHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH……
Siapa yang nak kerja non-stop wei. Manusia ni semua ada limit. Semua ada masalah dia sendiri. Kau dan manusia2 yg fikir camni ni memang manusia yang sangat pentingkan diri. Kau nak sesuatu benda tu tanpa fikirkan situasi sekeliling. Nak ikut kepala batu kau tu je.
Kau kalau disuruh kerja 36 hours straight pun kau taknak kan?? Ada hati nak suruh doktor pempuan ni ikut semua kemahuan kau?? Hello, kerja kat hospital ni bukan rilex macam kerja office tau. Kerja kat hospital ni memerlukan kau berfikir setiap masa untuk KESELAMATAN NYAWA manusia lain. Kita ni kalau kerja otak jenis berfikir secara mendalam secara berterusan, sejam pun dah letih tau. Ni kan lagi nak kena oncall 36 hours straight. Makan pun tak sempat. Ni bukan kerja goyang kaki main internet, tahu??
Doktor perempuan ni pun ada tanggungjawab dia terhadap keluarga dia, terhadap suami dia, terhadap mak ayah dia. Kang kalau duk kena kerah datang hospital tak kira waktu semata2 nak sambut orang beranak, dikatanya perempuan tak bertanggungjawab sebab abaikan family untuk career, kononnya.
Kalau kat kawasan pedalaman pulak, berapa kerat je doktor perempuan yang sanggup nak kerja sana. Husband doktor tu nak ikut dia ke? Kalau doktor lelaki ni okay la jugak sebab biasanya isteri memang jenis ikut suami. Takkan kau nak paksa doktor perempuan ni duduk kat pedalam tu sorang2 dia doktor perempuan. Bahaya dan meletihkan tahu tak?? Apa hak kau untuk deny hak doktor perempuan ni untuk mempunyai keluarga yang bahagia (dan bersuami)?? Kang lalau gi pedalaman, husband pulak taknak pergi or tak izinkn, macam mana?? Kalau semua suami doktor2 ni jenis faham & boleh ikut, takpelah. Kalau yang jenis tak faham??
Bercerai berai keluarga doktor tu sebab nak ikutkan kemahuan manusia2 tak reti bersyukur mcm korang ni, korang nak tanggung ke?? Korang nak pergi bela nasib doktor perempuan tu?? Sekor habuk pun manusia jenis macam korang ni takkan ada untuk bela nasib doktor tu. Sebab “tanggungjawab” katanya. *rolls eyes*
Kerja bidang sakit puan ni lain tahu tak dari bidang2 perubatan yang lain. Busynya lain ya amat. Ada reason yang kukuh kenapa seseorang doktor pempuan tu taknak masuk bidang ni. Bukan suka2. Diingatkan balik ya, MEREKA PUN ADA TANGGUNGJAWAB MEREKA TERHADAP KELUARGA MEREKA SENDIRI, BUKAN KORANG PESAKIT NI JE.
Ada otak tu tolong fikir lebih sikit. Fikir pasal situasi orang lain. Bukan situasi kau je, manusia yang tak reti bersyukur.
*******
Ni analisa aku sendiri untuk manusia yang jenis kaki complaint nak doktor perempuan tak kira masa :
Manusia2 yang complaint macam ni kalau yang lelaki mostly biasanya jenis nak isteri layan dia macam raja, masakkan untuk dia, kemas rumah, jaga anak untuk dia. Dia sebagai suami tahu nak goyang telor je. Ehhhhh kenapa tak suruh bini kau tu jadi doktor je, pergi sambut mak2 yang nak terberanak dah kat spital tu. Pergi suruh anak pempuan kau pergi spital tu jd doktor bersalin. Nanti kalau anak perempuan kau tu tak sempat nak melawat, nak balik time raya, sebab busy sambut orang beranak, kau jangan nak merajuk meroyan pulak. Kau yang nak sangat ramai doktor perempuan kan???
Kalau pengomplen yang perempuan pulak kebanyakkannya jenis suka duk umah, main dengan anak2, nak masak lah, nak have quality time dengan family la katanya. Ehhhhhh pergilah jadi doktor bersalin ke bidan ke kat spital tuh. Buat apa kat duk kat rumah tu. Kata nak meramaikan doktor perempuan kan? Kau ni perempuan kan? Pergi la jdi doktor! Ke kau ni pondan??
Hey, dasar manusia tak tahu malu!! Pandai complaint silalah pandai menyumbang juga. Bukannya complaint semata-mata.
