Monday, October 17, 2016

MENGEJUTKAN ! SPM Tak Seberapa Tapi Bergaji RM24,000

spm-tak-seberapa-tapi-bergaji-rm24000

Pelajar-pelajar lepasan institusi-institusi kemahiran ‘tidak sempat’ bergelar penganggur apabila mereka kebiasaannya mendapat kerja sebelum majlis konvokesyen.
Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, Datuk Dr. Pang Chau Leong berkata, mengikut statistik, 85 peratus pelajar lulusan institusi-institusi kemahiran sama ada swasta mahupun kerajaan akan ditawarkan kerja sebaik mereka habis belajar.
Pekerja kimpalan atas kapal yang dilahirkan politeknik dan vokasional menjanjikan pendapatan bulanan lumayan.
“Pelajar lepasan institut kemahiran terbukti sangat laku di pasaran. Selalu yang bermasalah graduan lepasan universiti kerap mengadu tiada kerja,” kata beliau ketika ditemui wartawan di pejabatnya di sini baru-baru ini.
Beliau turut berasa terkejut apabila dimaklumkan gaji ramai pelajar institut-institut kemahiran yang suatu ketika dahulu pernah dianggap ‘gagal SPM’ itu dibayar gaji besar sebaik diterima kerja.
Gagal atau keputusan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak seberapa? Jangan risau atau panik.
Pelajar-pelajar yang tidak bernasib baik itu masih mempunyai peluang untuk mengatur kerjaya yang bakal memberi gaji lumayan.
Mereka boleh memilih melanjutkan pengajian ke institut-institut pendidikan teknikal atau latihan vokasional (TEVT) sama ada yang ditawarkan oleh kerajaan mahupun pihak swasta.
Berita baiknya, pendidikan teknikal dan vokasional seperti kolej komuniti atau politeknik sudah terbukti mampu membentuk pelajar-pelajar kurang cemerlang di peringkat SPM meraih pendapatan lumayan sehingga ada yang mencecah RM24,000 sebulan.
Malah ada banyak bukti gaji pelajar lepasan bidang teknikal atau vokasio­nal mengatasi pelajar lulusan universiti.
Sumber : Kosmo!


“Berbaloi Ke Kerja Offshore?” Jawapan Engineer Ini Akan Buat Anda Termenung

14691140_10153818273431587_564390884596905145_n

Semasa belajar di UTP, saya mula melihat potensi dalam bidang minyak dan gas. Matlamat utama pastinya bukan bidang itu sendiri, tetapi potensi untuk mendapt gaji yang lumayan.
Semasa praktikal saya telah mendapat peluang untuk ke Offshore bagi kerja Hook-up.
Setelah menamatkan pengajian, saya mula menyusun langkah mencari peluang dalam bidang ini. Kerja pertama saya hanya bertahan selama 2 bulan. Sempat saya habiskan 2 job di atas ‘Drilling Rig’.
Namun atas masalah syarikat, saya berhenti.
Alhamdulillah, rezeki saya masih ada di dalam bidang ini. Saya telah mendapat tawaran sebagai Jurutera Lapangan.

Dari pengalaman saya, ini yang saya boleh kongsikan:

1. Gaji/Elaun

Umum mengetahui gaji/elaun pekerja laut agak lumayan, itu saya tidak nafikan. Kebiasaannya pekerja tetap diberi gaji bulanan dan elaun offshore.
Elaun yang pernah saya terima sekitar RM80 – RM350 sehari.
Bagi pekerja kontrak/freelance, kebiasaannya gaji dibayar mengikut hari yang mana jumlahnya boleh mencecah ribuan ringgit sehari.

