Sunday, October 23, 2016

KENYATAAN RASMI Dari Faizz Nur, Bapa Saudara Anak Yatim Kemalangan DUKE

KENYATAAN RASMI Dari Faizz Nur, Bapa Saudara Anak Yatim Kemalangan DUKE


Akhirnya yang ditunggu ramai telah tiba, Ini kenyataan balas dari Faizznur tentang kes dakwaan songlap duit anak yatim.

Jom baca:

KENYATAAN RASMI FAIZZNUR

Assalamualaikum w.b.t

Saya mengambil pendekatan ini untuk memberikan penjelasan mengenai sidang media yang dilakukan oleh kakak saya, Datin Yusnidah dan abang ipar saya, Dato Roslan, seterusnya ulasan yang dikeluarkan oleh netizen terhadap saya. Saya bukanlah gemar membuka permasalahan keluarga untuk dijadikan tatapan dan sajian umum, tetapi melihat kepada tuntutan semasa dan tuduhan yang dilemparkan terhadap saya yang dirasakan terlampau berat dan apabila semua cerita yang diviralkan merujuk kepada sebelah pihak sahaja, memerlukan saya untuk tampil memberikan penjelasan. Namun saya tidak akan membuat kenyataan balas sidang media kerana kes ini masih berjalan di mahkamah dan tindakan membuat kenyataan balas tersebut adalah satu kesalahan yang menghina mahkamah (contempt of court).

Kemalangan yang meragut jiwa abang saya dan isterinya pada tanggal 2 May 2015, cukup memberi kesan yang amat mendalam kepada kami sekeluarga dan saya merupakan antara adik beradik yang paling rapat dengan arwah.

Setelah tersebarnya berita kemalangan tersebut, ramai rakyat Malaysia yang perihatin memberikan sumbangan ikhlas kepada Amira dan Aqila. Sepanjang arwah abang saya dan arwah isterinya masih hidup, mereka dan anak-anak tinggal bersama mak saya dan saya. Amira dan Aqila membesar bersama-sama saya kerana kami tinggal di rumah yang sama.

Arwah abang saya menjalankan perniagaan yang menguruskan permit dan visa dan saya menolong arwah abang saya menguruskan perniagaan tersebut. Arwah telah meletakkan kepercayaan kepada saya untuk meneruskan legasi dan saya telah mengembangkan perniagaan tersebut.

Selepas pemergian arwah, Amira dan Aqila tinggal bersama saya dan mak saya. Selepas itu, kedua-dua keluarga disebelah pihak ayah dan ibu Amira dan Aqila telah berbincang mengenai penjagaan Amira dan Aqila.

Mak saya (nenek kepada Amira dan Aqila di sebelah ayah mereka – arwah abang saya) meminta izin Pn Wirda (nenek kepada Amira dan Aqila di sebelah ibu – arwah kakak ipar saya) untuk menjaga dua anak ini dan mak saya ada menyatakan hasratnya untuk mempertanggungjawabkan penjagaan Amira dan Aqila bersama-sama Alang iatu abang no. 3 saya, kerana, Alang merupakan seorang bapa yang sangat tegas dalam mendidik anak-anak, dan kesemua anak-anak Alang cemerlang dalam bidang akademik dan ada yang menghafaz 30 juzuk al-quran dan isteri Alang juga ialah dua pupu kepada arwah ibu Amira dan Aqila. Kami sekeluarga amat mementingkan tentang hala tuju pendidikan yang terbaik untuk anak-anak ini.

Sewaktu perbincangan dijalankan, semua ahli keluarga bersetuju termasuk kakak saya, Datin Yusnidah mengenai penjagaan Amira dan Aqila yang akan dijaga oleh Mak saya dan Alang serta isteri.

Namun, seminggu selepas pemergian arwah abang saya, Kakak saya, bertegas untuk membawa pulang kedua-dua anak ini ke rumah mereka. Apabila, kami sekeluarga (mak dan adik beradik yang lain) ingin membawa Amira dan Aqila pulang kepangkuan neneknya untuk dijaga bersama-sama Alang, kakak saya sering menyatakan alasan seperti membawa mereka berjalan-jalan, membawa berjumpa artis dan sebagainya.

