Wednesday, May 18, 2016

'2 Bulan Saya Menderita Disihir Oleh Mertua Sendiri'


Sihir pemisah dari mertua, itulah yang saya alami. Perkahwinan kami yang tidak sampai setahun, musnah kerana sihir mertua saya. Terlalu panjang untuk saya ceritakan di mana awal punca segalanya berlaku. 

Sebelum saya sakit, terlalu banyak kezaliman mertua lakukan pada saya. Saya diberi minuman kotor, rahim saya diikat supaya saya tiada zuriat dengan suami dan macam-macam lagi. Tetapi sebab sayang, saya telan, terima sehinggalah akhirnya saya rebah dengan sihir mertua.

Hampir 2 bulan saya sakit, saya langsung tidak dihiraukan oleh suami. Malah keluarga mertua langsung tidak mengambil kisah saya sebagai menantu yang sakit. Amat perit dengan permainan syaitan ini. Nasib baik saya masih ada seorang ibu yang banyak membantu saya. 

Kerjaya saya hancur, duit untuk berubat juga tiada. Diri saya tidak terurus. Yang saya tahu, saya sering menangis merindukan suami sedangkan pada masa itu suami ada di depan mata tetapi seolah-olah saya rasa suami melihat saya dengan perasaan benci. 

Saya ditengking oleh suami tanpa ehsan, akhirnya suami melangkah keluar dari rumah kami, pulang kepada keluarganya. Bila adik angkat saya, orang yang saya percaya tempat saya meluahkan rasa pula mengkhianati saya. Dengan menghantar semua mesej yang saya beri pada dia, diberikan semula pada suami saya dengan alasan dia tidak mahu menanggung dosa sebab saya memburuk-burukkan suami saya dan keluarga mertua. 

Allahuakbar. Cukup terzalim saya diperlakukan. Adik angkat sendiri tahu dan lihat apa yang saya alami. Tetapi mengapa dia mengkhianati saya? 

Selepas saya pulih dari sakit, Allah menguji saya dengan saya mengandung. Saya mencari cara untuk berdepan dengan suami sebab suami enggan berjumpa. Saya ingin khabarkan kepadanya bahawa saya mengandung zuriatnya. Saya bagaikan pengemis, mencari suami, telefon tak dijawab, mesej tak dibalas dan macam-macam cara saya buat agar dapat berjumpa dengannya.

Tetapi bila saya dapat berjumpa dengan suami, pandangannya masih juga sama. Benci melihat saya, katanya dia tidak dapat menerima saya yang menuduh ibunya telah menyihir saya, menyihir rumah tangga kami. Masa itu, hanya Allah kebenaran saya.

Selepas kejadian itu, saya pernah pengsan di jalanan duduk jatuh terhentak. Kandungan saya bergegar dan anak dalam kandungan saya hanya bertahan selama sebulan.

Selepas keguguran, saya habis pantang seminggu, saya mula mencari pekerjaan. Saya bangkit dari semua, berdiri di atas kaki sendiri dengan semangat anak-anak syurga saya. Saya failkan fasakh untuk meminta suami saya sedar. Namun siapa sangka, suami sendiri telah pergi ke pejabat agama untuk berkata dia rela menceraikan saya dan fasakh saya tidak diproses oleh pejabat agama. 

Tetapi Allah itu maha mengetahui segala-galanya. Pejabat Agama menukar fasakh saya dengan sesi kaunseling dan masa itu saya berjuang bermati-matian atas nama Allah. 

Saya diberi sihir ilmu pemisah oleh mertua, saya tenang melalui semuanya. Kini saya masih lagi ada satu sesi untuk kaunseling. Sejujurnya saya tidak mahu lagi melihat muka suami, bukan kerana benci tetapi terkilan dengan apa yang terjadi. - KRT | PIXEL MEDIA


Kata-Kata Terakhir 5 Pilot Sebelum Kapal Terbang Terhempas Ini Memang Sangat Memilukan






AJAL tidak mengenal sesiapapun, malah ia sekalipun tidak mengikut masa. Bila-bila sahaja ajal akan menimpa kita. Persoalan yang timbul, bila ajal kita? Dan bagaimana cara kematian kita?

Di zaman yang serba moden ini, para saintis cuba mencari jalan untuk mengurangkan kadar kematian manusia. Pelbagai keselamatan yang dipasang kebanyakan perkara terutamanya pesawat komersial.

