Tuesday, October 18, 2016

DR AZIZAN OSMAN LETAK JAWATAN RICHWORK

Azizan Osman Letak Jawatan
Dr Azizan Osman Letak Jawatan Richworks
Satu siaran media telah dikeluarkan secara rasmi di laman web Azizan Osman. Perletakkan jawatan Dr Azizan Osman dalam Richworks Group of Companies telah dijelaskan secara rasminya.
Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang dipegang oleh Dr Azizan Osman dilepaskan. Tindakan itu diambil sebagai salah satu proses penstrukturan semula Richworks Group of Companies katanya.
Menerusi kenyataannya seperti berikut.
Shah Alam, 1 Okt 2013: Lima tahun membina nama sehingga diiktiraf sebagai Mentor dan Pakar Perunding Pemasaran No.1 Asia, Dr Azizan Osman telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Richworks Group of Companies berkuatkuasa hari ini. Tindakan ini diambil sebagai salah satu proses penstrukturan semula Richworks Group of Companies. Sehubungan itu, operasi Richworks Group of Companies di Malaysia diambil alih oleh Yasmin Mohd Ramzi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, bermula serta-merta.
Yasmin merupakan bekas Pengurus Kewangan Global, Shell. Berkelulusan dalam bidang kewangan dan perakaunan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Yasmin merupakan satu-satunya anak Melayu yang dilantik menjadi ahli jawatankuasa pemasaran global (Global Marketing Committee) untuk Chartered Management Account (CIMA) serta ahli Fellow Chartered Management Accountant (FCMA) danChartered Global Management Accountant(CGMA). Beliau menyertai Richworks Group of Companies bermula awal September sebelum ini sebagai Pengurus Besar Kumpulan.
Azizan di dalam rangka memperluaskan empayarnya dalam fasa awal meneroka pasaran antarabangsa yang diperkukuhkan di bawah jenama Azizan Osman International. Syarikat berasaskan latihan keusahawanan dan pembangunan manusia bakal pengukuhan struktur Azizan Osman International itu menyaksikan Azizan yang merupakan pengasas dan Pengerusi Eksekutif Richworks Group of Companieskini turut menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Serantau.
Beliau yang menaungi 24 syarikat dalam pelbagai industri, antaranya syarikat pelaburan hartanah, agensi pengiklanan berakreditasi ini di Malaysia dan Singapura, memulai kempennya dengan meneroka pasaran Indonesia, Filipina dan India dalam usaha melebarkan sayapnya ke pentas global.
Ia juga menyaksikan perlantikan baru Zafrul Rizal bin Mat sebagai Pengarah Serantau bagi melancarkan operasi.
Sumber AsalAzizanOsman.com


SAYU : INI KISAH SEBENAR PUNCA ADIK NUR AQILAH JATUH DARI ESKELATOR-SAKSI (5GAMBAR)

GEORGETOWN : Seorang saksi tampil dimedia sosial menceritakan perkara sebenar apa yang berlaku kepada adik Nur Aqilah Amni berusia 1 tahun 11bln.

Apa yang berlaku rata-rata orang ramai meyalahkan bapa mangsa yang di anggap cuai,namun ada satu perkara yang orang tidak tahu disebalik kisah tragis itu.

Seorang wanita yang tampil sebagai saksi yang berada berhampiran kejadian itu memperjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.



Assalamualaikum dan selamat malam semua. MOHON semua tlg doakan anak anggota dari C Company 2 RS, anak kpd Kpl Zuraimihisham, Nur Aqilah Amni berusia 1 tahun 11bln skrg dirawat di ICU Hosp Pulau Pinang sejak petang semalam kerana kecederaa parah di bahagian kepala(retak tempurung kepala) akibat jatuh dari tingkat 1 Pusat Membeli Belah Bukit Jambul, penang. Semoga Kpl Zuraimi & Keluarga bersabar dgn dugaan ini & doa kami semoga adik Nur Aqilah kembali sembuh ... insyallah...aminn

Seorang kanak-kanak perempuan parah selepas terjatuh terhempas pada ketinggian 3 meter, semalam. 

Dalam kejadian jam 6.30 petang di eskalator Kompleks Bukit Jambul semalam, mangsa yang berusia tiga tahun itu didukung oleh bapanya di atas bahu sambil menaiki eskalator.

Difahamkan, bapa mangsa dikatakan menundukkan kepalanya menyebabkan anaknya yang berada di atas bahu terjatuh terhempas ke tingkat bawah berhampiran eskalator.