Tidak lama selepas itu, mak saya jatuh sakit dan kakak saya Datin Yusnidah pada ketika itu bertindak membuat tuntutan di mahkamah tanpa berbincang dengan mak dan adik-beradik yang lain bagi menuntut hak penjagaan sementara bagi Amira dan Aqila dan mahkamah memberikan hak penjagaan sementara kepada Kakak saya, Datin Yusnidah.

Pada ketika itu, Dato Roslan iaitu abang ipar saya, ada menelefon saya ada menyuruh saya untuk memberikan keseluruhan duit derma rakyat Malaysia kepadanya, untuk diuruskan memandangkan beliau sedang menjaga Amira dan Aqila pada waktu itu. Pada hemat saya dan adik-beradik lain ketika itu, kakak saya hanya mendapat hak penjagaan sementara, dan saya hanya akan menyerahkan keseluruhan wang itu selepas keputusan mahkamah terhadap hak penjagaan kekal yang akan dikeluarkan (Yang masih lagi berjalan di mahkamah).

Pada tanggal Ogos 2015, sekali lagi kami kehilangan insan tersayang iaitu mak kami yang tercinta

Memandangkan usia kanak-kanak ini masih kecil, perancangan yang betul perlu dilakukan dalam menguruskan urusan perbelanjaan Amira dan Aqila. Kami bersepakat adik beradik (kecuali kakak saya) perbelanjaan diberikan mengikut keperluan semasa anak-anak tersebut.

Saya menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh kakak saya yang hanya RM12,000 diberikan.

Begini ceritanya.

Kakak saya meminta wang sebanyak RM12,000 daripada pemberian derma untuk digunakan bagi tujuan perbelanjaan menunaikan haji badal (arwah bapa dan arwah ibu, Amira dan Aqila), fidyah dan wakaf selebihnya untuk kegunaan membeli barang keperluan Amira dan Aqila dan kami adik beradik sepakat memberi kepadanya.

Tidak terhenti disitu sahaja.

Selepas itu, duit belanja Amira dan Aqila diberikan secara konsisten kepada Amira dan Aqila. Pemberian duit belanja ini ada direkodkan dan duit belanja yang diserahkan kepada kakak saya ditandatangani oleh kakak saya sendiri sebagai bukti penerimaan dengan saksi yang turut menandatangani dokumen tersebut.

Disamping itu juga, kakak saya Datin Yusnidah dan Dato Roslan ada membuat tuntutan lain di mahkamah termasuk tuntutan insurans peninggalan arwah, penjagaan anak, tuntutan nafkah, tuntutan faraid dan segala kes ini masih lagi berjalan di mahkamah dan tiada sebarang keputusan akhir lagi dibuat dan bertentangan seperti apa yang telah dihebohkan.

Mengenai tuntutan insurans, setelah perbincangan bersama peguam pemerhati Mr Leo, kami sekeluarga bersetuju (termasuk Datin Yusnidah), tuntutan insurans hanya akan dilakukan selepas perbicaraan kes MyV berakhir. Namun, selepas kakak saya, mendapat hak penjagaan sementara, dia telah bertindak membuat tuntuntan insurans peninggalan arwah Abang saya secara menerus, bercanggah dengan apa yang telah dipersetujui oleh kami sekeluarga sebelum ini iaitu tuntutan insurans hanya akan dibuat selepas segala kes mahkamah selesai.

Mengenai isu mufti yang dibangkitkan, saya meminta maaf diatas salah faham yang ditimbulkan oleh Datin Yusnidah dan saya menafikan kenyataan tersebut kerana saya tidak pernah membuat sebarang kenyataan seperti yang telah dihebohkan.

Cukup lah saya nyatakan bahawa netizen dan rakyat Malaysia perlu faham, memang mudah untuk mana-mana pihak membuat sebarang tuduhan yang tidak berasas dan memutar-belitkan fakta apabila pihak yang dituduh tidak diberikan ruang untuk membela diri secara telus dan rasional. Kerana itulah perkara ini selayaknya diadili oleh mahkamah yang mulia dan bertauliah, yang akan mendengar dan mengadili fakta dan bukti kedua belah pihak, dan saya tidak boleh diadili oleh mahkamah pendapat umum (court of public opinion).

Tambahan lagi kes ini melibatkan permasalahan keluarga dan hanya keluarga kami sahaja yang tahu segala kisah disebaliknya dan aib pelbagai pihak yang tidak perlu didedahkan.

