Wednesday, October 19, 2016

Ramai Lelaki Yang Reject Bila Mak Abah Minta Duit Hantaran RM20K, Sehinggalah Seorang Mekanik Ini...


Aku berusia 27 tahun, berkelulusan master, bekerja di selatan dan telah berkahwin dengan hantaran RM20,000, barang kemas sepersalinan beserta mas kahwin RM3,000. Sabar, jangan judge apa-apa dulu. 

Aku berasal dari utara, yang orang dok kata, "perempuan utara ni mahal-mahal,". Yes, aku memang sangat terkejut apabila mak abah aku kata duit kahwin aku RM20,000 (RM17,000 + RM3,000). Jadi, bermulalah episod aku direject oleh ramai lelaki yang ingin menjadikan aku sebagai suri hati. 

Name it, dari kerja pejabat tanah, offshore, cikgu, semua menarik diri apabila mendengar jumlah duit kahwin. 

Bila dah cinta sangat-sangat, aku siap pujuk mak abah kurangkan duit hantaran. Jawapan mereka,

"Kalau kahwin pun nak minta kurang, macam mana nak bela anak mak? Nak dapatkan sesuatu kenalah berusaha. Senang dapat, senang kena buang." 

Sampaikan ada seorang mamat itu pernah berkata, "Ermm, baik saya beli kereta kalau hantaran dah tinggi macam tu."

Hadehh!

Umur 25, akhirnya berjumpa dengan seorang mekanik berkelulusan SPM yang juga mempunyai niat yang murni untuk menjadikan aku sebagai suri hatinya. Dengar saja RM20,000, dia diam dan kata akan cuba mengumpul duit sebanyak itu. 

Wah! Ini lelaki pertama yang sanggup menyahut syarat mak abah aku. Jadi, pada malam itu juga aku call tanya mak abah dan minta restu. 

"Adik boleh terima dia, mak setuju tak? Dia kerja mekanik saja," 

Alhamdulillah mak aku setuju. Mula-mula takut juga sebab abang ipar first kerja offshore di Vietnam, kedua lecturer, ketiga PTD. Yang bakal suami aku pula, mekanik cabuk saja. 

Si dia masa itu gaji dalam RM1,000 tanpa KWSP dan ada motosikal EX5 sahaja. Gaji aku pula, RM3,000 masa itu. Jadi, aku tersangat-sangat tak sangka yang mak aku approve si dia sebagai menantu. Bila dah dapat restu, bermulalah episod kami buat persediaan untuk masa depan. 

Apa kami buat? 

Aku  punya part, sediakan barang rumah siap-siap. Dari sekecil-kecil benda hinggalah sebesar-besar benda. Televisyen, sofa, dining table, microwave, oven, washing machine bagai. Boleh dikatakan rumah aku itu dah lengkaplah. Semua itu aku beli sikit-sikit semasa bujang. Rumah itu memang aku yang beli, tak ada sewa-sewa. 

Dia? Dia mengumpul duit, memang ikat perut habis. Makan bercatu, kadang-kadang apa yang aku masak, aku bekalkan untuk dia. Sampaikan makcik-makcik, kawan-kawan dia pernah berkata, 

"Apsal mahal sangat? Ada emas ke kat dia punya **** tu?" 
"Kita ini pipit, dia enggang, mana nak sama. Carilah perempuan lain, yang muda dan yang hantarannya murah. Muda-muda ini senang nak beranak," 

"Tak payahlah berkahwin dengan orang jauh. Kahwin saja dengan orang yang sama negeri, tak adalah kena bayar mahal-mahal. Hantaran kau ini include GST sekali ke sampai mahal macam itu sekali?" 

Siang kerja bengkel, malam part time jual burger + baiki kereta sesiapa saja yang rosak di tengah-tengah malam. 