Pesawat komersial sudah tentu akan berlepas dari lapangan terbang dengan penumpang yang mencukupi supaya mereka dapat mengurangkan kerugian kos penerbangan tersebut. Tapi, sedarilah lebih banyak penumpang, lebih tinggi risiko angka kematian jika berlaku kemalangan.

Perkara-perkara inilah yang menjadi persoalan utama para saintis bagaimana untuk mengurangkan risiko kerosakan pada kapal terbang supaya tidak berlaku kecelakaan yang tidak diingini. Namun jika Tuhan telah menetapkan ajal kita disana, apa yang kita mampu buat.

Video ini adalah rakaman dari blackbox yang dapat dijumpai dalam 5 buah pesawat yang telah terhempas dengan cara yang amat menyedihkan. Rakaman ini adalah rakaman saat-saat terakhir pesawat sebelum terhempas. Bagaimana mereka merintih kesedihan sangat memilukan.


“Kalau Mak Tak Suka Bini Along Takpelah. Lepas Ni Along Balik Kampung Seorang Je”


Ceritanya macam ni. Abg sulung aku seorang yg sangat baik. Jaga solat 5 waktu, byk contribute to kerja dakwah, bisnes laju, dah nikah, tapi belum ada anak lagi.

Kitorang keluarga biasa2 je. Mak aku kerja gaji 1k je sebulan. Abang aku ni, dia sangat manja dgn mak aku. semua benda dia lebihkan mak aku. tiap2 bulan hlur rm300, tiap2 bulan wajib balik (yelah dia lelaki, kena lebihkan mak). tapi kat mertua dia pun dia hulur jugak. Aku ni family kampung. Mak aku mcm mak mak yg duk kat kampung la. Hari2 masak, berkebun, etc.

Wife abang aku family kaya. Dia berniqab, tapi wallahi baik. Dia tak kisah pun walau keluarga aku ni miskin, sebab bagi dia ckup apa yg Allah kasi. Cuma satu, tiap kali diorg berdua balik kg, akak ipar aku xreti masak.

So dia memang berkurung je kat bilik. Tak turun dapur, xtlg masak. mak aku terasa.. dia kalau blh nk menantu turun masak sama2, kalau tak reti mak cakap mak boleh je ajar. Tapi still, dia mmg xturun dapur.

Aku tau semua org ada kelemahan, tapi mak aku kalau boleh nk dia pandai masak utk abg aku. Abg aku, kalau balik rumah, selalu rquest mintak aku masakkan macam2 utk dia. aku boleh ja masakkan, cuma wife dia xterasa ke? kalau aku lah, aku nak rasa air tgn wife sdri. lagi boleh ikat kasih syg.

Mak aku pernah tgur abg aku sekali. Dia cakap lah , "along nanti suruh la wife along bljr masak dgn mak. mak boleh je ajar. jgn terperap je kat bilik. masa ni la nk rapat dgn mertua ke apa."

akak ipar aku pendiam. kurang komunikasi. xramah dgn mak mertua. biasanya pagi2 dia tidur ke apa taktau lah, tp pkul 1 camtu bru kluar bilik. aku…. faham perasaan mak aku mcm mana.. dia nak rasa ad mnntu macam org lain.

tahu apa along aku jawab? aku nk nangis masa mak aku cerita kat aku.

"Kalau mak tak suka wife along xpela. lepas ni along balik kg sorg je."

padahal mak aku suarakan isi hati aku je. mak aku cerita kat aku sorg je. dia kata dia terasa. dia kata, "along baik sgt tp when it comes to his wife, dia sanggup cakap camtu kat mak."

mak aku pernah kata, maybe Allah xbg lg depa zuriat sbb Allah tau along maybe xmmpu lg nak jaga anak. wife pun xnk buat sgt kerja rumah.

Akhirnya , pesan aku, perempuan please… kau kaya ke, biasa2 je ke, belajar la masak. Mak ni kdg2 bukan nk apa sgt. hal kecik pun dia blh terasa sbb dia nk yg smpurna utk anak lelaki dia.

kau bygkan.. kau jaga anak llaki kau 24 tahun smpai dia hensem berkerjaya. tiba2 lepas dia kawen, dia syg isteri dia lebih dr kau.

Aku faham mak. aku harap sgt along aku baca ni. hari2 aku doa, ya Allah jadikan aku anak yg sentiasa menjaga hati mak aku ya Allah.

korang, lelaki. mak tu syurga korang. please jaga.

– Anak mak. iiumc conffesion


Tuesday, May 17, 2016

AWAS...INILAH PUNCA SEBENAR KENAPA KUCING HARUS DIJAUHKAN DARI IBU MENGANDUNG !!!