Sebagai waris keluarga lelaki yang amat menyayangi Amira dan Aqila saya telah cuba untuk mempertahankan dan menjaga kebajikan mereka dan kami adik beradik yang lain sepakat menyokong Puan Wirda (nenek kepada Amira dan Aqila – sebelah arwah ibu mereka) untuk menjaga Amira dan Aqila dan saya serta keluarga akan akur dengan segala keputusan mahkamah yang mulia demi memelihara masa depan dan kepentingan anak-anak ini.

Terima kasih Datin Yusnidah diatas keperihatinan anda menyelesaikan masalah keluarga dengan cara sebegini, secara terancang bersama-sama suami anda, Dato Roslan.

Along, Alang dan Adik(saya) hanya menjalankan tugas secara tegas.

Kini, segalanya sudah tercalar.

Maruah keluarga diruntun dan dipertontonkan secara terbuka.

Bukan ini yang Arwah Mak dan Arwah Uda inginkan.

Bukan ini ajaran Arwah Abah.

Bukan ini yang kita pinta.

Terima kasih.
Faizznur
23 Oktober 2016

Sumber Berita Memey


Rupanya Ini Punca SEBENAR Polis SERBU Rumah Remy Ishak Malam Tadi Apa Dah Jadi Ni Remy Ishak

Untitled-1.png

SEGALANYA TERBONGKAR ! Rupanya Ini Punca SEBENAR Polis SERBU Rumah Remy Ishak Malam Tadi ! Apa Dah Jadi Ni Remy Ishak ????

Tidak cukup menerima ugutan bunuh oleh seorang wanita berstatus kenamaan, kini kediamanRemy Ishak pula menjadi sasaran apabila pihak polis menyerbu rumah beliau di Serdang kira-kira jam 1 pagi semalam, setelah menerima aduan terdapat kegiatan dadah. Malah Remy percaya dirinya telah dianiaya oleh individu yang sama membuat ugutan bunuh sebelum ini.

Saya syak aduan ini diterima daripada individu sama yang membuat ugutan bunuh terhadap saya. Saya tinggal di situ sudah agak lama. Tidak pernah ada masalah pun. Jadi bagaimana tiba-tiba terima aduan kegiatan dadah di situ. Pihak polis juga sedia maklum bahawa keselamatan saya dan keluarga sekarang berada di dalam keadaan yang cukup membimbangkan

advr.php?sid=AjsKbgM8AWE%3D&cid=DTcGbQ48
Saya tidak mahu mengulas panjang dan berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan segera. Sebelum ini kereta saya hilang, rumah saya juga pernah dipecah masuk. Malah, saya juga menerima ugutan bunuh. Keselamatan saya kini di tahap yang membimbangkan, katanya kepada Utusan Online sambil merahsiakan lokasi beliau berada kini atas isu keselamatan.

Sementara itu, Remy turut meluahkan rasa terkilan apabila polis menyerbu rumahnya tanpa memperkenalkan diri sehingga memaksa beliau bercakap dengan polis menerusi telefon untuk kepastian. Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohammad Aminuddin Megat Alias memberitahu, tiada sebarang unsur jenayah ditemui ketika serbuan.

Sebelum ini beberapa laporan polis telah dibuat oleh Remy selepas mendakwa menerima ugutan bunuh daripada seorang lelaki yang juga merupakan orang suruhan seorang wanita berstatus VIP. Ugutan itu dipercayai berlaku kerana keengganan pelakon itu untuk bertemu dengan wanita yang dikatakan berasal dari sebuah negeri pantai timur walaupun ajakan itu ditolak dengan baik.

Untitled-2.png
Sumber: petuaabahkau


Aku Gembira Selamat Lahirkan Anak,Tapi Suami Tak Puas Hati & Aku Nangis Bila Suami Rupanya...

Aku Gembira Selamat Lahirkan Anak,Tapi Suami Tak Puas Hati & Aku Nangis Bila Suami Rupanya… |Kisah ini dikongsikan oleh doctor Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah yang menceritakan pengalamannya menemui seorang lelaki yang tidak mempunyai perasaan kepada isterinya yang baru saja bersalin. Kata-kata kesat itu di ucapkan selepas isterinya melahirkan seorang anak perempuan.
gncfncdfn
1 2 3 4 5


AWESOME!! 3 Cara Mudah Untuk Menghilangkan Sakit Pinggang, Sakit Leher dan Otot


Siapa yang di sini seringkali sakit pinggang dan lehernya sering tegang saat kerja? Mungkin sukar berdiri selepas duduk seharian di pejabat?