Mangsa kemudian diambil oleh seorang lelaki berbaju oren. Difahamkan, mangsa masih bernyawa dan kini berada di wad ICU, Hospital Pulau Pinang.


Komen Dato Siti Nurhaliza Di Gambar Baby Bump Syatilla Melvin Buat Ramai Sayu


Komen Dato Siti Nurhaliza Di Gambar Baby Bump Syatilla Melvin Buat Ramai Sayu:



Komen Dato Siti Nurhaliza Di Gambar “Baby Bump” Syatilla Melvin Buat Ramai Sayu



Shaheizy Sam akhirnya mengesahkan bahawa Syatilla Melvinkini sedang hamil anak pertama mereka.

Ini komen Shaheizy Sam:

Ya, memang benar isteri saya sedang hamil. Ini merupakan berita gembira dan saya tidak mahu menyembunyikan daripada orang sekeliling. Namun, saya tidak boleh dedahkan usia kandungan kerana masih terlalu awal

Saya bersyukur dengan rezeki yang diberikan dan doakan yang terbaik buat kami berdua,

Jelas Shaheizy Sam, dia hanya mengetahui perkara berkenaan selepas membuat pemeriksaan kehamilan di hospital dua minggu lalu.

Sementara itu, di satu gambar Syatilla Melvin, ramai para follower memberi komen ucapan tahniah.

Dalam banyak-banyak komen itu, ramai tertarik dengan satu komen dari penyanyi tersohor tanah air iaitu Dato Siti Nurhaliza.

Komennya simple dan membuat ramai sayu kerana mengenangkan penyanyi ini masih belum mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata dengan Dato K.

Ini komennya:



                      2ehMMzx


Penggunaan emoticon seperti berharap itu membuatkan ramai memberi kata positif kepada Dato Siti. Bertabahlah Ye Dato Siti …InsyaAllah Ada Rezeki Nanti


12 Jenis ‘Scam’ Yang Popular Di Malaysia, No. 4 Orang Melayu Suka

12-jenis-scam-yang-popular-di-malaysia-no-4-orang-melayu-suka

Di Malaysia, kes-kes penipuan yang melibatkan wang ringgit sering berlaku. Antara penipuan yang sering berlaku adalah kes seperti jual beli tanah, pakej jual beli kereta dan sebagainya.
Rakyat di Malaysia khususnya terdedah kepada bahaya penipuan yang sering terjadi kepada golongan berada. Penipuan ini adakalanya terjadi kepada golongan kurang berkemampuan.
Sebagai contoh penipuan yang melibatkan tawaran pakej haji dan umrah yang murah. Siapa tidak mahu jika ditawarkan dengan harga yang murah bukan?
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bijak mengenal pasti apakah penipuan yang sering dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
Di bawah disenaraikan 12 jenis taktik paling popular yang digunakan oleh golongan ‘durjana’ malah JSJK Bukit Aman sudah megklasifikasikannya kian membimbangkan, manakala taktik penipuan pula semakin licik dan canggih.

1. Jual beli tanah

Modus operandi: Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya berpotensi dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh. Mangsa ditunjukkan geran tanah sebagai bukti dan diminta membuat pembayaran tunai. Mangsa hanya menyedari tertipu apabila mendapati geran tanah diberikan sebenarnya palsu selepas di periksa dengan pejabat tanah dan tanah ditawarkan itu milik orang lain.

2. Bomoh buang sial

Modus operandi: Dalang mendakwa mangsa ada sial, roh jahat atau nasib malang dan berkebolehan mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani upacara rawatan khas membuang badi. Proses rawatan biasanya mengambil masa lama dan mangsa perlu membuat bayaran ditetapkan. Mangsa hanya sedar tertipu apabila tiada perubahan pada diri dan bomoh menghilangkan diri. Ada juga mangsa wanita dicabul dan ditiduri.

3. Jual beli kereta

Modus operandi: Sindiket mencari mangsa yag memiliki kereta tapi belum menyelesaikan pinjaman atau bermasalah membuat bayaran ansuran dengan bank. Mereka menawarkan bantuan kononnya boleh menjual kereta mangsa dan menyelesaikan urusan pinjaman dengan bank. Mangsa menyedari ditipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan bayaran atau menerima saman lalu lintas. Selepas melakukan pemeriksaan, mangsa akhirnya mendapati keretanya tidak dijual, manakala anggota sindiket penipuan menghilangkan diri bersama kereta.