Aku memang tak bantu langsung dia kumpul duit. Dia ambil masa 24 bulan untuk mengumpul duit hantaran kahwin. Dalam tempoh dua tahun itu, nak berjumpa/bergayut telefon dengan si dia memang susah. Padahal kami tinggal di taman yang sama, cuma berlainan fasa sahaja. Rumah sewa dia di fasa lama, rumah aku di fasa baru. 

Ini ada sedikit pesanan untuk kaum hawa. Semasa lelaki tengah mengumpul duit, kita yang perempuan ini janganlah buat perangai, merajuk, paksa nak jumpa, nak hadiah, nak romantik seperti drama jam 7 petang dan sebagainya. 

Perempaun kenalah faham, mereka menggunakan 200% kudrat yang ada semata-mata nak menghalalkan hubungan dengan kita. Perempuan pada masa ini kena betul-betul bersabar dan jangan bayangkan yang bukan-bukan, jangan fikir dia tak contact sebab ada perempuan lain ke apa? 

Awal tahun 2016, dia datang merisik. Raya haji kami berkahwin. 

Jenis mak abah aku, total duit hantaran hanya akan diambil pada hari akad nikah. Jadi, apa-apa persiapan awal untuk majlis pihak perempuan, memang kena dahulukan duit pihak perempuan dululah. 

Bila dah habis majlis, mak abah cuma ambil RM2,000 sahaja dari amaun sebenar. Aku pun pelik, rupa-rupanya selebihnya mereka pulangkan semula pada suami, suruh gunakan untuk buat modal buka bengkel sendiri. 

"Behind every successful man there is a woman"

Alhamdulillah, dengan duit hantaran + loan PUNB, sekarang suami dah bekerja sendiri. Mampu pula ambil dua pekerja. Malah dia ada perancangan nak buka pusat servis sendiri. Kami berdua memang terkejut sangat. Mak meruta cakap dengan aku, dia tak sangka anak dia yang macam tak ada masa depan itu boleh jadi tauke. Aku gelak-gelak saja. Kalau nak kenangkan tempoh dua tahun si dia berusaha mengumpul duit itu, Allahu, tak sanggup nak kenang. 

Tak semua mak abah kejam. Aku dulu-dulu pun fikir mak abah nak jual aku ke apa sampai minta duit hantaran RM20,000. Rupa-rupanya permintaan mereka itu bersebab. 

Untuk korang yang rasa marah sebab mak abah minta hantaran tinggi-tinggi itu, aku doakan agar mak abah korang ada special plan untuk korang. InshaAllah dipermudahkan urusan perkahwinan semua orang. 

Abang mekanik, I love you. - IIUM Confressions | The Reporter


Inilah Gred Gaji Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) Yang Tak Ramai Tahu

