Kerajaan terus menunjukkan keperihatinan terhadap rakyat apabila meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) malah jumlah bantuan itu dinaikkan dan akan dinikmati oleh golongan sasar mengikut syarat kriteria ditetapkan
Kenaikan kadar BR1M bagi tahun 2016 diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2016 yang berlangsung di Parlimen pada 23 Oktober 2015
Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia yang berkelayakan terus menikmati nilai bantuan BR1M berdasarkan kriteria ditetapkan
BORANG PERMOHONAN BR1M 2016 DAN PENDAFTARAN ONLINE PEMOHON BARU MELALUI EBR1M
Berikut adalah informasi tentang syarat kelayakan kategori berserta nilai atau jumlah bantuan kewangan yang bakal diterima dan cara permohonan terutamanya kepada pemohon baru BR1M
KATEGORI ISI RUMAH
RM1,000 | |
Status | Warganegara Malaysia (Menetap Di Malaysia Sahaja) |
Kriteria | Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya |
- Berkahwin
- Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
- Bujang (Janda,Duda) yang mempunyai tanggungan
Pendapatan Kasar Bulanan
RM3,000 dan ke bawah (termasuk dengan warga emas)
Jadual Tarikh Pembayaran
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat (bulanan) pada tahun 2016
- Ansuran Fasa 1 (28 Januari) RM250
- Ansuran Fasa 2 (28 April) RM250
- Ansuran Fasa 3 (23 Jun) RM250
- Ansuran Fasa 4 (28 September) RM250
RM800 | |
Status | Warganegara Malaysia (Menetap Di Malaysia Sahaja) |
Kriteria | Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya |
- Berkahwin
- Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
- Bujang (Janda,Duda) yang mempunyai tanggungan
Pendapatan Kasar Bulanan
RM3,001 hingga RM4,000 (termasuk dengan warga emas)
Jadual Tarikh Pembayaran
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat (bulanan) pada tahun 2016
- Ansuran Fasa 1 (28 Januari) RM200
- Ansuran Fasa 2 (28 April) RM200
- Ansuran Fasa 3 (23 Jun) RM200
- Ansuran Fasa 4 (28 September) RM200
Nota | |
Kategori isi rumah dan warga emas layak menerima Skim Khairat Kematian yang memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000, berkuat kuasa selama setahun |
Info Skim Khairat Kematian | |
Skim Khairat Kematian akan diberi kepada waris penerima BR1M kategori isi rumah dan warga emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2016 |
Maklumat waris perlu didaftarkan secara online atau manual (guna borang)
Hubungan waris dengan pemohon BR1M adalah terhad kepada suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak sahaja
KATEGORI BARU : E-KASIH
RM1,050 | |
Status | Warganegara Malaysia (Menetap Di Malaysia Sahaja) |
Kriteria | Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya |
- Berkahwin
- Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
- Bujang (Janda,Duda) yang mempunyai tanggungan
Pendapatan Kasar Bulanan
RM1,000 dan ke bawah (termasuk dengan warga emas)
Jadual Tarikh Pembayaran
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat (bulanan) pada tahun 2016
- Ansuran Fasa 1 (28 Januari) RM250
- Ansuran Fasa 2 (28 April) RM250
- Ansuran Fasa 3 (23 Jun) RM300
- Ansuran Fasa 4 (28 September) RM250
KATEGORI INDIVIDU BUJANG
RM400 | |
Status | Warganegara Malaysia (Menetap Di Malaysia Sahaja) |
Kriteria | Individu (bujang) |
- Berumur 21 tahun ke atas
Pendapatan Kasar Bulanan
RM2,000 Ke bawah
Jadual Tarikh Pembayaran
Bayaran sekali gus bermula 28 Januari 2016
Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2016 bagi kategori Bujang