Kalau ada anak perempuan tu sila suruh dorang belajar rajin2 then jadi doktor bersalin tak pun bidan. Bukan jadi chef ke, jadi penyanyi sendu ke, jadi minah rempit ke. Pergi jadi doktor nuh. Jangan dok salahkan orang lain kalau kau sendiri takde usaha nak mengimarahkan doktor2 perempuan bidang O&G kat Malaysia nih. Kau tu yang pemalas dan bangang.
Kau ingat doktor2 ni nak ke tengok kemaluan perempuan yang terkoyak2 masa beranak tu? Kau ingat kemaluan kau tu cantik sangat ke masa dok beranak untuk lelaki2 ni nak rasa bernafsu bila tengok? Kau ingat seronok sangt doktor2 ni nak tengok kau terberak terkencing masa kau beranak tu?? Ehhhhhh dasar tak sedar diri.
************
Bila orang kata “buatlah savings untuk bawak bini beranak kat hospital swasta then boleh demand doktor perempuan”, kau kata “bukan semua mampu. Kerajaan la patut sedia doktor pempuan kat hospital gomen”.
Pastu duk compare dengan negara luar yang sediakan doktor perempuan la apa la. Eh, korang ni tahu tak kos hospital untuk dorang demand doktor pempuan tu?? Korang tahu tak berapa medical insurance dorang bayar tiap2 bulan for them to be able to demand whatever they want during labour?? Memang la ada negara yang bagi free medical care, but not all countries and not as manu countries pun macam yang korang duk kepoh2 tu. Kos perubatan dorang tu kebanyakannya jauh lagi mahal dari kos perubatan kat hospital goverment kat malaysia ni tahu tak?? Ada certain yang kalau korang takde medical insurance, jangan harap dorang nak treat korang kat hospital dorang tu. Cakap tu kaji dulu, bukan main compare macam tu je.
Bila orang suruh sambut sendiri bini kau beranak, kau kata “aku tak reti. Kerajaan la kena sediakan doktor pempuan!” (Btw aku bukan pro-gomen, ok. Aku just ulang apa yg orang cakap je dan hakikat sebenar).
Macam-macam lah alasan kau! Dasar manusia tak reti bersyukur.
************
Pastu duk kata “Malaysia ni tak darurat lagi. Apa yang buat jd masalah utk hospital gomen ni nak sediakan doktor pempuan??”
EHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH engkau ni.
Waktu beranak tu dah dikira darurat la, manusia yang tak bersyukur!! Kau ingat darurat ni bila perang je ke?? Bila semua doktor pempuan dah mati ke?? Ceteknya akal korang ni.
Kau ingat orang nak beranak ni boleh tunggu seminit dua ke?? Lambat few seconds pun boleh bahayakan nyawa ibu dan anak tu. Kalau dah masa MEMANG TAKDE DOKTOR PEREMPUAN YANG LAYAK UNTUK SAMBUT BABY TU, terpaksa la doktor lelaki datang attend. Takkan kau nak tarik doktor2 yang duk tengah check bahagian hospital yg lain tu utk sambut anak kau. Satu2 institusi pekerjaan ni kenalah ada sistem. Paham takkkkk???? Bukannya main tarik doktor mana2 tetiba je. Ni nak selamatkan nyawa orang, bukannya macam nak panggil gamer replacement untuk team main dota (ni contoh je. Aku tak main dota).
*********
So, kalau korang ni jenis manusia yang kaki complaint je, tapi tak reti nak menyumbang apa2 kepada kemaslahatan manusia sejagat, duk diam2. Korang tak layak nak demand benda2 macam nak doktor perempuan ni. Aku ulang, KORANG TAK LAYAK NAK DEMAND DOKTOR PEREMPUAN IKUT SUKA HATI KORANG NAK.
Thanks kepada sape2 yang boleh habiskan long post aku ni. Akhirnya lepas jugak geram aku. Maaf kalau bahasa aku agak kasar masa menulis, tapi cuma bagi aku manusia2 yang pentingkan diri ni tak layak untuk membiak kat dunia ni. Hidup menyusahkan. Kecik-kecik taknak mampos, besar-besar menyusahkan orang.
Diharapkan post aku ni kalau ada yang nak komen sila komen dan discuss secara berilmiah, bukan ikut kepala sendiri je. Aku suka baca komen2 yang mendatangkan ilmu (walaupun post aku ni maybe takdelah sebar ilmu sangat).
Dan aku nak ingatkan, bersyukurlah yang still ada manusia nak sambut baby kau masa kau beranak or masa bini kau beranak or ada doktor nak rawat kau bila kau sakit. Aku nak minta korang fikir ni, mana lagi penting, aurat atau nyawa dihujung tanduk?
Thanks!.