maksud jusa dan gred gaji.jpgMAKSUD JUSA DAN GRED GAJI
Apa itu JUSA? Mungkin ramai yang tertanya-tanya apabila melihat kereta mewah yang tertulis JUSA A, JUSA B, JUSA C pada nombor platnya. Untuk pengetahuan semua, JUSA adalah singkatan dari perkataan Jawatan Utama Sektor Awam(JUSA).
JUSA terbahagi kepada beberapa kelas iaitu JUSA A, JUSA B dan JUSA C. Setiap kelas atau gred JUSA ini mempunyai gaji pokok dan elaun yang berbeza-beza. JUSA A adalah gred jawatan yang menerima gaji pokok paling tinggi. Untuk penerangan yang lebih jelas lagi lihat senarai di bawah:
JUSA C (Gred Khas C/VK7/VU7)
Gaji Pokok: RM7,189-RM14,587 (Ikut berapa lama pegang jawatan, setiap tahun ada kenaikan)
Elaun Keraian: RM2,500
Elaun Perumahan: RM1,300
Elaun Insentif Khas: RM500
Elaun Pembantu Rumah: RM500
Elaun Tetap Jawatan JUSA: RM1,000
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM166
Jenis Jawatan: Timbalan Ketua Setiausaha/Pengarah Negeri/Pengarah Bahagian/Setiausaha Bahagian/Professor Universiti Gred Khas C/Pendaftar Universiti JUSA C/Pengetua Cemerlang JUSA C/Timbalan Pendaftar Kehakiman/Doktor Pergigian Gred Khas C/Doktor Perubatan Gred Khas C/Doktor Pakar Gred Khas C/Timbalan Pengarah Hospital Besar/Pengarah Hospital Besar/Timbalan Ketua Polis Negeri/Ketua Polis Negeri/Deputi Komisioner Polis/Brigedier Jeneral Tentera Darat/Laksamana Pertama Tentera Laut/Brigedier Jeneral Tentera Udara dan lain-lain jawatan yang sama taraf dengannya. Layak untuk dianugerahkan gelaran Dato’/Datuk daripada Sultan/Raja/Yang Di-Pertuan Besar/Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Agong.
Kemudahan: Kenderaan Rasmi (Proton Perdana Eksekutif/Perdana V6/Inspira/Accordana), Petrol Percuma, Pemandu, Telefon Bimbit, Tiket Kapal Terbang Kelas Perniagaan.
JUSA B (Gred Khas B/VK6/VU6)
Gaji Pokok: RM7,788-RM15,900 (Ikut berapa lama pegang jawatan, setiap tahun ada kenaikan)
Elaun Keraian: RM3,050
Elaun Perumahan: RM1,600
Elaun Insentif Khas: RM750
Elaun Pembantu Rumah: RM500
Elaun Tetap Jawatan JUSA: RM1,500
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM166
Jenis Jawatan: Timbalan Ketua Setiausaha/Ketua Setiausaha/Timbalan Pengarah Kementerian/Timbalan Ketua Pengarah Jabatan/Professor Universiti Gred Khas B(Layak mendapat gelaran Professor Emeritus)/Pendaftar Universiti JUSA B/Timbalan Naib Canselor Universiti JUSA B/Pendaftar Kehakiman/Doktor Pergigian Gred Khas B/Doktor Perubatan Gred Khas B/Doktor Pakar Gred Khas B/Timbalan Pengarah Hospital Besar/Pengarah Hospital Besar/Ketua Polis Negeri/Senior Deputi Komisioner Polis/Mejar Jeneral Tentera Darat/Laksamana Muda Tentera Laut/Mejar Jeneral Tentera Udara dan lain-lain jawatan yang sama taraf dengannya. Layak untuk dianugerahkan gelaran Dato’/Datuk daripada Sultan/Raja/Yang Di-Pertuan Besar/Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Agong.
Kemudahan: Kenderaan Rasmi (Proton Perdana Eksekutif/Perdana V6/Inspira/Accordana), Petrol Percuma, Pemandu, Telefon Bimbit, Tiket Kapal Terbang Kelas Perniagaan.
jusa.png
JUSA A (Gred Khas A/VK5/VU5)
Gaji Pokok: RM8,465-RM17,331 (Ikut berapa lama pegang jawatan, setiap tahun ada kenaikan)
Elaun Keraian: RM4,000
Elaun Perumahan: RM2,000