3 cara berikut ini jika dilatih secara teratur dapat menyingkirkan sakit penyakit yang tidak perlu. Cara ini dapat juga melatih otot tubuh bahagian atasmu hingga tidak mudah sakit lagi.

1. Regangan otot dada 

3 Cara Mudah Untuk Menghilangkan Sakit Pinggang, Sakit Leher dan Otot |

Cari sudut dinding di berdekatan anda seperti yang kelihatan di gambar, tekan tapak tangan anda di dinding dan tolak tubuh anda ke depan. Campurkan dengan gerakan putaran pinggang. Di luar itu tambahkan juga dengan pernafasan yang dalam dan lambat hingga otot dada dirangsang untuk bergerak. Latihan ini dapat dilakukan selama 30 saat diakhiri dengan rehat sebentar, dan lakukan latihan ini berulang sebanyak 3 kali.

2. Teknik renggangan dengan bola tenis 

3 Cara Mudah Untuk Menghilangkan Sakit Pinggang, Sakit Leher dan Otot |

Teknik renggangan ini memerlukan 1 benda tambahan iaitu sebuah bola tenis. Latihan ini dapat membantu otot dada yang mungkin kaku kerana duduk terlalu lama memperoleh sifat elastiknya kembali. Latihan ini dimulkan dengan memegang bola tenis dengan kedua tangan dan gerakkan di bahagian dada secara perlahan-lahan. Setelah melakukan gerakan ini selama 1 minit, berehatlah selama 5-10 saat dan lakukan latihan ini berulang sepanjang 3 kali.


3. Renggangan dengan belon untuk punggung bahagian atas 

3 Cara Mudah Untuk Menghilangkan Sakit Pinggang, Sakit Leher dan Otot |

Belon seperti yang pada gambar dapat membantu kita melakukan renggangan di bahagian punggung. Posisikan belon di punggung bahagian atas, letakkan kedua tangan di bahagian kepala dan jangan biarkan tangan sampai ke lantai, pertahankan posisi itu dan gerakkan badan ke atas dan ke bawah. Bila di bahagian tertentu ada rasa sakit yang dirasakan, berhentilah sebentar di bahagian itu. Setelah bergerak selama 10-15 saat, rehat sebentar dan lakukan kembali berulang selama beberapa kali.

Dalam beberapa latihan yang pertama, gerakan-gerakan ini mungkin dapat menyebabkan sedikit rasa sakit pada sisi tertentu. Namun janganlah cemas kerana seiring dengan latihan yang semakin kerap, rasa sakit itu bakal beransur-ansur hilang dan anda akan merasa jauh lebih relaks


Benarkah Mandi Malam Punca Penyakit Paru-Paru Berair? Dengar Apa Kata Pegawai Perubatan Ini


Jangan suka mandi malam, nanti paru-paru masuk air!

Inilah antara kepercayaan atau ‘mitos’ yang biasa kita dengar dalam masyarakat Melayu berhubung soal mandi malam.

Bahkan sehinggakan anda dewasa, mitos yang sama masih kedengaran dan kadangkala anda juga akan bercakap sedemikian pada anak anda.



Adakah benar mandi waktu malam punca penyakit paru-paru berair?

Sebenarnya, tidak.

Mandi malam tidak mendatangkan penyakit paru-paru berair, yang dikaitkan dengan masalah Pulmonari Edema dan pneumonia.

Pulmonari Edema adalah pengumpulan air berlebihan pada ruang tisu dan organ. Kesannya, paru-paru bengkak dan berair.

Punca berlakunya penyakit ini adalah disebabkan oleh kecederaan pada permukaan paru-paru dan kegagalan fungsi kiri jantung. Maka, kepercayaan sesetengah pihak bahawa ianya berpunca daripada kemasukan air ketika mandi adalah salah.


Manakala penyakit Pneumonia pula disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus dalam paru-paru yang menyebabkan keradangan berlaku.

Malah, Pneumonia juga boleh dijangkiti melalui udara yang disebarkan menerusi air liur dan hingus pesakit. Sekali lagi, ia bukan berpunca dari mandi malam.