Kalau Allah Itu Tidak Pernah Mensia-siakan, Kenapa Dia Ciptakan Babi?

kalau-allah-itu-tidak-pernah-mensia-siakan-kenapa-dia-ciptakan-babi

Ketika aku di tingkatan 4, aku pernah bertanya pada guru agama kelas aku: kalau allah itu tidak pernah sia2 dan mensia2kan, kenapa dia ciptakan babi?
Nak dimakan tak boleh. nak dipegang tak boleh. nak dijadikan tunggangan tak boleh. nak dibuat pakaian tak boleh.
ok boleh je sertu. but you know what i mean.
Jawapan yang aku dapatkan memang best. sampai sekarang aku takkan lupa.
Cikgu aku jawab: sebab nak jadi bukti betapa manusia itu memang fitrah suka melawan. degil.
Betul, kan?
Babi adalah satu simbolism kepada kedegilan kita manusia. kalau tidak kepada kita individu– kepada manusia secara general. kita memang suka saja2 nak benda yang tak boleh pada kita.
Sama konsepnya dengan adam as dengan pokok larangan. allah menghalalkan SEMUANYA kecuali satu. yang satu jugalah yang menjadi sebab tercampaknya baginda ke bumi. of course– dengan tipu helah iblis. tapi itu sudah memang kerja dia. nak marah pun tak boleh. allah dah lama bersumpah memang iblis akan kena di akhirat nanti.
Kita ni. kenapa masih degil?
Sebanyak2 perempuan dalam dunia– kenapa nak yang isteri orang? sebanyak2 harta dalam dunia– kenapa nak mencuri untuk kaya? sebanyak2 kerja dalam dunia– kenapa tetap nak pilih kerja yang haram?
Sebab kita degil. 🙁 dan bila kita dah pilih utk jadi degil, kita persembahkan 500 helai kertas kajang untuk menjustifikasi kedegilan yang kita memang tau salahnya.
Haih.
Babi cuma sejenis simbolism tentang kedegilan manusia. yang kalau benda boleh dipegang dinampak pun kita ingkar– apa lagi perkara2 yang hanya mampu ditaakul akal yang berfikir.
a. rata2 kita semua tak pernah makan babi. tak ingin sentuh babi. tapi segala perkara2 yang tidak boleh yang lain? yang tak terjelas? macammana…?
Kita bukan main risau kalau datang bab babi. bukan main jaga2. tahap nak lafaz perkataan babi pun rasa berdosa. tapi fitnah, keji, rasuah, aniaya, adu domba, rompak, tipu daya? itu semua macammana…?
Haih la jiwa raga. sebanyak2 lubuk pahala dalam dunia– kenapalah kau masih selesa untuk tak risau dengan dosa2? benda yang tak boleh juga yang dikehendakkannya.
Allah itu tidak sia2. dari babi pun kita patut cari diri kita. semua benda– mesti ada sebabnya.
Sumber : Fynn Jamal


Thursday, September 15, 2016

(Gambar) Karangan Sedih Daripada Anak Rita Rudaini Ini Bakal Buatkan Anda Sayu...



Dua hari lalu Rita Rudaini memuat naik gambar di laman Instagram yang memaparkan karangan ditulis anaknya, Airit Rayyan Rizqin yang berusia tujuh tahun.

Karangan dalam Bahasa Inggeris itu membuatkan hati ibu tunggal yang juga tuan punya premis perniagaan, Rumah Kueh itu menjadi sayu.