JADUAL TARIKH AGIHAN PEMBAYARAN BR1M 2016
Agihan tarikh pembayaran BR1M tahun 2016 adalah tertakluk kepada perubahan. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dengar kadar segera
BORANG PENDAFTARAN ONLINE DAN MANUAL PERMOHONAN BR1M 2016 : PEMOHON BARU
Permohonan baru merujuk kepada pemohon yang pertama kali memohon BR1M dan jika menepati kriteria yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan
Maklumat dan butiran cara permohonan boleh rujuk kepada ruangan yang tersedia seperti berikut
Permohonan Online BR1M 2016 – Pemohon Baru | |
Tarikh rasmi Permohonan BR1M 2016 Dibuka |
Peringatan! permohonan secara online hanya boleh dibuat dengan menggunakan komputer berikutan aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih
Pemohon dinasihatkan mencetak salinan permohonan dan perlu disimpan sebagai rujukan
5 Disember 2015, Sabtu
Tarikh Permohonan Ditutup
31 Disember 2015
Pautan Laman Sistem Borang Permohonan Dan Pendaftaran Atas Talian (Online)
Sila layari
Panduan Permohonan
Sila layari
Pautan Portal Rasmi E-Br1m
https://ebr1m.hasil.gov.my
Semakan Keputusan Permohonan BR1M tahun 2016
Sila Rujuk
Penting! Sila kemukakan permohonan dengan hanya menggunakan salah satu daripada kaedah yang disediakan sama ada dengan cara online ataupun manual (guna borang) bagi mengelakkan duplikasi kandungan maklumat pemohon
Permohonan Manual (Guna Borang) BR1M 2016 – Pemohon Baru | |
Tarikh Borang BR1M 2016 Diedarkan | 5 Disember 2015, Sabtu |
Borang Boleh Didapati Melalui |
|
Info | Borang yang telah diisi dan dilengkapkan dengan sempurna hendaklah dihantar ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan |
Pautan Portal Rasmi E-Br1m
https://ebr1m.hasil.gov.my
Semakan Keputusan Permohonan BR1M tahun 2016
Sila Layari
Bagaimana Dengan Penerima BR1M Terdahulu? | |
Penerima BR1M sedia ada, maksudnya sudah disahkan layak atau pernah menerima BR1M sebelum ini tidak perlu mendaftar lagi untuk yang terbaharu ini | |
Bagaimanapun perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank dan maklumat lain yang berkaitan dengan tepat | |
Saranan bagi tujuan pengemaskinian adalah untuk melancarkan atau memudahkan proses penyaluran bantuan kepada penerima berdasarkan maklumat rekod terkini | |
Selain itu, penerima yang tidak memberikan maklumat nombor akaun bank pada permohonan lalu, disyorkan memberikan maklumat akaun bank pada BR1M 2016 melalui sistem kemaskini bagi memudahkan dan mempercepatkan penyaluran bantuan | |
Sila rujuk |
Disyorkan | |
Pemohon baru dan penerima BR1M sebelum ini yang tidak memiliki akaun bank dinasihatkan membuka akaun di cawangan bank berhampiran |
Saranan itu bertujuan supaya penerima BR1M yang memiliki akaun bank tidak lagi perlu beratur panjang menerima bantuan kewangan itu kerana wang akan disalurkan terus ke akaun bank penerima mengikut peringkat pembayaran
Langkah ini juga mempercepatkan penyaluran bantuan kepada penerima di masa depan
Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan | |
Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) serta emel ke br1m@treasury.gov.my | |
Berhubung terus ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan |
FAQ : Soalan Lazim Dan Jawapan (Bantuan Rakyat 1Malaysia 2016) | |
Respon Permohonan | |
Notis dan surat makluman lulus atau gagal akan diposkan kepada pemohon mulai minggu terakhir bulan Januari 2016 | |
Bagi setiap permohonan yang berjaya pembayaran akan dibuat secara berperingkat mulai 28 Januari 2016 |
0 comments:
Post a Comment