2. Rotation & Shif

Bergantung kepada jenis kerja, ada yang rotation 2minggu on/off (biasanya kerja di pelantar), ada yang 4minggu on/off (biasanya kerja di drilling rig), ada yang berbulan-bulan (biasanya orang kapal), dan bagi kru projek rotation tidak menentu bergantung tempoh projek. Kebiasaannya saya perlu ke laut 2-3 bulan, off 1 / 2 minggu dan kembali semula ke laut.
Bagi shif pula, hanya ada shif malam / shif siang, dimana 1 shif adalah selama 12jam. Nampak mudah bukan kerja 12 jam, namun bagi Jurutera tempoh 12 jam hanyalah untuk memantau kerja kru di deck atau pelantar.
Selepas habisnya 1 shif, pelbagai laporan dan plan kerja perlu di kemaskini.
Kebiasaannya 1 hari tempoh kerja sekitar 15 ke 16 jam, lebih sehari pun sudah menjadi lumrah kerja laut.
Lebih teruk lagi, jika tersadai di pelantar atau boat ketika cuacu buruk. Hanya mampu pasrah dan berdoa untuk cepat pulang ke kapal.

3. Pengangkutan

14650464_10153818273611587_8571947724400202875_n

Hanya ada 2 cara untuk pergi offshore samada helicopter (chopper) atau kru boat. Kebiasaannya hanya klien atau pekerja rig yang guna chopper, untung mereka kan?
Bagi kami kru projek, boat adalah satu-satunya pengangkutan yang digunakan. Pengalaman saya yang paling ngeri apabila menaiki boat untuk pulang ke darat selama 33jam, keadaan saya ketika itu amat sengsara.
Telan pil, tidur, bangun, makan masih nampak laut. Saya pun tak ingat berapa kali muntah ketika itu.

4. Makanan

Bagi makanan ia bergantung kepada dimana anda berada, menu pastinya berbeza.
Pernah satu ketika saya terdampar di sebuah pelantar, makanan memang superb. Dengan pelbagai makanan laut, ais krim baskin robbins & magnum, buah-buahan, segalanya ada.
Boleh katakan saya tidak pernah ponteng waktu makan 5 kali sehari dan sejujurnya berat saya bertambah 2kg dalam masa 36hari.
Namun yang pahitnya pasti ada, ketika di dalam boat di Mumbai, hampir 2 hari saya hanya makan nasi putih berkuahkan dhal.

5. Keselamatan

Masa kerja di laut, fokus yang tinggi diperlukan setiap masa demi keselamatan. Walaupun kerja sentiasa rasa tak tenang dan seperti di dalam penjara.
Terlalu banyak perkara yang bermain di fikiran. Sampaikan ada yang tak dapat menghadiri pengkebumian ibu bapa sendiri akibat ketiadaan boat dan chopper.
Jika anda tonton ‘Deepwater Horizon’, bayangkan kami pekerja laut yang setiap masa terdedah dengan pelbagai risiko. Kisah putus jari, terjatuh laut, terlanggar objek tergantung adalah kisah yang seringkali didengar.
Pepatah ada mengatakan, ‘IT’S JUST A JOB BUT NOT WORTH YOUR LIFE’, jadi fokus, fokus dan fokus.

6. Telekomunikasi

Mujurlah kini teknologi semakin canggih, saya tidak dapat bayangkan bagaimana pekerja laut terdahulu ‘survive’ selama berbulan-bulan tanpa khabar berita dari keluarga.
Sedangkan saya pada satu ketika pernah terputus hubungan internet & telefon selama seminggu, perasaan ketika itu rasa bagai nak gila mengenangkan nasib isteri dan keluarga.
Hubungan telekomunikasi di laut sangat-sangat terhad. Kapal terakhir yang saya naik, untuk telefon SGD15 = 60minit.
Nak bergayut perlu beratur lagi, tidak boleh lama-lama mmg kena ‘sound’ nanti. Internet pula tidak menentu tenggelam timbul.

7. Keluarga

Untuk anda yang masih lagi bujang pastinya tiada masalah untuk pergi ke laut selama mungkin. Begitu juga saya, di awal saya ke laut 2-3 bulan tidak rasa apa pun.
Segalanya jadi lain setelah berkahwin dan mempunyai anak, jujur saya katakan yang pastinya air mata jantan saya menitis setiap kali ingin melangkah keluar rumah untuk ke ‘offshore’.
Mujurlah saya mempunyai boss yang masih punya perasaan, ikutkan semasa isteri bersalin saya perlu naik laut tetapi beliau melepaskan saya selama 3 minggu untuk bersama isteri.
Ini adalah pengorbanan terbesar bagi orang laut, kami gadaikan masa bersama keluarga demi rezeki di laut.