Cecair yang terdapat dalam paru-paru pula bukanlah sama seperti air yang kita minum atau air paip yang dikatakan masuk kedalam paru-paru ketika mandi, tetapi ia adalah cecair yang dipenuhi nanah yang banyak malah adakalanya bercampur darah dan bendalir tubuh.

Tanda-tanda yang boleh dilihat biasanya pesakit akan mengadu mengalami batuk, sakit dada dan sukar bernafas apabila melakukan kerja-kerja ringan.

Pada peringkat awal, rawatan akan dilakukan dengan menggunakan imbasan x-ray pada dada. Kemudian, pemeriksaan darah dan pemeriksaan fungsi paru-paru akan dilakukan.

Mandi siang atau malam sebenarnya baik untuk kita kerana ia membersihkan tubuh kita, apatah lagi dalam cuaca hangat seperti di negara kita.

Jika badan tidak dibersihkan dengan mandi terutama dalam cuaca panas, maka influenza dan penyakit yang lain lebih mudah menyerang tubuh anda.

Kesimpulannya, anda tidak lagi perlu risau sekiranya mandi malam. Mandi siang atau malam sebenarnya baik untuk kita kerana ia membersihkan tubuh kita.

Sumber: FB Penolong Pegawai Perubatan


9 Benda Yang Sebenarnya Lebih Kotor Daripada Mangkuk Tandas Rumah Anda

9-benda-yang-sebenarnya-lebih-kotor-daripada-mangkuk-tandas-rumah-anda

Mengikut kajian para saintis, terdapat tempat yang lebih kotor dari mangkuk tandas di rumah anda, sebahagian daripada kita tidak menyedarinya. Berikut adalah senarai tersebut :
1) Sinki Dapur – Kebanyakan berfikir sebaliknya, tetapi dapur mungkin menjadi tempat yang tercemar di rumah anda. Biasanya terdapat 500,000 bakteria setiap inci persegi dalam lubang sinki sahaja.
2) Suiz Lampu / Kipas – Selama bertahun-tahun tangan kotor anda menyumbang kepada 217K bakteria per inci persegi.
3) Tombol Pintu – Seperti yang anda tahu, tangan adalah salah satu bahagian tercemar. Menyentuh tombol pintu, yang juga jarang dibersihkan.Kuman dan bakteria dari orang lain yang telah menyentuh tombol itu berpindah ke tangan anda.
4) Keyboard Komputer – Pastikan sembura keyboard anda dengan udara mampat dan lap bersih dengan kain dan detergen ringan. Dalam satu kajian rawak daripada 33 keyboard, empat daripadanya dikategorikan “Merbahaya untuk kesihatan”.
5) Wang/Duit – Pesuruhjaya Kajian Kesihatan mendapati 135.000 bakteria daripada satu not kertas dan purata 126.000 dari yang lain. Pastikan anda membasuh tangansetelah mengendalikan wang yang banyak.
6) Span Basuh Pinggan – rekahan dalam span membuat ia sukar untuk membunuh dan membasmi bakteria dan kuman.Pengguna span secara umumnya hanya memindahkan bakteria dari satu tempat ke tempat lain. Cara yang mudah untuk membersihkan span adalah, panaskan dalam microwave lebih kurangsaat 60, dan ia akan menghilangkan bau juga.
7) Pemegang Pintu Peti sejuk – Seperti knob pintu , pemegang pintu peti ais juga diguna oleh semua penghuni rumah.
8) Telefon bimbit – Ia begitu digunakan secara meluas , mengikut kajian ianya mempunyai 18 kali ganda kuman dan bakteria berbanding tempat duduk tandas.Bersihkan dan menggunakan tisu antibakteria.
9) Alat Kawalan Jauh TV – SARS, MRSA dan VRE antara bakteria yang mudah dipindahkan oke remote TV. Yang paling mengelikan ialah remote TV Hotel, pastikan anda balut ia dalam plastik semasa penginapan anda di mana-mana hotel.
Kesimpulannya, anda bolehlah bersihkan kesemua 9 benda ini secara berkala kerana biasanya ketika membersihkan rumah pun kita akan biarkan 9 benda ini sebab kita merasakan ianya adalah sentiasa dalam keadaan bersih.