Rayyan menulis mengenai ibunya yang suka warna putih, memasak untuk dirinya dan adik, Airit Qaqa Arjuna, 5, setiap hari dan menjaga mereka dengan baik. Malah, gambar yang dimuat naik turut membuatkan ramai peminat terharu.
"Baru sampai rumah, penat, letih, stress dan sedih. Tapi semuanya terubat apabila membaca karangan ini (merujuk kepada gambar yang dimuat naik," tulis Rita
Rita turut mempersoalkan kenapa Rayyan melukis gambar mereka bertiga sedangkan karangan yang perlu dibuat ialah mengenai ibu. Rayyan kemudian menjawab gambar bertiga barulah lengkap.
"Gembira sangat tapi hati mummy (Rita) sangat sayu... Hati anak mummy sangat baik," tulis Rita lagi memuji anaknya itu. -Bharian


‘Ini Kali Pertama dan Terakhir Aku Datang Bangi Wonderland’

ini-kali-pertama-dan-terakhir-aku-datang-bangi-wonderland

Baru sahaja beroperasi sejak 27 Ogos 2016 yang lalu, taman tema Bangi Wonderland Theme Park and Resort yang dibuka baru tema baru di Bangi, Selangor ini sudah menerima feedback yang kurang menarik daripada pengunjung yang berkunjung ke taman tema ini baru-baru ini.
Berikut merupakan review yang diberikan oleh seorang pengujung di laman Facebook beliau baru-baru ini:
Kami sempat bergaduh di hadapan kaunter tiket kerana tidak pasti samada masuk masuk atau tidak setelah melihat taman teman ini dari luar.
ini-kali-pertama-dan-terakhir-aku-datang-bangi-wonderland8
ini-kali-pertama-dan-terakhir-aku-datang-bangi-wonderland5
Ramai kawan-kawan yang meminta review dari aku, jadi aku cuma berikanreview berdasarkan lawatan aku semalam.
Sejujurnya, aku rasa tidak berbaloi dengan taman tema baru ini sebab banyak benda yang perlu mereka lakukan proses naiktaraf. Orang akan cakap, “ala theme park baru biasalah tu..”
Ya betul, tapi kita sudah berada di tahun 2016 kot. Sebelum buka, biarlah complete atau buat sesuatu yang baru. Aku rasa dah complete kot, cuma sangat hambar. Keluasan kawasan adalah sangat kecil, tempat berhawa dingin tidak nampak langsung. Tempat berteduh hanya terhad di kawasan bawah bangunan, bawah payung aiskrim Nestle, bawah dewan serbaguna.
ini-kali-pertama-dan-terakhir-aku-datang-bangi-wonderland
Harga tiket? Harga tiket untuk dewasa adalah RM58, kanak-kanak RM48 dan percuma kepada kanak-kanak yang berketinggian di bawah 90cm.
Lebih kurang 13 perkara yang korang perlu tahu
1. Pirate Spa : ada beberapa spa yang telah rosak.
2. Water cannon : dada sakit tekanan air kuat siap pakej ada kakak terkehel bahu.
3. Surf rider : tutup
4. Kid adventure : Port lepak yang paling terbaik, lain takde.
5. Body slide : gelongsor yang memerlukan tangan untuk meluncur sebab air tidak cukup dan gelongsor tidak licin.
6. Spiralax : gelongsor gelong pun sama jenuh tangan kayuh.
7. The Fall :  gang ini memang best sebab gelongsor dia menegak.
8. Anaconda Trail : gelonsong biasa saja tapi perlu sewa pelampung. Kos sewa RM15, deposit RM10.
9. Insance Racer : lebih dikenali gelongsor Superman, terbaik!
10. Wonderlop :  gelongor ni saja yang paling best yang taman tema ini ada.
11. Green Pearl : satu-satunya gelongsor yang buatkan punggung akan terasa panas sebab geseran kerana air tidak cukup
12. Pirates bay, Meander RiverTyphoon River : benda yang sama kena guna pelampung sewa untuk chill kat situ tapi panas sangat. Tidak serupa Sunway Lagoon yang ada waterfall dan tempat-tempat redup untuk berteduh.
13. Boomering : gelongsor aku tak naik sbb da malas naik tangga.
14. Magic Funnel :  Serupa macam Zela di Sunway Lagoon itu, tapi berbeza sebab perlu angkat pelampung besar tu naik atas.
Senang cakap, ke semua gelongsor di taman tema ini mengalami masalah bekalan air yang tidak mencukupi, jadi pastikan stamina anda tinggi untuk mengayuh menggunakan tangan. Penatlah hawau!
Jaga anak-anak di kawasan Kid Adventure sebab di situ terdapat beberapa gelongsor gelong, takut tak turun-turun sebab tidak licin dan permainan ini sahaja lah untuk budak-budak main. Life guard kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada.
Staff kebanyakkannya friendly kecuali di kaunter tiket yang tidak mesra dan tidak pandai mengucapkan terima kasih atau pun senyum. Muka ketat!
ini-kali-pertama-dan-terakhir-aku-datang-bangi-wonderland9
Harga locker besar RM30 untuk saiz sederhana dan RM15.00 untuk saiz kecil, deposit RM10.
Kawasan merokok tidak disediakan. Tanya lifeguard dia cakap, pandai-pandailah nak hidup.
Kafe di taman tema ini sangat biasa ibarat restoran mamak. Makan nasi ayam, mi kari, nugget ayam dua ketul dan minum kena cas RM28. Mi kari dia sedap. Sepupu aku cuba laksa, tapi terpaksa buang sebab bau hanyir.
ini-kali-pertama-dan-terakhir-aku-datang-bangi-wonderland6
ini-kali-pertama-dan-terakhir-aku-datang-bangi-wonderland10
Setakat ini sahaja review dari aku. Selebihnya, korang pergilah sendiri ye. Walau bagaimanapun, ini kali pertama dan terakhir aku datang sini. Tiada apa yang boleh buatkan aku datang balik, serupa macam Desa Waterpark. Perlukan banyak perubahan untuk masa depan dan harga tiket sangat tidak berbaloi dan diharapkan pihak pengurusan dapat kurangkan sedikit harga.