Kesimpulan:

Jika ada adik-adik yang baru grad terdetik untuk ‘join’ bidang minyak & gas, fikirlah sekali lagi.
Ianya tidak seindah yang seperti anda bayangkan. Banyak lagi peluang lain yang terhidang di depan mata.
Walaupun bekerja pejabat, tetapi anda mempunyai masa dan peluang untuk melakukan kerja sambilan seperti Berniaga Online, Perunding Unit Amanah, Agen Hartanah, Agen Dropship, Uber/Grab dll.
Bagi rakan-rakan yang sedang bekerja di laut, rancang masa depan anda dari sekarang. Sediakan wang kecemasan sekurangnya 6 bulan ke 1 tahun.
Tiada apa yang kekal selamanya, sebaliknya cari jalan untuk menjana pendapatan pasif bagi pelan persaraan kelak.
Kepada para isteri yang suami kerja laut, berterima kasihlah kepada suami anda dengan pengorbanan mereka demi keselesaan keluarga.
Kepada para suami yang kerja laut, berterima kasihlah kepada isteri anda yang menjadi ketua keluarga semasa anda di lautan.
Buat Nurul Fahida Abu Bakar , terima kasih atas pengorbanan menjaga Baby Jelita Aisyah.
Andai kata saya diberi pilihan untuk kembalikan masa, pastinya saya akan memilih jalan yang lain. Selamat berjaya rakan-rakan ðŸ˜Š
Sumber : Syed Amirul


“Inilah Jadual Makan Dan Diet Saya Selama 3 Bulan, Berjaya Hilang 40 Kg” -Kongsi Lelaki Berjaya Kurus

Mesti ramai di luar sana yang mempunyai berat badan berlebihan. Di Malaysia sememangnya masalah obesiti kini semakin berleluasa.

Namun dalam hati kecil, mereka yang mempunyai berat badan berlebihan ini sudah tentu memasang niat untuk menurunkan berat badan dan menjadi kurus.

Satu perkongsian bermanfaat telah dikongsikan oleh seorang lelaki yang berjaya menurunkan berat badannya.

Dulu berat badannya mencecah 120 kg namun yang terkini beratnya hanya 78 kg sahaja. Saiz pinggangnya pula berubah dari 46 inci menjadi 36 inci.

Lelaki bernama Arif Sukri ini berkongsi jadual makanan dan juga dietnya. Disamping itu terdapat juga tips penting darinya.

Ini perkongsian dari Arif:

Jom baca:

HILANG 40KG DALAM 3 BULAN

Saya telah menulis begitu banyak mengenai perjalanan mengurangkan berat badan. Hilang 40 kg dalam tempoh 3 bulan memang memerlukan banyak pengorbanan dan komitmen

Pada awal penulisan dahulu saya tidak mencadangkan korang untuk follow jadual pemakanan saya. Pada saya ambil tahu syarat-syarat makanan apa pun dah baik.

Hahaa. Tapi korang tak nak. Kemain juga nak tahu rejim dan jadual diet saya. Sama sahaja. Yang pasti makan kena cukup 6 kali sehari.

JADUAL MAKAN

1. Sarapan Pagi

Setiap pagi saya akan pastikan benda pertama masuk ke dalam mulut adalah air masak. Minum air masak segelas atau dua gelas sebelum solat subuh. Selepas itu boleh mula sarapan.

Jujur 2 minggu pertama saya makan OAT KOSONG. Hahaa. Tiada susu, kurma, atau buah. Oat dan air suam sahaja. Dia punya rasa ya tuhan. Tujuan 2 minggu pertama adalah nak potong makanan yang bergula.

Selepas dua minggu pertama saya mula makan oat bersama susu gabung, kurma, kismis. Jam 6-9 pagi masa sesuai untuk sarapan.