Saturday, October 22, 2016

SeLepas 10 Tahun Diculik, Gadis ini Berjaya Balik Ke Rumah, Tapi Apa Yg Berlaku Padanya Sangat NGERI Sampai Keluarga Sendiri Pun Dah TAK KENAL....

SeLepas 10 Tahun Diculik, Gadis ini Berjaya Balik Ke Rumah, Tapi Apa Yg Berlaku Padanya Sangat NGERI Sampai Keluarga Sendiri Pun Dah TAK KENAL....

SEORANG gadis berusia 22 tahun yang diculik di depan rumahnya 10 tahun lalu menceritakan pengalaman pahit menjadi mangsa pemerdagangan di India, dijual sebagai hamba dan dirogol ramai lelaki.

Gadis yang enggan dikenali itu akhirnya kembali ke pangkuan ibunya pada minggu lalu selepas berharap untuk berbuat demikian sejak sedekad lalu.

Dia berterima kasih dengan seorang gadis yang ditemuinya secara kebetulan sebaik tiba di Delhi, dan selepas dia mengingati lokasi kediamannya.

Katanya: "Saya kehilangan zaman kanak-kanak saya. Saya baharu sahaja berusia 12 tahun semasa diculik di luar rumah. Saya menyedari banyak yang saya terlepas sekembalinya saya ke pangkuan keluarga.

"Saya sangat gembira pulang ke rumah tetapi saya masih bersedih dengan kehidupan lalu yang telah hilang."

Menceritakan semula insiden yang berlaku, dia ketika itu sedang bermain di luar rumahnya di Seelampur, Delhi, ibu negara India pada 2 Julai 2006.

Kemudian datang seorang wanita dan mula bercakap dengannya.

"Saya masih ingat apa yang saya pakai ketika itu. Saya pakai jubah kelabu dan selipar merah jambu," katanya.

"Saya sedang berjalan ke rumah kakak saya apabila seorang wanita keluar dari keretanya dan mula bercakap dengan saya. Belum saya sempat berbuat apa-apa, seorang lelaki keluar dari kereta berkenaan dan menarik saya masuk ke dalam dan menutup muka saya dengan kain. Saya tidak sedarkan diri."

Ibu bapanya mula mencarinya selepas dia tidak muncul di rumah kakaknya.

Ibunya berusia 55 tahun berkata: "Saya merasakan sesuatu yang buruk berlaku dan mencarinya di hospital, balai polis dan kuil, tertanya-tanya kalau ada yang meninggalkannya di situ untuk mengemis atau perkara lain.

"Saya juga menampalkan poster yang memaparkan wajahnya di beberapa tempat tetapi ia tidak membantu kepada usaha pencarian."

Dia bersama suami kemudiannya membuat laporan kepada polis berhubung kehilangan anak mereka.


Mangsa menjadi hamba dan dirogol selama 10 tahun kehilangannya.
Mangsa masih ingat pernah dijual kepada seorang petani pada harga £300.

"Bila saya terjaga, saya dapati saya dikurung di dalam sebuah bilik bersama 20 yang lain termasuk budak-budak perempuan dan kanak-kanak kecil.

"Saya panik dan menjerit meminta tolong. Semua di situ menangis," katanya.

Pada usia hanya 12 tahun, dia dipaksa untuk bekerja di ladang sepanjang hari, mengangkut guni gandum yang berat ke trak dan kemudian dirogol oleh beberapa lelaki pada sebelah malam.

Katanya: "Saya berulang kali dirogol setiap malam.

"Ramai lelaki mengambil giliran merogol saya dan mereka akan pukul saya jika saya melawan.

"Sampai ada satu tahap saya diacukan pisau di tengkuk saya semasa dirogol. Saya dikurung di sebuah bilik gelap dan hanya diberikan sekali makan sehari."

Pada 2009, dia yang berusia 15 tahun dipaksa berkahwin dengan seorang pemandu trak berusia 50 tahun di sebuah kampung di Punjab, utara India.

"Saya masih muda tetapi dipaksa berkahwin dengan seorang kaki botol dan penagih dadah di Punjab," katanya.

"Saya mempunyai dua anak bersama lelaki itu. Dia kemudiannya meninggal dunia pada 2011.

"Ipar saya mula menyeksa saya. Mereka sering pukul saya manakala abang ipar dan rakan-rakannya merogol saya beberapa kali.

"Kakak ipar saya merampas anak-anak saya dan membawa mereka tinggal bersama dia tanpa kebenaran, dan saya kemudiannya dihalau."