Sumber: Z Hil Mi


KISAH SEBENAR MENGAPA BAPA INI BAWA ANAK BONCENG MOTOR


bonceng%2Bmotor.jpg
Satu foto telah menjadi viral di laman sosial baru-baru ini yang mana seorang bapa telah membawa anak kecilnya menggunakan ‘baby carrier’ dibonceng dibelakang ketika menaiki motosikal.
Tindakan bapa tersebut mengundang kecaman sesetengah pihak yang menyatakan tindakan seperti itu amat berbahaya dan boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi tersebut.

Akhirnya, bapa berkenaan tampil membuka mulut menceritakan kisah sebenar tentang kejadian itu.
Foto berkenaan dikatakan dimuat naik semula oleh rakan bapa bayi tersebut sempena hari lahirnya baru-baru ini.

Katanya, gambar tersebut diambil tahun lalu dan baru sahaja menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.

Ini komennya:

Terdesak Bawa Anak

Sebenarnya, ketika itu saya hendak menjemput isteri dari tempat kerja. Saya agak terdesak berbuat demikian sebab tiada siapa boleh tolong jaga anak saya yang ketika itu baru lima bulan,
“Gambar itu dirakam oleh rakannya itu semasa dalam perjalanan menjemput pulang isterinya dari Ayer Keroh ke Bandaraya Melaka, namun disebabkan tiada siapa dapat membantu menjaga anaknya ketika itu, dia terpaksa mengendong anaknya menggunakan ‘baby carrier’ yang dianggapnya sebagai selamat.”

“Saya buntu ketika itu dan tidak tahu nak buat macamana. Itulah yang membuatkan saya mengambil keputusan mengendong anak. Ketika itu, saya hanya ada motosikal.”

Kawan Muatnaik Semula Gambar

Gambar itu dimuatnaik semula sekadar suka-suka kerana kami dulu pernah berkonvoi bersama. Hanya tanda ingatan dia sempena hari lahir saya. Tak sangka akan `viral semula
Ketika itu juga saya baru saja berpindah ke Melaka. Lebih 10 kali saya bawa anak seperti itu untuk menjemput isteri pulang dari tempat kerja.

“Ada orang menasihati saya supaya berhenti melakukannya. Tapi, kekadang ada juga rakan ikut saya untuk memastikan keselamatan kami,

Pelbagai Reaksi Netizen

“Saya juga ada membaca komen daripada pengguna laman sosial di FB rakan saya itu yang rata- ratanya memberikan reaksi positif dan ada juga yang mengecam tindakan saya itu.

“Apapun saya lakukan itu disebabkan kerana terdesak dan sudah pasti sebelum berbuat demikian saya memastikan keselamatan anak. Biarlah apa mereka nak cakap kerana mereka tidak berada di tempat saya,”

Kini, dia tidak lagi berbuat seperti itu kerana telahpun membeli sebuah kereta dan isterinya pula sudah pun berhenti kerja dan memberi tumpuan membesarkan anaknya yang kini sudah hampir berusia tiga tahun.