2. Minum Pagi
ustify;"> 
Saya tidak cerewet dengan minum pagi. Sebab sebelum minum pagi pun saya minum air kosong banyak dah. Huhu. Untuk minum pagi korang boleh cari biskut oat dalam 3 keping atau kuih satu atau setidak-tidaknya adalah kurma. Saya pilih kurma sahaja.

3. Makan Tengahari

Ini kena kawal. 15-30 minit sebelum makan tengahari saya akan minum air masak terlebih dahulu. Ini agar perut saya terisi. Jadi nanti bila makan pun tak adalah nak makan banyak banyak sebab perut dah penuh air. Kahkah.

Tapi makan tetap kena makan. Nasi segenggam + ayam bakar, ikan bakar dan katakan tidak pada yang bergoreng. Kuah pula pilih yang paling sedikit penggunaan minyak. Saya pilih sup atau singgang. Dan pastikan ada sayur atau ulam-ulam. Serat bagus untuk badan kau juga.

4. Minum Petang

Pun sama. Kadang-kadang saya minum teh hijau kosong. Teh yang tiada gula ataupun kopi kelat sahaja. Hahaa. Rasa tak payah cakap. Kau minum dulu nanti bagitau.

Selama dua bulan berturut-turut saya tidak minum air yang mengandungi gula tambahan. Kalau tak mahu minum teh atau kopi kau boleh minum air kosong sahaja.

Milo untuk 2 bulan pertama saya tak ambil langsung. Sebab agak manis walau dibancuh tanpa gula. Untuk makan masa rehat petang-petang ni kau boleh cari kek, pau kacang atau biskut ringan tak lebih dari 3 keping.

5. Makan Malam

Di antara waktu 6-8 malam kau dah mesti makan malam. Terserah sama ada nak makan sama dengan menu tengahri atau nak ubah. Biasa malam saya akan makan bihun sup, mee sup ayam atau nasi berlauk sama macam tengahari.

Kuantiti tetap sama. Karbohidrat masih segenggam. Bihun sup separuh, mee sup separuh. Nasi pun separuh sahaja. Malam tak bagus kalau banyak sangat karbo.

6. Minum Malam

Saya akan akhiri hari diet dengan minum susu kosong dan campur sedikit oat, kurma dan sedikit madu. Saya pilih susu omega (plastik warna merah. Makan tak ada sebab dah ada oat sikit. Epal pun baik. Simpan stok banyak banyak. Hehe

NOTA PENTING

Nota-nota lain yang perlu anda tahu mengenai diet saya.

-Saya tidak makan apa-apa suplimen.
-Dua bulan pertama tiada air manis masuk ke dalam mulut.
-Sarapan adalah oat dan air suam sahaja. Korang boleh? Kahkah.
-Walaupun diet kena ada cheats day untuk reset balik diet. Buat seminggu sekali sahaja.
-Sebulan pertama tanpa senaman cardio dan hanya berjalan kaki 20 minit setiap petang saya berjaya hilangkan 5-7 kg.
-Kualiti dan kuantiti makanan itu paling utama
-Makan bersulam dengan air adalah dilarang. 30 minit selepas makan baru minum. Kalau pedas cukup seteguk dua.
-Jangan tidur atau terus baring 2 jam pertama selepas makan.
-Jangan tinggal buah.
-Sardin, sos, kicap, budu, ikan kering dan seangkatan yang tinggi garam juga saya tak sentuh.
-Akhir sekali jangan timbang kerap. Hahaha. Nak diet tak boleh stress. Kena layan dan santai sahaja. (Nanti saya kongsikan waktu bila sesuai timbang)

BAHAGI KUANTITI MAKANAN

Bahagikan portion makan dengan bijak

Kejayaan mengurangkan berat badan adalah bergantung kepada gaya pemilihan makanan yang bijak dan jumlah kuantiti yang betul.

Cara meletakkan kuantiti makanan seperti dalam pinggan ini sangat membantu. Hanya perlu masukkan jumlah yang tepat sahaja.