Elaun Insentif Khas: RM1,250
Elaun Pembantu Rumah: RM500
Elaun Tetap Jawatan JUSA: RM2,500
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM166
Jenis Jawatan: Timbalan Ketua Setiausaha/Ketua Setiausaha/Ketua Pengarah Kementerian/Ketua Pengarah Jabatan/Professor Universiti Gred Khas A(Layak mendapat gelaran Professor Emeritus)/Timbalan Naib Canselor Universiti JUSA A/Naib Canselor Universiti JUSA A/Timbalan Rektor Universiti JUSA A/Rektor Universiti JUSA A/Timbalan Ketua Pendaftar Kehakiman/Pengarah Jabatan (Komisioner Polis) Polis Diraja Malaysia/Leftenan Jeneral Tentera Darat/Laksamana Madya Tentera Laut/Leftenan Jeneral Tentera Laut dan lain-lain jawatan yang sama taraf dengannya. Layak untuk dianugerahkan gelaran Dato’/Datuk dan juga gelaran Dato’ Seri/Datuk Seri daripada Sultan/Raja/Yang Di-Pertuan Besar/Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Agong.
Kemudahan: Kenderaan Rasmi (Proton Perdana Eksekutif/Perdana V6/Inspira/Accordana), Petrol Percuma, Pemandu, Telefon Bimbit, Tiket Kapal Terbang Kelas Perniagaan, Tambang Percuma Ke Luar Negara/Bekalan Air Dan Elektrik Percuma.
Sebagai tambahan, berikut adalah gaji dan elaun bagi jawatan gred TURUS:
TURUS III (Gred Khas TURUS III/VK4/VU4)
Gaji Pokok: RM9,315-RM18,891 (Ikut berapa lama pegang jawatan, setiap tahun ada kenaikan)
Elaun Keraian: RM5000
Elaun Perumahan: RM2500
Elaun Insentif Khas: RM1,500
Elaun Pembantu Rumah: RM1000
Elaun Tetap Jawatan TURUS: RM3000
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM250
Jenis Jawatan: Ketua Setiausaha/Ketua Pengarah/Professor Ulung Universiti Gred Khas TURUS III (Layak mendapat gelaran Professor Di-Raja)/Naib Canselor Universiti TURUS III/Rektor Universiti Turus III/Ketua Pendaftar Kehakiman/Timbalan Ketua Polis Negara/Jeneral Tentera Darat/Laksamana Tentera Laut/Jeneral Tentera Udara/Ketua Pesuruhjaya SPRM/Ketua Pengarah Kastam Di-Raja/Ketua Hakim Syariee/Akuantan Negara dan lain-lain jawatan yang sama taraf dengannya. Layak untuk dianugerahkan gelaran Dato’/Datuk dan Dato’ Seri/Datuk Seri daripada Sultan/Raja/Yang Di-Pertuan Besar/Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Agong dan juga layak untuk mendapat gelaran Tan Sri daripada Yang Di-Pertuan Agong. Selepas bersara layak mendapat gelaran Tun daripada Yang Di-Pertuan Agong.
Kemudahan: Kenderaan Rasmi (Proton Perdana Eksekutif/Perdana V6/Inspira/Accordana), Petrol Percuma, Pemandu, Telefon Bimbit, Tiket Kapal Terbang Kelas Perniagaan, Tambang Percuma Ke Luar Negara/Bekalan Air Dan Elektrik Percuma.
TURUS II (Gred Khas TURUS II/VK3/VU3)
Gaji Pokok: RM10,242-RM20,402 (Ikut berapa lama pegang jawatan, setiap tahun ada kenaikan)
Elaun Keraian: RM5,100
Elaun Perumahan: RM2,500
Elaun Insentif Khas: RM1,750
Elaun Pembantu Rumah: RM1,000
Elaun Tetap Jawatan TURUS: RM3,500 
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM250