Sumber: beritamemey


Kata-Kata Pedas Dato Cantik Kepada Safiey Ilias Yang Sangat Makan Dalam


Dah hampir 2minggu berturut saya diasakkk oleh wartawan media elektronik dan sosial utk buat 
statement mengenai pengasas kosmetik jutawan muda yang dari lelaki jadi perempuan 
dari perempuan tu bertukar jadi lelaki semula
Kemudian dari lelaki semula tu jadi perempuan semula
Allahuakhbar.
Saya nak komen pun saya takut.

Takut dugaan Allah itu terpantul pada kite pulak..
Dah la bulan mulia, tanah suci.. masyaaAllah....

Cuma saya tak salahkan dia 100%

 👉Kenapa kite sendiri yang membuta tuli tabsub dgn budak tu?

👉Kenapa tabsub dgn org yg nak beli rumah 2juta

Tabsub dgn kereta recon yg dicanang2...
Tabsub sebab follower ramai
Allahu....
padahal ada byk pengasas muda yg ada lagi bejuta value rumah2 yang dimiliki , tanah,kilang rumah kedai dan bagai..  kita yang patut pandai menilai orang.
Nilai manusia bukan pada assetnya ..
Nilai manusia bukan pada followernya.

👉Kalau nak ikut macam tu kita parut follow Tan sri syed Mohktar Al Bukhory.

Islam paling kaya di Malaysia. ISTERI SATU. Takde lepak hotel2 malam..takde fancy2 cars...
Dalam Alquran sendiri mengatakan bila mana hampir akhir zaman akan ramai orang yang menggunakan agama utk kepentingan diri.
Makna nya apa? IMAN tiada di dada. TAQWA tiada.
Iman dan taqwa bukan pada tinggi mana serban orang, labuh mana tudung kita atau niqab atau tidak...
Atau berapa byk status agama dia upload...

Salah tu dik...
Pengikut2 akan suka akan pemimpin yang memberikan hiburan bukan dakwah. Pemimpin atau artis yang banyak gossip. Senang fofular !
Buat konsert.
Buat party.
Bagi kereta .
Bagi kemewahan dunia...
Siapa yang nak jika "kena ceramah" je ??.
Duit yang dapat sedekah apa orang susah
padahal kita pun x senang mana...
baik join xxx dpt kereta.
Dapat handphone, Dapat Glamour
Itu lah bunyi gendang iman yang tipis...
Jadi saya tak salah kan dia 100% .
Dari pengamatan saya orang yang well planned person.
Smart and oppurtunist.
Result oriented.
Do or Die kinda person.

Media elektronik dan massa pulak nak cari topik yang hangat tak kira pro n cons...
Masa tu pengasas2 lain yang ala2 islamik pun turut sama nak tumpang fofular dia. Ambil gambar.
Post update bersama tanpa kenal hati budi dan mendalami nawaitu orang...
Jadi pecaya tak jika saya katakan kita yang memangkin untuk dia sebegitu.
Kita pun bershubahah tanpa kita sedari..
Pecaya tak?
Bagi saya bukan sebab orang "mengata"  membuatkan dia kembali ke jalan  menuju neraka setelah  susah melalui onak utk tempuhi ke jalan syurga.

👏Itu adalah diri dia sendiri.

👏Perancangan teliti.

👏Hidup masih muda.

👏Duit dah berjuta.

Tapi janganlah lupa..
bukan daun kering sahaja gugur dik...
💕Hari ni berjuta esok boleh papa kedana

Kerana apa?

Kerana Allah sedang menduga.
Sedarlah adikku jalan hiway nampak je panjang tapi mungkin ada lubang gaung ditengah jalan.
Usah terlalu ghairah mendabik dada mendongak kelangit...
sedarlah bahawa dunia ini hanya perjalanan menuju destinasi abadi.
Maafkan saya sekiranya ada yang terasa dengan tulisan ini. Lillahi taala saya tiada niat mengaibkan sesiapa. Cukuplah sekadar coretan hati buat yang ingin mengetahui. Coretan hati sekadar berkongsi rasa hati
Kerana nabi SAW berpesan agar kita sentiasa berpesan2 sesama kita agar tidak terlanjur sesat dihujung jalan....