AWAS...Inilah Punca Sebenar Kenapa Kucing Harus Dijauhkan Dari IBU Mengandung !!!

 Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kehamilan kerana keadaan ini berkait rapat dengan sejenis parasit iaitu protozoa yang dikenali sebagai toxoplasma gondii...





Haiwan jinak seperti kucing sememangnya kerap dijadikan haiwan peliharaan di rumah. Tetapi sekiranya anda sedang hamil, mungkin anda perlu mengehadkan masa bersama dengan haiwan peliharaan khususnya dari segi pengendalian najis kucing....

Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kehamilan. Keadaan ini berkait rapat dengan sejenis parasit iaitu protozoa yang dikenali sebagai toxoplasma gondii yang membiak di dalam usus kucing dan didapati di dalam najisnya dan juga dalam tanah...



Parasit ini menyebabkan sejenis jangkitan yang sering ditemui iaitu toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan serius kepada bayi dalam kandungan...

Ini boleh mendatangkan ancaman jangkitan toksoplasma yang boleh memberi kesan kepada anak dalam kandungan. Ramai wanita dijangkiti oleh parasit toksoplasma tetapi tidak menyedari hakikat ini kerana parasit ini tidak memberikan tanda yang ketara.

Isu yang paling dikhuatiri ialah apabila jangkitan parasit itu dialami buat kali pertama ketika mengandung. Ramai ibu yang sedang hamil tidak mengetahui bahaya parasit berkenaan kerana ia tidak mendatangkan petanda luar biasa seperti sesak nafas atau demam tinggi.

Sebaliknya, ibu yang dijangkiti akan mendapat demam serta selesema biasa, kelenjar limfa membengkak, sakit otot, kekejangan dan sakit sendi. Gejala sebegini selalu dianggap 'keadaan biasa' oleh ibu hamil dan doktor yang merawatnya.

Proses penyebaran boleh berlaku berpunca daripada najis haiwan peliharaan yang menyebabkan toksoplasmosis atau dalam dunia perubatan digelar jangkitan yang disebabkan oleh parasit toksoplasma yang menyerang jaringan saraf manusia....



Menjangkiti bayiSeorang wanita yang dijangkiti sama ada sebelum atau semasa hamil, boleh menjangkiti bayi yang dikandung. Toksoplasmosis kongenital adalah satu masalah perubatan yang mana bayi dalam kandungan dijangkiti melalui uri (plasenta)...

Jika seorang wanita menerima pendedahan pertama kepada toksoplasmosis ketika mengandung, bayi akan berisiko tinggi. Risiko bayi termasuk mati dalam kandungan, buta mata dan kecacatan otak termasuk 'retardasi mental'



angkitan paling biasa diperolehi menerusi sentuhan dengan kucing serta najis mereka. Toksoplasma juga boleh dijangkiti apabila wanita mengendalikan daging mentah atau separuh masak.

Peringatan

Sebagai peringatan kepada wanita khususnya yang sedang hamil dan berusaha untuk hamil, anda perlu mengehadkan masa bersama haiwan atau pengurusan najis haiwan itu. Pengurusan najis haiwan ini boleh dilakukan oleh suami atau orang lain...

Dengan cara ini moga anda dapat mengelak risiko jangkitan kali pertama ketika hamil. Lebih utama ia dapat mengurangkan risiko bayi menghidapi toksoplasmosis kongenital...


jika doktor mengesyaki yang ibu mempunyai jangkitan toksoplasmosis aktif, ujian darah boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran antibodi yang mengesahkan jangkitan ini. Jika ibu disahkan mendapat jangkitan, ujian lanjutan seperti amniosintesis dan ujian imbasan ultrabunyi akan dilakukan ke atas bayi dalam kandungan...

Ibu akan diberi ubat khusus jika bayi disyaki telah dijangkiti, agar gejala yang akan dialami oleh bayi apabila lahir dapat dikurangkan....

Rawatan

Rawatan ini diteruskan ke atas bayi selepas dilahirkan. Sebaliknya, jika bayi dalam kandungan belum dijangkiti, ibu akan diberi ubat antibiotik khusus supaya risiko jangkitan kepada bayi dapat dikurangkan sehingga 50 peratus.

Bayi-bayi yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu yang mendapat jangkitan toksoplasmosis haruslah diuji agar tidak mempunyai sebarang gejala semasa dilahirkan dan terus diberi rawatan.

Langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat mengurangkan insiden ia berlaku. Antaranya dengan membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan, mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak, membasuh dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan, menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing...


Elakkanlah membela kucing semasa hamil sekiranya langkah ini sukar dilakukan...!!! 


Ramai Pelik Kenapa Pengantin Lelaki Ini Agih Makanan Di Tepi Jalan

KOTA BHARU: Tindakan seorang lelaki berpakaian pengantin mengagih makanan di tepi jalan cetus perhatian pengguna jalan raya di Jalan Kok Lanas-Machang sejak Ahad lalu.


Ramai Pelik Kenapa Pengantin Lelaki Ini Agih Makanan Di Tepi Jalan

Aksi pemuda yang dikenali sebagai Nor Hamidi Mohd Nadzir, 27, mengejutkan sebahagian besar pengguna jalan raya itu kerana tidak menyangka seorang 'pengantin' sanggup mengagihkan makanan kepada mereka.

Malah, ada yang bertanya sama ada pengantin perempuan sudah melarikan diri atau mengagihkan makanan kenduri yang tidak habis. Namun, Hamidi menjelaskan dirinya masih lagi bujang.

Ramai Pelik Kenapa Pengantin Lelaki Ini Agih Makanan Di Tepi Jalan

Beliau mengagihkan bihun dan nasi goreng sebanyak 120 bungkus setiap hari sebagai tanda berkongsi rezeki apabila perniagaan butik pengantin, D'Rias Bridal Collection, miliknya mendapat keuntungan ketika Februari dan Mac lalu.

Tambahnya lagi, beliau sudah membelanjakan kira-kira RM3,500 sejak Ahad lalu bagi mengagihkan bihun itu untuk pengguna jalan raya Kok Lanas-Machang.

"Asalnya niat nak berkongsi rezeki dengan membuat jamuan makan, tetapi disebabkan rumah sedang dalam proses pembaikan saya ambil inisiatif mengagihkan kepada pengguna jalan raya.

"Idea berpakaian lengkap sebagai pengantin adalah bagi menarik perhatian pengguna untuk singgah selain tidak memerlukan modal memandangkan saya mempunyai butik pengantin," katanya.


Bahkan beliau dibantu oleh tiga orang pekerjanya iaitu Seri Murni Hussin, 23; Nur Hayati Mat Noor, 46, dan Zaini Derahman, 33, untuk mengagihkan bungkusan sarapan yang dimasak ibunya, Rokiah Idris, 54.

Ramai Pelik Kenapa Pengantin Lelaki Ini Agih Makanan Di Tepi Jalan

"Pada hari pertama, saya cuba dengan menu bihun sebanyak 100 bungkus dan mengambil masa sejam untuk selesai mengagihkannya kerana orang ramai agak terkejut dengan penampilan saya, namun keesokan hari tidak sampai setengah jam semuanya sudah habis," katanya.

Apapun, tindakan Hamidi sepatutnya dipuji. Semoga murah rezeki beliau selepas ini.



Misteri, Kamera Smartphone Diguna Sebelum Waktu?






Sebuah video mencetuskan viral di laman sosial apabila seorang Youtuber, Eagle-eyed berkongsikan sesuatu yang misteri sewaktu pertarungan di antara lagenda tinju, Mike Tyson menentang Peter McNeeley pada tahun 1995.

Perkara yang menjadi persoalan di kalangan netizen ialah seorang penonton dilihat merakam perlawanan itu menggunakan telefon bimbit berkamera sedangkan ia masih belum wujud ketika itu.

Kebanyakan telefon bimbit pada ketika itu bukan sahaja tidak mempunyai kamera malah bersaiz besar dan mempunyai antena.


Inilah Ranking Terbaru Pasukan JDT Yang Mengejutkan Penyokong AC Milan & Southampton



Tahniah JDT kerana mengharumkan nama Malaysia.

Ranking JDT setanding kelab Eropah Southampton & Ac Milan. Tidak lama lagi JDT berkemungkinan berada pada Ranking "TOP 100" . Ayuh JDT ! 


Sumber: IFFHS(International Federation Football History and Statistic). 




Foto Safee Sali Bersama Pistol Tersebar




APAKAH MAKSUD MIMPI BERTEMU ORANG YANG SUDAH MATI?

Seseorang seringkali bermimpi ketika mereka sedang tertidur lena, namun ada sebahagian dari orang-orang telah bermimpi bertemu dengan orang-orang terdekat mereka yang telah meninggal dunia dan ternyata ada makna mimpi bertemu orang yang sudah meninggal dunia.