Ini adalah nutrisi yang memang perlu ada dalam setiap hidangan kita.

1. Karbohidrat ( Nasi putih, nasi perang atau roti)
2. Protein (Ayam, daging, ikan)
3. Fiber atau vitamin (Sayur, ulam-ulaman atau buah-buahan.

Dengan gabungan ketiga-tiga nutrisi ini ia sudahpun dapat menampung jumlah tenaga anda sehari-harian.

Dengan memilih makanan yang kurang minyak, rebus-rebusan atau jenis yang dipanggang anda sebenarnya sudah selangkah ke arah berat badan yang ideal.

Lagi banyak anda kurangkan makanan berlemak, masin dan berminyak, lebih cepat peratus untuk anda kurangkan berat badan anda.

Boleh lah cuba formula pinggan nutrisi ini.

Diet bukan tujuan. Matlamat kita adalah kesihatan yang berkualiti. Diet tidak ada ada pengakhiran dan ia adalah perjalanan hidup. Harap tip ini manfaat untuk korang semua.

Arif Sukri
Ustaz Fitness Nasional

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua. Sila share kepada rakan-rakan.

Kepada yang ingin kurus tu bolehlah mencuba. 


AKHIRNYA TERBONGKAR!!! RUPANYA INI CERITA SEBENAR BABI PUTIH YG LAHIRKAN 8 BAYI MANUSIA ! SERAMNYA..

TERJAWAB ! Rupanya Ini Cerita SEBENAR Babi Putih Yg Lahirkan 8 Bayi Manusia ! SERAMNYA..






Jawapan Runner Selepas Dituduh Tamak Sebab Caj RM10 Untuk Servis Penghantaran Makanan

4

Bayangkan makanan-makanan sedap dan viral datang terus ke rumah anda tanpa perlu menunggu berjam-jam dengan pergi ke restoran / kedai yang menjual makanan tersebut. Indah bukan? Maklumlah, kalau satu servis atau makanan menjadi viral di media sosial, pasi ramai yang hendak membeli dan akibatnya terpaksa pula pelanggan berbaris panjang.
Seorang runner atau pemberi khidmat penghantaran makanan telah dituduh ‘tamak’, ‘nak cepat kaya’ oleh seorang pelanggan yang meminta dihantarkan sebungkus nasi goreng viral kerana mengecaj sebanyak RM 10. Bagaimanapun, runner itu, Izham Tarmizi, telah menulis penerangan tentang mengapa dia mengecaj sebanyak itu untuk servis penghantaran makanan viral tersebut.
Semalam saya telah diviralkan di dalam page makanan Delivery Pasir Gudang oleh seseorang.
Bagi yang tidak mengenali saya, saya hanya seorang runner yang boleh ditugaskan memudahkan kerja anda semua.
Maaf ya, tuduhan itu terlalu berat. Saya dituduh tamak, ambil untung cara mudah, nak cepat kaya, tak kurang juga ada yang memberi komen cacian.
Saya tak nak naikkan disini, nak dijadikan cerita, seseorang telah hubungi saya pada waktu petang untuk membeli Kentucky Fried Chicken (KFC) dan terus ke rumahnya pada waktu yang ditetapkan beserta resit pembelian.
Setelah selesai dia whatsapp saya semula untuk beri tugas membeli Nasi Goreng Kampung Lesung Batu yang viral di Tembikai itu.
Saya di Taman Air Biru terus ke Tembikai, dari pukul 5.30 ke 6.30 petang kedai itu tak buka lagi. Saya minta izin dia untuk jalan kerja lain dahulu, dalam pukul 8.00 malam saya suruh backup runner saya ke sana semula.
Bukan main ramai lagi kedai tu, hampir pukul 10.00 malam baru dapat. Setelah tugas selesai, saya dapati ada status yang seakan-akan kena dekat batang hidung sendiri.
Maaf ya, anda semua punca rezeki saya, tetapi janganlah sampai saya buat kerja berjam-jam untuk memudahkan tugas, ada yang labelkan saya tamak, nak cepat kaya.
Ramai runner di pasir gudang yang mengenali antara satu sama lain, rata-rata mengenakan cas yang sama.
Betul kata seseorang kami bukan Gdex, Pos Laju yang memakan masa beberapa hari, kami buat kerja on time. Saya bukan seller yang jual makanan yang amibil untung melalui makanan yang dijual.
Saya ambil upah beratur, nak dapatkan pesanan, minyak, masa.
Maaf ya (cuba suruh jiran tolong belikan KFC dan bagi upah RM 5 dia nak tak?) Saya dah pulangkan duit yang berkenaan tanpa ambil apa-apa upah pun.
Saya mintak halal ya, mana yang kurang. Maaf ya, buat karangan pulak. Tujuan saya cuma nak menjawab kisah yang diviralkan semalam saja.
Saya nak jaga periuk nasi saya dan keluarga. Tolonglah jangan viral-viral lagi, kan boleh bersua muka terus.
4
2
3
7
8
9
10
11
12
Pada pendapat kami, caj RM 10 amatlah berbaloi kerana runner menghabiskan berjam-jam untuk beratur bagi membeli makanan viral itu. Kepada pelanggan tersebut, sila jangan pentingkan diri sendiri. Masa itu emas, dan masa yang diluangkan beratur itu boleh mendatangkan pelbagai keuntungan lain tetapi sebaliknya dihabiskan dengan beratur bagi memenuhi selera makan anda. Maka wajar bagi runner tersebut mengenakan harga sebanyak itu. Janganlah amalkan sikap ‘nak makan best, nak cepat, dan nak murah’ bila nak makan makanan yang viral, kerana bukan anda seorang saja yang inginkannya.
Kalau nak juga, pergi beli sendiri, okay?
Sumber : Amazingnara.com