Jenis Jawatan: Ketua Setiausaha Kementerian/Ketua Pengarah/Ketua Pengarah Kesihatan/Ketua Audit Negara/Professor Ulung Universiti Gred Khas TURUS II (Layak untuk mendapat gelaran Professor Di-Raja)/Ketua Polis Negara (Inspektor Jeneral Polis)/Panglima Angkatan Tentera (Jeneral/Laksamana)/Timbalan Peguam Negara/Timbalan Ketua Hakim Negara dan lain-lain jawatan yang sama taraf dengannya. Layak untuk dianugerahkan gelaran Dato’/Datuk dan Dato’ Seri/Datuk Seri daripada Sultan/Raja/Yang Di-Pertuan Besar/Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Agong dan juga layak untuk mendapat gelaran Tan Sri daripada Yang Di-Pertuan Agong. Selepas bersara layak mendapat gelaran Tun daripada Yang Di-Pertuan Agong.
Kemudahan: Kenderaan Rasmi (Proton Perdana Eksekutif/Perdana V6/Inspira/Accordana), Petrol Percuma, Pemandu, Telefon Bimbit, Tiket Kapal Terbang Kelas Perniagaan, Tambang Percuma Ke Luar Negara/Bekalan Air Dan Elektrik Percuma.
TURUS I (Gred Khas TURUS I/VK2/VU2)
Gaji Pokok: RM11,021-RM22,034 (Ikut berapa lama pegang jawatan, setiap tahun ada kenaikan)
Elaun Keraian: RM5,200
Elaun Perumahan: RM2,500
Elaun Insentif Khas: RM2,000
Elaun Pembantu Rumah: RM1,000
Elaun Tetap Jawatan TURUS: RM4,000
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM250
Jenis Jawatan: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam/Peguam Negara/Ketua Hakim Negara/Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan/Professor Ulung Universiti Gred Khas TURUS I (Layak untuk mendapat gelaran Professor Di-Raja) dan lain-lain jawatan yang sama taraf dengannya. Layak untuk dianugerahkan gelaran Dato’/Datuk dan Dato’ Seri/Datuk Seri daripada Sultan/Raja/Yang Di-Pertuan Besar/Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Agong dan juga layak untuk mendapat gelaran Tan Sri daripada Yang Di-Pertuan Agong. Selepas bersara layak mendapat gelaran Tun daripada Yang Di-Pertuan Agong.
Kemudahan: Kenderaan Rasmi (Proton Perdana Eksekutif/Perdana V6/Inspira/Accordana), Petrol Percuma, Pemandu, Telefon Bimbit, Tiket Kapal Terbang Kelas Perniagaan, Tambang Percuma Ke Luar Negara/Bekalan Air Dan Elektrik Percuma.
Ketua Setiausaha Negara/KSN (VK1/VU1)
Gaji Pokok: RM11,971-RM23,577 (Ikut berapa lama pegang jawatan, setiap tahun ada kenaikan)
Elaun Keraian: RM5,300
Elaun Perumahan: RM3,000
Elaun Insentif Khas: RM2500
Elaun Pembantu Rumah: RM2,000
Elaun Tetap Jawatan KSN: RM4,500
Elaun Penyelenggaraan Rumah: RM333
Jenis Jawatan: Ketua Setiausaha Negara. Layak untuk dianugerahkan gelaran Dato’/Datuk dan Dato’ Seri/Datuk Seri daripada Sultan/Raja/Yang Di-Pertuan Besar/Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan Agong dan juga layak untuk mendapat gelaran Tan Sri daripada Yang Di-Pertuan Agong. Selepas bersara layak mendapat gelaran Tun daripada Yang Di-Pertuan Agong.
Kemudahan: Kenderaan Rasmi (Proton Perdana Eksekutif/Perdana V6/Inspira/Accordana), Petrol Percuma, Pemandu, Telefon Bimbit, Tiket Kapal Terbang Kelas Perniagaan, Tambang Percuma Ke Luar Negara/Bekalan Air Dan Elektrik Percuma.
Diharap maklumat yang diberikan di atas dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk mengetahui mengenai jawatan Gred JUSA, Gred TURUS dan Gred KSN. Jika terdapat kesilapan mengenai maklumat tersebut diharap diperbetulkan. Setakat ini, itu sahaja maklumat yang boleh diterima mengenai jawatan tersebut.
P/s: Patutlah ramai yang nak jadi Dato’. Semua dapat percuma, kereta, petrol, pemandu, telefon bimbit, air, elektrik. Untung sungguh jadi “ORANG BESAR”.