4. Tawaran pakej haji dan umrah

Modus operandi: Sindiket menyamar kakitangan Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji serta umrah pada harga murah dan cepat. Namun, selepas mangsa membuat bayaran, pakej ditawarkan didapati tidak wujud. Ada mangsa menyedari ditipu selepas ada dilapangan terbang dan bersedia memulakan perjalanan.

5. Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi

Modus operandi: Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau Maxis yang kononnya ingin menyewa tanah untuk didirikan pencawang. Mangsa ditawarkan bayaran sewa bulanan tidak kurang RM10,000. Bagaimanapun, mangsa diminta menyerahkan geran tanah, membuka akaun bank baru kononnya untuk memudahkan bayaran sewa dan diminta mengeluarkan semua duit simpanan dengan alasan untuk mengelak cukai pendapatan. Selepas duit diserahkan, mereka menghilangkan diri. Kebanyakkan mangsa adalah penduduk dikawasan kampung.

6. Menang hadiah utama loteri/menang judi ekor 4D

Modus operandi: Dalang sindiket biasanya warga Indonesia yang bijak berlakon kononnya mereka memenangi hadiah utama. Anggota sindiket, termasuk wanita, mencari mangsa dikawasan awam, terutama wanita yang banyak memakai barang kemas pemilik kereta mewah dan juga wanita Umno.
Mereka mendakwa tidak boleh menuntut hadiah kemenangan kerana mereka warga asing, lalu menawarkan mangsa tiket loteri mereka dengan meminta bayaran sebanyak RM10,000 atau lebih. Biarpun jumlah itu besar, ia dikatakan jauh lebih rendah berbanding hadiah kemenangan yang kononnya RM200,000. Jika mangsa kekurangan tunai, mangsa boleh menyerahkan barang kemas dengan nilai dikehendaki. Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila mendapati tiket loteri/ekor diberikan sebenarnya tiket menggunakan jarum dan gam.

7. Beli barang runcit dengan cek palsu

Modus operandi: Sindiket membeli pelbagai barangan runcit, namun pembayaran terpaksa dibuat dengan sebahagian kecil menggunakan tunai, manakala sebahagaian besarnya menggunakan cek, Mangsa menyedari tertipu apabila mendapati cek digunakan tidak laku, manakala syarikat dimaksudkan tidak wujud.

8. Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan Kastam

Modus operandi: Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon bimbit, kereta dan komputer yang hendak dijual dengan harga murah kerana ia kononnya barang lelongan kastam turut digunakan untuk menyakinkan mangsa.
Mangsa diminta membayar sejumlah wang sebagai cengkeram atau deposit sebelum barangan dihantar kemudian. Namun, penghantaran tidak dibuat dan anggota sindiket menghilangkan diri dengan wang cengkeram.

9. Menang peraduan AF/Celcom/Maxis

Modus operandi: Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah kerana memenangi hadiah peraduan sebanyak RM9,000. Namun mangsa perlu membuat bayaran ke satu bank sebanyak RM1,000 terlebih dulu. Mangsa menyedari tertipu apabila wang RM9,000 yang dijanjikan tidak diserahkan. Polis kesal kerana banyak kali mengeluarkan kenyataan mengenai penipuan ini, namun orang ramai masih tidak ambil berat dan sanggup ditipu.

10. Gores dan menang

Modus operandi: Dianggotai sindiket yang mencari mangsa dirumah, kedai atau tempat awam. Mangsa diberi kad dan diminta menggores diatasnya untuk mengetahui hadiah dimenangi. Hadiah dijanjikan termasuk kereta dan wang tunai. Apabila mangsa ingin menuntut hadiah di premis yang selalunya beroperasi hanya dalam tempoh singkat, mangsa diminta membuat bayaran tertentu. Seringkali mangsa hanya menerima hadiah barangan elektrik, kerusi urut atau pinggan mangkuk yang tidak setimpal dengan wang dilaburkan.