Inilah Cara Sangat Mudah Menghilangkan Karang Gigi !! sepantas 3 hari!



Inilah Cara Sangat Mudah Menghilangkan Karang Gigi !! sepantas 3 hari!

#Karang gigi adalah mineral deposit berwarna kuning atau coklat yang melekat pada gigi, yang boleh mengakibatkan periodontitas, terlebih bila dilewatkan begitu saja tanpa ada usaha untuk membersihkannya.

#Untuk menyingkirkan karang gigi, umumnya orang bakal pergi ke doktor, namun sesungguhnya, anda boleh juga melakukan prosedur ini sendiri dirumah.

#Namun yang perlu diingat iaitu, cara ini tidak akan menghilangkan karang gigi secepat yang dikerjakan oleh doktor gigi. Untuk menyingkirkan karang yang terkumpul, ada beberapa pilihan rawatan.

Beberapa bahan yang diperlukan iaitu:


1. Hidrogen peroksida
2. Air
3. Serbuk soda kue
4. Garam
5. Antiseptik pencuci mulut
6. Dental pick
7. Berus gigi

Langkahnya:

#Campur satu cawan hidrogen peroksida dengan 1/2 cawan air hangat, lalu kumurlah dengan gabungan itu sepanjang satu minit. Buang, lalu basuh dengan 1/2 cawan air sejuk.

#Alat yang paling umum serta berkesan untuk singkirkan karang gigi iaitu baking soda. Campur 1 sudu makan baking soda dengan 1/2 sudu teh garam dalam cawan. Lalu, rendam berus gigi di air hangat serta celupkan dalam gabungan.

#Awalilah memberus gigi
Anda memakai gabungan itu. Semua sistem mesti dikerjakan sepanjang 5 minit.

Basuh mulut dengan antiseptik pencuci mulut.

Pakai dental pick untuk bersihkan karang pada gigi. Kerjakan dengan hati-hati, supaya tak mengikis serta mengakibatkan kerosakan gusi anda.

Untuk mendapatkan gigi putih bak mutiara serta senyum yang indah ikuti panduan dibawah ini:

1. Pengambilan keju.

Makanlah keju Switzerland atau cheddar saat sebelum makan, hal itu bakal menolong meneutralkan asid pencetus karang gigi.