GST Mungkin Dinaikkan Dari 6% Kepada 8% - Pakar

PETALING JAYA: Pakar ekonomi berpendapat kerajaan sedang merancang untuk menaikkan kadar GST daripada 6% kepada 8%, memandangkan ia tidak mampunyai sumber cukai produktif yang lain.

Pakar Ekonomi - Prof Dr Barjoyai Bardai

Jika tidak, kerajaan mungkin terpaksa menjual sebahagian aset Khazanah Nasional Berhad bagi menampung pendapatan kerajaaan buat sementara bagi tahun 2017.

Memandangkan ekonomi dunia menuju kegawatan, pensyarah Universiti Tun Abdul Razak Prof Dr Barjoyai Bardai berkata GST satu-satunya cukai yang sangat produktif dan berdaya maju, ketika cukai korporat dan cukai individu golongan berpendapatan tinggi dijangka menurun.

Kalau boleh kerajaan mahu laksanakan tahun ini untuk belanjawan tahun depan (2017),” kata Barjoyai kepada FMT.

Tapi bergantung pada berani atau tidak kerajaan melakukannya. Mungkin mereka pun tak ada pilihan lain sebab tidak ada sumber pendapatan lain untuk diharapkan,” katanya.

Pakar ekononomi itu sebelum ini diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berkata ekonomi akan lumpuh sekiranya kadar GST diturunkan daripada 6% kepada 3%.

Najib menjawab Liew Chin Tong (DAP-Kluang) di sesi soal jawab Dewan Rakyat hari ini, yang berkata penurunan kadar GST akan mendorong penggunaan domestik.

Menurut Barjoyai, penurunan sehingga 3% akan menyebabkan jumlah kutipan GST berkurangan kepada RM20 bilion.

Kutipan tahun ini dijangka mencapai RM39 bilion.

(Penurunan) itu akan menyebabkan pendapatan kerajaan terlampau rendah sehingga tidak dapat menampung perbelanjaan yang besar, dan akan menyebabkan defisit belanjawan naik sampai 4% atau lebih 4%,” jelasnya.

Barjoyai tidak optimis kerajaan akan dapat mencapai kutipan GST RM39 bilion kerana jumlah perbelanjaan persendirian yang merosot.

Kemungkinan berkurang hampir RM6 bilion hingga RM8 bilion. Ini akan menyebabkan sasaran defisit perbelanjaan kita meleset sebab kita jangkakan kita akan mencapai sasaran 3.1%.

“Kemudian pada masa yang sama Petronas telah menurunkan jangkaan dividen bayaran cukai yang akan mereka buat daripada RM60 bilion kepada RM30 bilion. Jadi ini merupakan satu tamparan besar juga,” katanya.

 Sumber berita: FreeMalaysiaToday


Wajah Isteri Zarul Umbrella dan Anak Perempuannya Berusia 19 Tahun Yang Cantik dan Comel di Dedahkan. Kalah Nealofa !!


PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Umbrella iaitu Zarul Husin berkata dia tidak berkongsi foto-foto bersama anak perempuannya Puteri Ayu Nur Arisha, 19, di laman sosial bagi memberi privasi kepada remaja itu.

Zarul atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin, 43, berkata, dia tidak mahu anak perempuannya diganggu dengan pandangan negatif segelintir pihak sehingga menjejaskan kehidupan normalnya.

"Saya memang enggan dedahkan dia di laman sosial kerana saya tidak mahu ganggu privasi dia. Saya bekerja sebagai penyanyi dan mudah terdedah dengan gosip atau berita yang kita tidak tahu pada masa depan.

"Saya tidak mahu dia turut terpalit dan menerima pandangan negatif oleh orang ramai terutama di media sosial," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Zarul berkata dia juga jarang memuat naik gambar mesra bersama isterinya Intan Nur Fathihah yang bertugas sebagai pramugari syarikat penerbangan tambah murah.
Malah, hubungan sebagai suami isteri juga tidak terlalu diperbesarkan di tempat kerja.

"Jika di tempat kerja hubungan kami, hanya rakan-rakan terdekat sahaja yang tahu, saya lebih selesa begitu," ujarnya.



Sementara itu, ditanya reaksi isterinya jika ramai peminat yang memberi komen di laman sosial Instagarm, Zarul berkata, isterinya tidak pernah bersikap cemburu.