11. Tawaran bantuan kebajikan dan rumah PPRT/kos rendah

Modus operandi: Beroperansi dikawasan luar bandar dan mangsa biasanya orang tua,miskin atau ibu tunggal. Anggota sindiket menyamar kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau wakil yayasan kebajikan. Mangsa dijanjikan bantuan kewangan tetap bulanan atau rumah PPRT/kos rendah pada harga potongan lebih 70 peratus.
Untuk memperolehnya, mangsa diminta mengeluarkan semua wang didalam bank bagi membuka akaun baru atau membuat sejumlah bayaran, kononnya deposit pembelian rumah. Biasanya, mereka sangup mengikut mangsa ke pejabat LTH atau bank untuk keluarkan wang. Ketika urusan membuka akaun bank baru dan mangsa diminta tunggu diluar bank dan ketika itu anggota sindiket menghilangkan diri.

12. Menang cabutan bertuah dari Hong Kong

Modus operandi: Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara. Mangsa bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang kedalam akaun tertentu.Selepas bayaran dibuat, wang kemenangan dijanjikan tidak di peroleh.


Monday, October 17, 2016

Jangan Basahkan Kepala Dahulu Semasa Mandi, Ini Sebabnya…

jangan-basahkan-kepala-dahulu-semasa-mandi-ini-sebabnya

Kita selalu dengar orang jatuh dibilik mandi dan kena stroke dan sebagainya. Kenapa kita jarang dengar jatuh ditempat tempat lain?
Semasa saya hadir kursus gaya hidup sehat , seorang penceramah professor uitm yang juga terlibat dengan majlis sukan negara menasihatkan supaya semasa mandi jangan basahkan kepala dulu, basahkan bahagian badan.
Ini kerana apabila kepala basah dan sejuk, darah semua akan mengalir ke kepala untuk memanaskan kepala , logik ‘warm blooded human’ dan jika ada saluran darah sempit, mungkin boleh menyebabkan saluran darah pecah. Ini kerapkali berlaku di bilik mandi.
Sila sebarkan agar lebih ramai sedar dan mungkin dapat membantu mengelakkan kejadian ini.
1. Bermula dari segayung siramkan di telapak kaki.
2. Segayung di betis.
3. Segayung di paha.
4. Segayung di perut.
5. Segayung di bahu.
6. Berhentilah sejenak 5-10 saat.
Kita akan merasakan seperti wap/angin yang keluar dari ubun-ubun ubahkan meremang, setelah itu
lanjutkan dengan mandi seperti biasa.
Hikmahnya: Seperti pada gelas yang diisi air panas kemudian kita isi dengan air sejuk. Apa yang terjadi? Gelas akan retak
Jika tubuh kita …. apa yang retak?
Suhu tubuh kita cenderung panas dan air itu sejuk, maka yang terjadi jika kita mandi langsung menyiram pada badan atau kepala, angin yang harusnya keluar jadi terperangkap atau boleh membawa maut kerana pecahnya pembuluh darah.
Maka sebab itu kita sering menjumpai orang jatuh di bilik mandi tiba-tiba kena ‘stroke’. Boleh jadi kita sering masuk angin kerana cara mandi kita yang salah. Boleh jadi kita sering migrain kerana cara mandi yang salah.
Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala sebelah. In shaa Allah..


MESTI Tahu! Cara Membezakan iPhone Original Dan iPhone Palsu!

iphone%2bpalsu

Barangan elektronik terutamanya, sering kali menjadi mangsa ciplak daripada pihak yang tidak bertanggung-jawab. Iphone juga tidak ketinggalan menjadi mangsa plagiat.
Tidak ada seorangpun yang rela ditipu semasa berurus-niaga, lebih-lebih lagi jika melibatkan satu jumlah yang besar.
Memang tidak dinafikan bahawa cara yang paling selamat untuk membeli Iphone adalah melalui pengedar bertauliah seperti Machine. Tetapi ada satu ketika yang seseorang itu terpaksa membeli Iphone daripada saluran yang lain atas sebab-sebab tertentu.
Mungkin juga anda ingin membeli iPhone yang suda di-refurbished. Set refurbished adalah produk yang sudah dibaik pulih sama ada oleh Apple sendiri mahu pun pihak ke tiga.
Jadi, anda perlu lebih teliti semasa berurusan bagi mengelakkan menjadi mangsa barangan palsu.
Lima langkah berikut kami garapkan sebagai panduan anda.