2. Strobery serta tomato.

Tomato serta strobery adalah buah yang mengagumkan untuk melindungi kesihatan mulut, lantaran keduanya kaya vitamin C. Kedua-duanya boleh memutihkan gigi serta melembutkan karang gigi. Cukup gosokkan segera tomato serta strobery ke gigi serta diamkan sepanjang 5 minit.

 Anda boleh lakukan langkah yang sama, memakai makanan lain yang juga kaya vitamin C, seperti limau nipis, limau, lemon, lada serta betik. Kemudian, basuh mulut anda memakai kombinasi yang diperbuat daripada baking soda serta air hangat.

Berikut panduan untuk melindungi kesihatan mulut:
Anda mesti teratur memakai benang gigi.

Bersihkan mulut anda dengan cara alami memakai air liur yang dicetuskan dari makanan pedas yang bakal membuahkan kelenjar ludah.

Untuk mencegah bakteria berkembang biak, gosok gigi memakai kulit oren saat sebelum tidur tanpa dibasuh.

Masa memberus gigi, pakai berus gigi yang lembut serta buat pergerakan menegak. Pastikan sentiasa untuk membersihkan bilik pada gusi serta gigi.


DAPAT GELARAN DATO DI USIA 19? NETIZEN TERTANYA TANYA JASA DATO UMUR 19 NI..


SETIAP tahun, begitu ramai rakyat Malaysia menerima darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu dan Ketua-Ketua Negeri sempena menyambut hari keputeraan masing- masing.

Bukannya mudah untuk mendapat gelaran Dato’ atau Datuk ini, setiap daripadanya perlu melalui proses penilaian dari pihak istana dan kebiasaan, ia diberikan kepada individu-individu yang mempunyai jasa kepada negara ataupun kepada negeri.

Namun, gambar seorang pemuda yang
dipercayai berusia 19 tahun menerima anugerah darjah kebesaran telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen di media sosial.

Menurut pemuat naik gambar, dia menyatakan pemuda berkenaan baru berusia ‘setahun jagung’ namun telah menerima darjah kebesaran Dato.

“Kes macam ini yang buat orang tersenyum bila jumpa orang bergelar Dato’…19 tahun…apa sajalah jasanya agaknya ya?” soalnya.

Pemuda berkenaan yang dilihat berada di ruang legar istana menggenakan pakaian seragam istiadat beserta jam tangan mewah Richard Mille.

Rata-rata netizen mempersoal kewajaran pangkat berkenaan diberikan kepada pemuda berusia 19 tahun itu yang turut disusuli dengan persoalan “Sultan mana bagi pangkat Dato ni?”

Jika diikutkan, baru sahaja berlangsung dua hari lepas majlis menerima darjah kebesaran bersempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob ke-78 di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada dia merupakan salah seorang daripada 923 penerima darjah di majlis tersebut.

Apa pun, dengan usia yang semua itu apa lah jasa yang dilakukan sehingga mendapat gelaran tersebut.

Bukan hendak mempertikan keputusan istana namun bagi kami, gelaran Datuk atau Dato’ ini selayaknya diberikan buat individu yang berumur 35 tahun keatas.

Masih banyak lagi cara lain yang boleh kita iktiraf golongan ini. Biarlah mereka menjalani perti getir hidup ini dan kemudian sesudah menjangkau umur yang sewajarnya, bolehlah dikurniakan pangkat berkenaan.

Biarpun kami tidak mempunya kuasa, apa kata kerajaan menyemak semula polisi serta proses pemberian gelaran dan bintang-bintang kebesaran ini dan elok dibawa berbincang dengan Majlis Raja-Raja.