Malah, isterinya turut membacakan setiap komen peminat wanita di laman sosial itu.

"Dia tak kisah pun dan kalau ada yang komen ingin mengurat saya, dia sendiri yang bacakan.

"Sepanjang kami berkahwin dia memang seorang yang memahami," ujarnya.

Zarul pernah berkahwin pada usia 23 tahun dengan seorang wanita bernama Ayu dan berpisah kira-kira 12 tahun lalu.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata Puteri Ayu Nur Arisha, 19.

Dia kemudian berkahwin dengan Intan Nur Fathihah pada 29 April 2010.





Menghilangkan Rambut Putih Anda Hanya Dengan Menggunakan Bahan Semulajadi Ini Sukar Dipercayai Cubalah Sekarang

Adalah menjadi perkara biasa bagi orang berusia untuk mempunyai rambut putih. Apa yang tidak normal adalah apabila anda mempunyai rambut putih pada usia yang muda. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa orang yang mewarisi warna rambut ini daripada gen ibu bapa mereka.


Sekarang, adakah anda mempunyai rambut putih dan anda ingin untuk menghilangkannya? Ini prosedur semulajadi yang ddapat membantu menyelesaikan masalah anda!
Bahan-bahan:
  • 5 biji kentang
  • 2 gelas air
  • Minyak aromatik (Rosemary atau Lavender)
Prosedur:
  1. Kupas kentang kemudian masak dalam periuk berisi air. Biarkan mendidih selama 5-10 minit. 
  2. Sekarang, tuangkan 2 gelas air kedalam periuk berserta kulit kupasan kentang dan rebus selama 5 minit lagi.
  3. Toskan air rebusan dan kemudiannya pindahkan ke bisen. Perkara seterusnya yang anda perlu lakukan adalah untuk meletakkan minyak aromatik.
Gunakan air rebusan ini untuk mencuci rambut putih anda dan anda pasti akan terkejut dengan hasilnya.