Tanpa wang, dia terpaksa hidup bergelandangan di jalanan.

"Saya sesat. Saya terdesak untuk pulang ke rumah tetapi tiada cara untuk kembali pulang.

"Saya kemudiannya mendapat kerja sebagai tukang cuci dan tinggal di sebuah bilik kecil. Tetapi wang tak cukup. Kadang-kadang saya mengemis dan kadang-kadang saya tidur di jalanan," katanya.

"Kemudian seorang lelaki menawarkan saya bekerja di Siliguri di Bengal Barat. Saya terima.

"Tetapi saya dijual lagi, di sebuah bar. Di sana saya berjumpa dengan seorang gadis yang berasal dari Delhi.

"Saya beritahu dia tentang kisah saya dan dia membantu saya untuk pulang ke rumah.

Gadis itu membawanya pulang ke Delhi dengan menaiki keretapi. 

Pada malam 24 Julai 2016, dia akhirnya berjaya mencari rumah kakaknya.

"Saya mengetuk pintu dan saya melutut di hadapan kakak saya sebaik sahaja mengecam saya.

Bagaimanapun, kakaknya tidak mengenalinya dan bertanya: "Siapa yang awak cari?"

Kakaknya mula menitis air mata sebaik sahaja menyedari gadis itu di hadapannya adalah adiknya sendiri.

"Ibu saya ingat saya sudah mati," katanya.

"Dia tak percaya saya masih hidup. Bila saya beritahu kisah saya, dia begitu sedih. Dia sedih kerana saya melalui banyak kesengsaraan."


Salinan laporan kehilangan kanak-kanak hilang semasa usianya baharu 12 tahun.
Ibunya yang bekerja di sebuah kedai runcit sejak kematian suami pada 2008 berkata: "Selepas saya tidak mendapat bantuan daripada pihak polis, saya mula percaya anak perempuan saya telah mati. Hidup saya seperti tidak bernyawa sejak kehilangannya. Saya tidak dapat bayangkan apa yang dia telah lalui.

"Badannya ada banyak kesan dera dan puntung rokok. Saya tidak sanggup untuk mendengar perkara seperti ini berlaku pada anak saya sendiri.

"Saya akan terus menyokong anak saya sehingga ke nafas saya yang terakhir. Kehidupan lampaunya telah musnah.

"Mereka mencuri 10 tahun daripada dia, tempoh yang paling bernilai buat dia. Saya akan cuba berikan yang terbaik untuk dia selagi termampu."

Dia kemudiannya membuat laporan polis di Delhi beberapa hari kepulangannya ke rumah.

Timbalan Pesuruhjaya Polis di timur laut Delhi, Ajit Kumar Singla berkata: "Saya telah merakamkan keterangan gadis ini dan kita kini sedang menyiasat dakwaannya.

"Dia beritahu saya tentang kawasan pemerdagangan di mana dia diculik dan kita akan menghantar pasukan kita untuk menyiasat dan memburu dalang sindiket," katanya.

Menurut mangsa, dia hanya mahukan keadilan dan berharap ia dapat menghentikan daripada keluarga lain terseksa sebagaimana yang dia dan keluarga telah lalui sebelum ini.


"Selamat Tinggal ASTRO" Anda dah Boleh CABUT Astro Anda SEKARANG !.Anda PAsti Terkejut Apa yang ada SINI. WOW..cepat g dftar weh


Kuala Lumpur – Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang bakal dilancarkan bermula Jun ini dilihat bakal menjadi persaingan kepada Astro tidak lama lagi.

Menurut sumber SuaraTV, siaran televisyen itu akan menyediakan 80 siaran dan 40 saluran radio yang dipancarkan secara percuma kepada pengguna di Malaysia dengan 45 siaran yang mengunakan teknologi berdefinisi tinggi (HD – High Defination).

“Mereka yang berminat boleh mendapatkan dekoder yang dijual dengan harga RM200 itu pada bulan Jun ini.

“Saya juga difahamkan mereka yang mendaftar dengan BR1M akan menerima dekoder ini secara percuma” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Beliau yang enggan mendedahkan identitnya itu turut berkata sebagai permulaan siaran ini akan dinikmati kumpulan penonton di Pantai Timur merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan. Fasa seterusnya siaran akan diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan diikuti negeri-negeri di Utara Semenanjung.