Inilah 2 Pemain Bintang Kedah Yang Disambar Felda United Untuk Musim 2017




Dikhabarkan sudah 90% dua pemain ini akan berhijrah ke Felda United

1.) Rizal Ghazali
2.) Syazwan Zainon


10 Kawasan Terlarang Yang Disembunyikan Di Dalam Google Maps

Kita selalu menggunakan Google Maps sebagai rujukan untuk mengetahui sesuatu tempat. Boleh dikatakan seluruh dunia boleh dilihat melalui Google Maps. Dari bandar-bandar besar hinggalah ke kawasan pedalaman yang terpencil. Akan tetapi, tahukah anda bahawa ada 10 tempat di dunia yang dilarang sama sekali dipaparkan dalam Google Maps.
Tempat tersebut adalah :

1. The Royal Residence, Belanda


10-tempat-yang-dilarang-tengok-dalam-google-maps1

Royal Palace Amsterdam di Belanda – dipanggil Koninklijk Paleis Amsterdam – menyertai satu senarai panjang tempat-tempat yang dikaburkan dalam Google maps yang berkaitan dengan keluarga diraja Belanda, termasuk Stables Diraja dan satu lagi kediaman yang dipanggil Huis 10 Bosch.

2. Buffalo Niagara International Airport

10-tempat-yang-dilarang-tengok-dalam-google-maps2

Lapangan Terbang Antarabangsa Buffalo Niagara sebahagian besarnya diputihkan pada Google Maps dan butiran tidak boleh dilihat apabila kawasan di-zoom.

3. Tantauco National Park, Chile

10-tempat-yang-dilarang-tengok-dalam-google-maps3

Taman Negara Tantauco di Chile hanya boleh dilihat daripada penanda melalui Google Maps. Rizab semulajadi swasta adalah rumah kepada banyak haiwan terancam.

4. Keowee Dam, South Carolina

10-tempat-yang-dilarang-tengok-dalam-google-maps4

Empangan Keowee buatan manusia pada Tasik Keowee di South Carolina juga kabur di Peta Google. Berbentuk seperti pokok Krismas, empangan membantu menjalankan utiliti kuasa yang dipanggil syarikat Duke Energy.

5.Tapak Misteri Russia

10-tempat-yang-dilarang-tengok-dalam-google-maps6

Tidak pasti mengapa lokasi ini di Rusia telah kabur keluar, lebih-lebih lagi sejak ia di dalam Siberia tundra. Bandar terdekat adalah Egvekinot, Rusia, yang merupakan jiran ke Alaska menyeberangi Selat Bering.

6. Lapangan Terbang Minami Torishima, Jepun

DF-ST-87-08298

Lapangan Terbang Minami Torishima – lapangan terbang satu landasan menghidangkan pulau Minami Torishima, yang terletak di luar pantai timur Jepun – oversaturated dengan warna putih. Ia kini digunakan oleh Tentera Jepun, Pertahanan Maritim.

7. The Michael Aaf Building, Utah


Dugway Proving Ground di Dugway, Utah adalah kawasan yang diduduki oleh Tentera Darat Amerika Syarikat di mana tentera boleh menguji sistem senjata biologi dan kimia. Bangunan AAF Michael diputihkan, kemungkinan besar atas sebab-sebab keselamatan.

8. Cornell University Combined Heat and Power Plant, New York

10-tempat-yang-dilarang-tengok-dalam-google-maps9

The Cornell University Combined Heat and Power Plant di Ithaca, NY – yang dibuka pada tahun 2010 – menjadi kabur pada peta Google. Berteknologi tinggi, kemudahan eko-mesra menjana elektrik dari gas asli sebagai sebahagian daripada usaha universiti itu untuk mengurangkan pengeluaran karbon dioksida.

9. Babylon, Iraq

10-tempat-yang-dilarang-tengok-dalam-google-maps10

Bandar Babylon, Iraq kelihatan seperti tanah ladang tidak berkesudahan daripada sebuah bandar purba yang sibuk.

10. Vlissingen, Belanda

10-tempat-yang-dilarang-tengok-dalam-google-maps11

Hartanah yang dimiliki oleh keluarga diraja Belanda tidak-satunya tempat yang kabur di Belanda. Menyertai senarai tangki minyak di Vlissingen (gambar), serta beberapa kem tentera dan pangkalan tentera udara. Kawasan tanah di sebelah kiri juga nampaknya akan pixelated dan diselaraskan.