Mengapa kita boleh bermimpi bertemu dengan orang yang sudah meninggal? Dan apakah makna disebalik mimpi itu?

Mimpi Bertemu Orang yang Sudah Meninggal, Mungkinkah ada maksud tertentu?



Ramai orang yang menganggap mimpi hanyalah mainan tidur semata sehingga tidak ada maksud di dalamnya, namun ada sebahagian orang yang percaya bahwa setiap mimpi memiliki maksud dan malah sebagai pertanda adanya hal baik atau buruk. Salah satu mimpi yang dipercaya memiliki maksud tertentu adalah mimpi bertemu dengan orang yang telah meninggal dunia.

Berikut adalah maksudnya: 

1. Sebagai pertanda kerinduan 

Erti mimpi bertemu orang yang sudah meninggal adalah sebagai pertanda bahawa orang itu sangat merindukan orang yang telah meninggal tersebut seperti orang tua, saudara, dan teman. Setelah bermimpi maka tidak perlu difikirkan sangat dan sebaiknya segera mendoakan orang yang telah meninggal dalam mimpi tersebut agar mendapat ketenangan dan jangan lupa sekali-kali mengunjungi kubur mereka. 

2. Pertanda adanya pesan dari arwah 

Ada beberapa orang yang berpendapat bahwa bermimpi bertemu dengan orang yang sudah meninggal berarti bahwa arwah ingin menyampaikan pesan kepadanya kerana semasa hidupnya masih ada urusan yang belum terselesaikan. 

3. Pertanda akan mendapat pertolongan 

Pendapat lainnya mengatakan bahawa bermimpi bertemu dengan orang telah meninggal dunia adalah pertanda akan mendapat pertolongan dari seseorang yang akan menyelesaikan masalah yang dihadapi orang tersebut. 

Namun, ketiga maksud tersebut belum dapat dibuktikan kebenarannya dan hanya berkembang sebagai mitos yang dipercayai oleh ramai orang. 

Selain mimpi bertemu dengan orang yang telah meninggal, malah ada pula mimpi becakap dengan orang meninggal. Mimpi itu juga sebenarnya mempunyai makna yang tersembunyi di dalamnya iaitu sebagai pertanda bahawa semua yang diusahakan oleh orang tersebut akan sia-sia dan tidak berhasil.

Namun sebagai makhluk yang beriman, sebaiknya tidak langsung percaya dengan pertanda tersebut kerana makna yang terkandung dalam mimpi tersebut merupakan penafsiran dari manusia saja dan belum terbukti kebenarannya. 

Mimpi tersebut dapat mendekati nilai kebenaran jika orang yang bermimpi berperilaku baik dan jujur dalam kehidupannya dan sebelum tidur selalu membersihkan diri terlebih dahulu dan mengambil air wuduk. 

Selanjutnya adalah mimpi tentang anggota keluarga yang telah meninggal seperti datuk-nenek, ayah-ibu, dan adik-kakak. Menurut penelitian spiritual yang telah dilakukan, ternyata banyak orang yang memimpikan anggota keluarganya yang telah meninggal oleh kerana alasan psikologi seperti kerisauan terhadap kehidupan arwah di akhirat dan rasa bersalah yang ditimbulkan oleh kurangnya waktu bersama dengan arwah sewaktu masih hidup. Ada beberapa maksud tentang mimpi bertemu dengan anggota keluarga yang sudah meninggal, diantaranya adalah: 

1. Merindukan arwah 

Anggota keluarga seperti datuk-nenek, ayah-ibu, dan adik-kakak merupakan orang-orang yang sangat dekat dengan kehidupan seseorang, sehingga wajar bila orang yang telah ditinggal mati oleh keluarganya masih sangat merindukan orang tersebut. Rasa rindu yang besar dapat memicu seseorang untuk memimpikan orang-orang yang telah meninggal tersebut sebagai ubat kerinduan mereka. 

2. Arwah mengharapkan kiriman doa 

Maksud lain adalah arwah mengirimkan pesan kepada anggota keluarganya yang masih hidup untuk mengirimi mereka doa agar mendapat ketenangan di akhirat. Sehingga sebaiknya setelah bermimpi hal tersebut langsung mendoakan arwah yang telah dimimpikan. 

Itulah beberapa maksud mimpi bertemu orang yang sudah meninggal yang dipercayai oleh sebahagian besar orang dan telah tersebar dalam masyarakat.

sumber : tawaurians