Fasa akhir ASO melibatkan kawasan Lembah Klang termasuk Putrajaya, dengan anggaran 98 peratus muka bumi Malaysia akan diliputi DTTB merangkumi 80 saluran TV dan 40 saluran radio percuma menjelang akhir 2017.

Kualiti gambar dan suara dalam format digital akan menjadi jauh lebih baik dari sekarang, disertakan dengan pelbagai ciri terkini untuk memberi pengalaman menonton siaran televisyen yang lebih menarik kepada pengguna.

Segalanya setanding dengan yang ditawarkan Astro sekarang termasuk pengaturcaraan pelbagai saluran, panduan program elektronik dan sistem audio alih bahasa, bezanya tiada lagi gangguan tergendala disebabkan cuaca buruk dan lebih penting ianya adalah percuma.

Majoriti pengguna Astro sebelum ini dilaporkan sering merungut mendapat aduan daripada pelanggan yang mengatakan servis semakin hari semakin mahal.

Selain Astro, siaran berbayar lain iaitu HyppTv di bawah pakej Unifi TM dan ABNXcess dilihat tidak begitu popular selain caj perkhidmatan yang dilihat lebih mahal daripada Astro.


Manakala siaran berbayar seperti MegaTV, FineTV dan MiTV sedikit masa dahulu telah ‘lenyap’ sehinga ada yang tidak sedar dengan kewujudan mereka.




MEMBURUKKAN KERAJAAN 820,000 INDIVIDU TIDAK DIBENARKAN KE LUAR

ke-luar-negara

Memburukkan Kerajaan – 820,000 Individu Tidak Dibenarkan Ke Luar Negara
Mana-mana individu yang memburukkan kerajaan boleh dikenakan tindakan halangan untuk ke luar negara selama tiga tahun.
Rakyat Malaysia yang membuat perbuatan memburukkan kerajaan ketika berada di luar negara juga akan dikenakan tindakan yang sama apabila mereka pulang ke negara ini.
Memetik satu sumber, akhbar harian berbahasa Inggeris The Star berkata, Jabatan Imigresen telah menguatkuasakan peraturan itu sejak beberapa bulan lalu, satu langkah yang dikatakan untuk “melindungi imej negara“.
“Sesiapa yang memburukkan kerajaan dalam apa-apa cara, akan dihalang ke luar negara.
“Hanya ketua pengarah Jabatan Imigresen mempunyai kuasa untuk meneliti rayuan mereka,” kata sumber itu.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Sakib Kusmi mengesahkan kewujudan peruntukan tersebut, sambil menegaskan bahawa memiliki pasport Malaysia adalah satu keistimewaan dan bukan satu hak.
Kerajaan, katanya, mempunyai budi bicara untuk mengeluar, menangguh atau membatalkan pasport seseorang.
Mereka yang dihalang ke luar negara, bagaimanapun, boleh mencabarnya di mahkamah, kata Sakib, kerana mereka mempunyai hak untuk berbuat demikian.
Sementara itu, di bawah peraturan terbaru itu, sumber itu berkata, rakyat Malaysia yang ditangkap dan dihantar pulang kerana tinggal melebihi tempoh, melakukan jenayah atau bekerja tanpa permit yang sah di luar negara, juga akan dihalang keluar negara selama dua tahun.
Kes terbaru yang dilaporkan seseorang dilarang meninggalkan negara ini adalah Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah di KLIA ketika hendak berlepas ke Korea Selatan Ahad lepas.
Maria berkata, pegawai imigresen hanya berkata perintah itu (menghalangnya ke luar negara) adalah dari Putrajaya.
Bagaimana Ingin Mengetahui Nama Anda Dihalang atau Tidak?
Untuk mengetahui status anda, boleh layari: http://sspi2.imi.gov.my/default.aspx
Semakan nama boleh dibuat melalui laman web di atas. Sila buat semakan sebelum anda merancang ke luar negara.
Tindakan ini dilihat wajar kerana untuk menjaga imej baik negara di mata negara lain. Segala rahsia negara biarlah hanya diketahui oleh orang Malaysia sahaja dan tidak perlu campur tangan negara luar.
Jadi, berbuat baiklah kepada kerajaan dan jangan memburuk-burukkan kerajaan walaupun dikenakan segala macam tekanan.