1. Periksa Keadaan Fizikal Telefon

iphone%2bpalsu%2b%255b1%255d

Perbandingan rupa luaran adalah langkah pencegahan awal yang boleh dilakukan bagi membezakan telefon tiruan daripada yang sebenar.
Hanya jauhari akan kenal manikam, jika ada dalam kalangan rakan anda ialah seorang pengguna iPhone, boleh bawanya bersama untuk mengecam.
Jika tiada, anda boleh mencari maklumat daripada Internet tentang iPhone.
Maklumat seperti gambar, berat, dimensi, dan warna memang tersedia di laman web rasmi Apple.
Tetapi, penciplak kini semakin bijak. Sudah tentu mereka tiada masalah untuk meniru rupa fizikal.
Yang perlu dilihat pengguna adalah pada fungsi dan sistem operasinya kerana walaupun mereka mahu, ia sangatlah jerih untuk meniru dan mungkin menelan belanja yang besar dan mematikan objektif untuk menghasilkan iPhone yang lebih murah.

2. Guna Fungsi 3D Touch

iphone%2bpalsu%2b%255b2%255d

3D Touch adalah fungsi baru yang ada pada telefon bermula daripada iPhone 6S. Ia membawakan satu dimensi baru dalam interaksi pengguna dengan sistem operasi.
Teknologi ini memanfaatkan lapisan digitizer yang melapisi panel paparan iPhone. Ia boleh membezakan daya sentuhan penggunanya untuk memberikan reaksi yang berbeza.
Misalnya apabila pengguna menggunakan aplikasi melukis, mereka boleh melakukan lorekkan bayang yang pekat dan nipis mengikut daya yang dikenakan ke atas paparan iPhone.
Oleh sebab 3D Touch memerlukan gandingan sistem operasi dan perkakasan untuk beroperasi, iPhone tiruan yang lebih murah tidak mungkin dapat mereplikasi fungsi ini.

3. Beri Arahan Guna Siri

iphone%2bpalsu%2b%255b3%255d

Siri adalah seorang pembantu maya. Ia diperkenalkan oleh Apple bermula pada iOS 5 dan mula digunkan pada iPhone 4S pada tahun 2011. Sejak itu ia terus ditambah baik.
Terkini, pengguna boleh mengajar siri untuk mengaitkan seseorang dengan ganti nama, misalnya “Aisyah Jamil ialah ibu saya”.
Jadi, setiap kali kita mengarahkan siri untuk memanggil ibu, ia akan memanggil Aisyah Jamil.
Siri memerlukan enjin pemproses yang pantas untuk menapis segala jenis maklumat. Jadi siri memerlukan sambungan Internet untuk berkomunikasi dengan pelayan Apple.
Tidak mungkin sistem operasi tiruan boleh berhubung dengan pelayan yang mengedalikan Siri.

4. Nyah Kunci Telefon Guna Touch ID

iphone%2bpalsu%2b%255b4%255d

TouchI D adalah fungsi pengimbas cap jari yang dibangunkan Apple. Ia diperkenalkan bermula iPhone 5s dan pada iPhone 6s, TouchID generasi kedua yang lebih pantas dan jitu diperkenalkan.
Touch ID terletak pada butang home dan dibuat daripada kristal nilam dan jika dicalarkan TouchID tidak akan berfungsi.
Touch ID menambah satu lagi lapisan keselamatan untuk melengkapi fungsi kod laluan yang ada pada iPhone sekarang.
Data cap jari pengguna disimpan dalam cip pemproses telefon itu sendiri dan tidak akan dikongsi dengan pelayan Apple sendiri.
Jika telefon sudah mengalami reboot atau tidak pernah dinyah kunci untuk 48 jam, Touch ID tidak boleh digunakan.
Jelas sekali komponen TouchID ini tidak mudah untuk ditiru dan boleh menjadi salah satu tolok untuk menguji ketulenan sesebuah telefon.

5. Periksa Status Jaminan

iphone%2bpalsu%2b%255b5%255d

Apple memang terkenal dengan servis selepas beliannya yang mantap. Sebab itulah ramai yang lebih selesa menggunakan produk Apple walaupun ia mahal kerana mereka yakin tentang keutuhan produk dan perkhidmatannya.
Setiap produk Apple memiliki nombor sirinya yang unik. Ia boleh digunkaan untuk memeriksa status jaminan.
Pada telefon anda, pergi ke Setting > General > About. Catat nombor siri tersebut, kemudian masukkan butirannya di https://checkcoverage.apple.com/.
Jika telefon anda asli, sudah tentu maklumat telefon anda ada dalam pengkalan data mereka.
Jika telefon tidak dapat dhidupkan anda bolehlah mencari nombor siri telefon di kotak produk, iTunes, dan resit pembelian.