Selamat mencuba. | SBP


Pelik Bila Anak Aku Suka Ke Kelas Muzik Walaupun Tiada Bakat, Rupanya Kerana Ini

kelas-muzik-1

Anak aku tidak nampak sangat bakat seni. Tapi dia selalu pergi kelas muzik. Jam 3pm sampai 5pm, 3 kali seminggu. Konsisten. Sedangkan aku kecil dulu pergi kelab kompang sekali sebulan pun liat ya ampun. Boring.
Inikan pula kelas muzik. Di sini kelas muzik percuma kerajaan bayar. Sebab itu ramai ambil mudah, belajar separuh jalan lepas itu berhenti.
Tapi anak aku tidak. Dia teruskan sahaja. Tiada komplen penat atau merungut. Rajin aku tengok. Aku pun syak juga, entah apa yang dia buat lepas sekolah sampai rajin sangat.
Rupanya ada cara mereka mahu mendidik anak. Aku pun baru tahu. Bukan sebab ada girlfriend atau ada cikgu lawa. Tapi ada benda lain.
kelas-muzik-2
1. Ia sesi yang tidak stress
Masa dua jam itu dibahagikan. Setengah jam bawa budak berjalan dari sekolah, setengah jam belajar muzik, selebihnya main dan makan.
Bukan belajar memanjang. Budak kalau dapat main, 2 jam pun tidak terasa. Sama macam kecil dulu mandi sungai. Ya Tuhan! Punya syok sejuk-sejuk. Dari pagi sampai petang. Sampai boleh lupa balik rumah.
2. Bila sudah seronok barulah budak-budak mahu datang lagi
3 kali seminggu kawan. Tidak mengeluh, jarang ponteng. Kalau ada summer class atau orkestra, ramai-ramai pakat datang. Meriah.
Kalau awal lagi kau sudah tekan buat benda dia tidak suka, alamat satu hari aje kau jumpa dia. Serik mahu datang lagi. Kau mungkin sudah bunuh masa depan dia.
kelas-muzik-3
3. Tidak boleh dipaksa-paksa
Kena sedikit sedikit. Tapi konsisten. Belajar sikit, main banyak. Nampak macam main, tapi sebenarnya masa itulah dia belajar. Bak kata pepatah ‘Mind just like a paracute, only works when open’. Kalau tutup, mati woi.
Budak hanya belajar kalau dia bermain. Tapi kita ini cepat risau. Pantang anak kurang sikit, semua macam kelas kita hantar. Entah apa.
4. Budak itu bukan budak hingusan
Tidak dilayan macam budak kecil yang tidak tahu apa-apa. Tapi kena seperti dewasa. Cikgu sembanh dengan budak macam orang besar. Padahal borak watak game Pokemon Go je pun. Haha.
Masa dulu, cikgu paling aku sayang mesti cikgu yang layan aku sembang walaupun sebenarnya dia suruh tolong angkat buku ke pejabat guru. Terasa terpilih gitu.
kelas-muzik-4
5. Budak-budak ini dijemput dari sekolah
Dipakaikan vest keselamatan, diajak beratur dan dipimpin seorang demi seorang melintas jalan. Bila sampai ditanya sudah makan atau belum.
Caring. Nampak sangat dihargai dan diambil peduli. Kalau aku pun boleh cair, apatah lagi budak. Sayang woi dengan cikgu. Patut pun anak aku seronok sangat.
Love and care. Berlembut dengan budak. Dulu jumlah budak berhenti kelas 50%. Tahun ni zero. Tiada yang berhenti. Ye lah. Kalau suka, kelas hari-hari pun tidak mengapa. Memang jarang nampak budak ponteng sekolah. Hampir tiada.
Dulu masa di Malaysia aku hantar macam-macam kelas. Agama, muzik lukisan, berenang, matematik. Kau sebut apa, semua aku kasi register.
Kalau aku fikir balik, zalim betul. Aku yang balik kerja pukul 5 pun rasa penat, inikan pula budak. Tapi di Malaysia memang kita macam itu, takut benar kalau anak tidak masuk kelas depan. Kita sesah anak supaya cepat pandai.
Aku teringat tadika sebelah rumah Ibu. Cikgu terjerit-jerit ajar anak supaya cepat pandai membaca. Dipaksa-paksa. Budak 6 tahun tu, risau apa kalau tidak pandai baca. Kan budak-budak ini membesar tidak sama. Rileks lah. Kali terakhir aku tengok kelas tadika sudah surut dari 4 kelas menjadi dua.
Aku pun dengar ada anak sudah dipaksa ke kelas tuisyen seawal darjah 1. Budak sangat lagi kot. Macam sudah mahu masuk universiti gayanya. Kan bagus kita gambarkan ‘school is fun place’.
Ada negara tiada homework pun.
Ada baik juga orang putih ini dia didik anak step by step. Ajar sikit-sikit. Bila besar nanti akan jadi hunger for more. Mahu tahu lagi. Belajar berfikir.
Sebenarnya dia ajar anak macam mana untuk memancing. Esok sudah besar pandai cari ikan sendiri. Bila sudah suka belajar, esok pandai dia cari ilmu sendiri. Di sini, anak umur 16 tahun dianggap young adult. Semua urus sendiri, emak bapa tiada kuasa atas anak.
Dulu aku pun sama. Dalam sibuk mendidik anak, terlupa ada jiwa keanakan yang aku tidak santuni atau tidak peduli. Aku mungkin tidak sengaja mencabut keseronokan dalam diri. Patut biar dia dalam dunia fantasi.
Dia akan besar juga. Aku lupa anak ini ibarat bunga. Cantik bila kembang semulajadi, bukan dipaksa-paksa. Sabarlah sedikit, nanti dia akan mekar juga.
Biar usaha kecil, tapi berhasil.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Late Bloomer
Gelasgow, Sekutland