Kesimpulan

Kita perlu sentiasa berwaspada untuk mengelakkan daripada tertipu. Meluangkan sedikit masa dengan melakukan pembacaan boleh meningkatkan pengetahuan kita bagi menutup setiap ruang eksploitasi yang boleh dimanfaatkan orang lain.
Untuk golongan yangb berminat untuk membeli, mereka sentiasa perlu mengekori rapat perkembangan produk itu sendiri dan tahu tentang ciri-ciri terbaru yang ada padanya.
Produk-produk Apple memiliki ekosistemnya yang tersendiri. Setiap produknya berharmoni antara satu sama lain daripada segi kesesuaian dan saling bergantungan.
Maka, produk iPhone yang tulen semestinya boleh memanfaatkan semua kebaikkan yang ada seperti iCloud.
Kebiasaannya, iPhone tiruan akan menggunakan sistem operasi Android yang telah diubah suai antara mukanya untuk menjadi seakan-akan iOS.
Sungguhpun begitu, pengguna yang bijak dengn mudah sekali dapat membezakan antara kedua-duanya.
Sumber: Theskop




DSV Berang Tidak Dapat Bercakap Lama di Astro

LA LUMPUR: Konsert sulung musim ketiga program realiti, Gegar Vaganza (GV) yang disiarkan secara langsung oleh Astro, malam tadi, menjadi bualan netizen.


Selain terpegun dengan aksi 12 peserta, babak 'berebut' mikrofon antara petugas produksi dan penaja utama iaitu pengasas syarikat Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dr Vida, turut diperkatakan peminat.

Pada insiden itu, Dr Vida tampak tidak berpuas hati apabila dia tidak diberi lebih masa untuk berucap selepas dipanggil pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Memberitahu BH Online, Dr Vida mendakwa insiden 'berebut' mikrofon pada konsert minggu pertama GV3 itu bukanlah gimik.

Sebaliknya, dia memang mahu mengambil kesempatan tampil dalam program terbabit untuk mempromosikan produk.

Tambah Dr Vida, dia enggan mempersiakan pelaburan besar yang dibuat untuk menaja program realiti berkenaan tanpa diberi peluang menghebahkan produk keluarannya.

"Pihak Astro selalu menyekat saya daripada memegang mikrofon sedangkan saya sudah menaja program mereka. Saya hanya mahu beberapa minit saja, bukannya lama. 

"Kalau mahu harapkan iklan saja, mana cukup kerana cara saya lebih suka mempromosikan sendiri produk. Sepatutnya saya juga mempunyai hak untuk bercakap sama ada mengenai produk atau rancangan televisyen (TV) terbabit," katanya.

Menurutnya, sikap pihak Astro yang tidak mahu memberi mikrofon menyebabkan dia mula rasa bosan.

"Saya rasa sudah bosan dengan Astro yang tidak mahu beri saya peluang untuk memegang mikrofon. Saya terpaksa malu muka untuk merampas mikrofon daripada mereka.

"Bukan hanya rancangan GV3 saja, malah rancangan lain juga sama," katanya.


MENGEJUTKAN!!! BEGINILAH SEKSANYA PROSES MENGELUARKAN SUSUK DARI WAJAH






Menerusi satu video yang tersebar di media sosial, seorang warga emas dilihat menjalani upacara membuang susuk yang dipakai di wajahnya.

Memang seksa melihat cara susuk dikeluarkan namun warga emas terbabit dan keluarganya pasti bersyukur kerana ia sempat dibuang sebelum meninggal dunia..

Selepas melihat video di atas diharapkan mereka yang mempercayai amalan khurafat segera kembali ke pangkal jalan terutama mereka yang sudah terlanjur memakai susuk di wajah atau anggota badan lain.



Seseksa-seksa proses keluarkan susuk, seksa lagi balasan yang menanti jika mati tak sempat bertaubat…


Hairan Penerima Zakat Ini Resah Lembaga Zakat ‘SpotCheck’ Rumah..Apa Mereka Temui Dalam Peti Sejuk MENGEJUTKAN !!!



Inilah antara cabaran ketika siasatan dan ziarah mengejut dilakukan.


Sekadar perkongsian untuk kita semua yang diciptakan sebagai hamba Allah.
Sebagai hamba Allah SWT kita ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Jagalah amanah.
Wang ZAKAT adalah amanah. Walaupun bantuan zakat telah diterima tetapi kita ada AMANAH dan TANGGUNGJAWAB.
sdvfsdv